Renungan

PENYAKIT HATI

Tanda-tanda penyakit hati:

1.  Tidak minat belajar
2.  Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di  dunia)
3.  Malas beribadat
4.  Gemar/seronok untuk buat maksiat
5.  Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
“Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam diri  walaupun hanya sebesar biji sawi” —Hadis Nabi—
6.  Tidak suka kepada kebajikan

Cara merawat hati:

1.  Banyakkan berbuat ibadat
2.  Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
—Surah Al-Kahfi 28—
3.  Melakukan Qiamullail
4.  Banyakkan berpuasa
5.  Mancari sumber rezeki yang halal

10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
“Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

“Ya Abu Ishaq, Allah berfirman;bermaksud “Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !”.

Ibrahim bin Adham menjawab : “Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara”.

1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.

5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.