Sdara Dalam Kenangan

Sdara Dalam Kenangan

Nama Batch Tarikh meninggal
1 Saifulezry aka Atuk 92-96 6-Okt-12
2 Ahamad Mohd Yusof 73-77 2-Okt-12
3 Musa Ahmad 56-61 24-Sep-12
4 Mohd Zahili Mislahon 91-95 15-Sep-12
5 Abu Harith Ahmad 70-75 13-Sep-12
6 Ku Syafirol Ku Nazim 94-98 20-Aug-12

 

Sab 6 Okt 2012

Sahabat2 Bro Sdara yg mulia sekalian, dengan rasa sungguh berat hati dimaklumkan bahawa, sahabat kita Saifulezry@Atuk (9296) baru saja meninggalkan kita pulang ke Rahmatullah..

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..

“kebumi di felda sendayan selepas solat Asar”.

Adt Adisha

Selasa 2 Okt 2012

Dari Darussalam Baharom:

Assalamualaikom rakan sdarex73 dan sdara, dengan rasa sedih saya maklumkan bahawa sahabat kita Hj Ahamad Mohd Yusoff aka Mat Roti aka Mat Balong telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi semasa dalam perjalanan balik dari klinik. Sesak nafas semasa memandu di Jalan Usahawan, Setapak. Arwah di jadualkan terbang ke Sabah pada tengahari. Jenazah sedang di uruskan di Mesjid Seri Rampai dan akan di kebumikan pada petang ini di tanah perkuboran islam Taman Samudra, Batu Caves (dekat Giant).

dari Hasan Basri:

Dukacita dimaklumkan bahawa, bekas kakitangan PCSB, Ahamad Mohd Yusof (Sabah Gas Project) telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi, 2 Oktober 2012. Jenazah akan dibawa ke rumah Allahyarham di No. 223 Jalan 1/27D Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan kemungkinan lepas Solat Asar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga keluarga Allahyarham tabah menerima kehilangan Allahyarham yang di kasihi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi isteri Allahyarham, Puan Nik Amnah di 017-3677989

Innalillah

Sempat menghantar beliau ke perkuburan di Taman Samudra, Bt Caves memenuhi tanggungjawab seorang sahabat/saudara Seislam. Bersama dengan sahabat seangkatan: 1. Besi 2.Jai 3. Charli Md Noor 4. Nasir Pintu Geng 5. Hasan Basri 6. Md Noor Sharifff ( senior ) 7. Jamal &  Hj Chali ( on the way , tak sempat jumpa )

Allahyarham Mat Roti mendapat nama kerana semasa menjadi freshie di SDAR , Seremban dulu akan menyanyikan lagu Aku Penjual Roti yang di popularkan oleh Mat Sentul tak silap saya. Setiap kali di denda beliau akan volunteer untuk  menyanyikan lagu itu untuk melepaskan diri. Satu signature yang dikaitkan dengan Mat Roti ialah kg beliau, Kg Tok Uban, Pasir Mas. Beliau seorang yang ceria dan selalu mencelah dengan cerita-cerita menarik beliau dan tidak mudah tersingguh dan terkenal dengan dialect Kelantannya itu. Itu lah Ahmad Mohd Yusof a.k.a Mat Roti yang ku kenali.

Mohd Zin aka jenggo

Isnin 24 Sep 2012

Sdara Musa Ahmad, batch pertama SDAR (56 – 61), telah kembali ke rahmatulLah jam 2.30ptg setelah tidak sedarkan diri dan di masukkan ke wad ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada khamis lalu, kerana perdarahan dalaman.

Jenazah di kebumikan di Kg Kondok, Labu, jam 8 malam

Suasana pada 6:17 ptg tadi di rumah arwah Cikgu Musa yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Walaupun telah lebih 50 tahun keluar dari SDAR, sekali lagi, semangat setiakawan SDARians jelas terbukti dengan hadirnya beberapa wakil dari SDARians dari batch yang pertama.

Tidak lupa juga wakil daripada beberapa batch yg lain memenuhi serambi rumah arwah, membaca surah Yaasin, menatap jenazah buat kali terakhir.

Dari usia seawal 12 tahun sehinggalah ke akhir hayat, masih tetap bersama, itulah ertinya satu persahabatan yg tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila…


DrNaz MdShah

Azril Johari

Salam . Seperti yang diketahui Sahabat baik kita Allahyarham Sdr Musa baru sahaja meninggal dunia petang tadi di Hospital Seremban. Allahyarham byk membantu saya dalam waktu masa kami nak menerbitkan buku Lakaran Warisan SDAR 50 Tahun. Semua pengalaman bersama beliau sebagai 1st Batch serta cerita yang beliau sampaikan banyak tercatit dalam buku tersebut. Beliau merupakan abang SDARA yg byk menyokong aktiviti SDARA dalam menaikkan nama persatuan kita. Demi penghormatan, kami meletakkan beliau dalam tokoh SDARA kerana sumbangannya yang besar ke dalam persatuan kita.Perginya abg Musa merupakan satu kehilangan besar kepada SDARA.

Saya memohon kita semua menyedekahkan Al Fatihah kepada abg Musa dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarga beliau.

Rizman Ghazali
abg musa was the one who thaught me about the spirit of sdarian
Matt Dolah

Pemergian arwah abh Musa Ahmad adalah satu kehilangan bagi SDARA. Kehadhiran arwah didalam sesauatu function SDARA sentiasa membuatkan majlis itu ‘riuh’…
Untuk pengetahuan ex SDARian.. arwah pernah jadi pengusaha dining hall di SDAR Sg. Gadut bila SDAR newly moved to Sg. Gadut from Sikamat.
Sama-sama kita hadiah kan Al Fatehah utnuk arwah.

Sat 15 Sep

this is a post wall post from our fellow sdarian batch 95.

To all sdarians 1991 – 1995 salam guys..jobong baru dpt berita and update, Mohd Zahili bin Mislahon aka wak baru meninggal dunia malam tadi. Al fatihah utk arwah, accident dalam perjalanan ke Sg Rambai balik kampong. The kids and wife still in hospital. Please help spread the sad news to our batch.

Kebumi esok 3pm. sape tau uma wak kt melaka plz update. Further info those nak konvoi or turun kebumi call jobong for details.. thx. slm.

Km 35, kg parit perawas
77400 Sg Rambai, Melaka … dekat dgn Muar tu.
Mohon ziarah dan mewakili Sdara Melaka/Muar/Batu Pahat Chapter.

Rizman Ghazali

Khamis 13 Sep 2012

Sdr Abu Harith Ahmad(70-75) telah kembali ke rahmatulLah jam 1.45tgh di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani

Jenazah akan di kebumikan di Kupang, Baling, Kedah
Isnin 20 Aug 2012

Al-fatihah buat sahabat kita Ku Syafirol Ku Nazim, 5 Tabari SDAR 1994-98 yg telah kembali ke rahmatullah jam 8.30 mlm tadi… Terasa sedih kerana baru ptg tadi saja aku pergi melawat dia di Pendang, Kedah… Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh…amin

Beliau mengidap POEMS syndrome. Mmg very rare kat dunia ni, Dr. pun belum dapat cari penawar…

 

Azwan Zakwan

Ahmad Suhardi

After a few years fighting with a rare disease, another one good friend of mine lost the battle at such a tender age of 31 y/o. Life is indeed unpredictable and full of surprises.

Al-Fatihah to my good friend Allahyarham Ku Syafirol bin Ku Nazim (1981-2012), semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan org yg beriman…

Allah lebih menyayangimu sahabatku.

Adli Maharon

sebak sungguh bila menghadiri kebumi sahabat, ku Syafirol K Nazim.bertambah sebak bile diberitahu isteri arwah yang Ku Syafirol selalu bercerita dan bangga mempunyai teman2 sdarian 948…sungguh terharu dengan semua pihak yang telah banyak membantu terutama yang hadir dan terlebih lagi yang melancarkan kutipan derma kilat.walaupun sedikit ataupun sebentar sahaja yang diluangkan, tapi besar maknanya bagi keluarga arwah…semoga Allah memberi ganjaran yang sebaik-baiknya di akhirat dengan ujian yang telah diberikan di dunia.

Azim Ezani Muzamli

Assalam beloved friends, we would like to thank you for your generous contribution towards the family of our beloved brother, arwah Ku Syafirol Ku Nazim who has passed to meet the All Mighty. We managed to collect RM4900 to be handed to arwah’s father. Semuga tindakan & usaha kita diberkati Allah. Amin.

 

Mari lah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh mereka  . . . Al Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>