Aktiviti Sdara Jul – Sep

1) Aktiviti Sdara 66~73

2) TT Sdara di sana sini

3) Perjumpaan Raya

4) Kenduri kawin

 

Aktiviti2 Sdara 66~73 -
Sempena menyambut Ramadhan

Rabu, 18 hb. July 2012

Jamuan makan tengah hari Sdara 66-73 (fivers71) telah dianjurkan sempena menyambut Ramadhan di lokasi  Lot 3, Kompleks Anjung 7, Jalan Zikron B 7/B, Section 7, Shah Alam, Selangor.

Disamping menjamu selera, kutipan telah diadakan untuk mengisi Tabung Amanah SDARAfivers71. Suasana dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mantan Pengetua Tuan Syed Jaafar Al-Idrus, Mantan YDP SDARA, Dato’ Salamon dan sdara dari batch lain yang diwakili oleh sdara Zainudin Muhamad (aka Kangkong).

Rabu, 18 hb. July 2012

Fivers71, diwakili oleh sdara Dato’ Halim Hamid dan sdara Mohd Shah telah mengunjungi sdara Ghazali Mat Shah dikediaman beliau di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.
Sumbangan dari Fivers71 berjumlah RM1000.00 telah disampaikan untuk meringankan beban sahabat kita menghadapi bulan Ramadan nanti.


Sdara Ghazali adalah salah seorang dari rugby player yang telah mengharumkan nama SDAR dengan membawa pulang MORI CUP ke Tanjung Malim pada tahun 1971. Kini beliau lumpuh seluroh anggota sejak beberapa tahun yang lalu.

Sdara Ghazali no.3 dari kiri barisan belakang

Jumaat, 20 hb. July 2012

Fivers71, diwakili oleh Wan Hassan Ismail, sdara Ramli Abdul Rahman dan sdara Marzuki Ali (fiver73) telah mengunjungi sdara Sulong Hussin di kediaman beliau di Kampung Padang Macang, Manir, Kuala Trengganu, Trengganu.

Sumbangan berjumlah RM1000.00 telah disampaikan kepada sahabat kita yang lumpuh sejak tahun 2008. Sdara Sulong sunggoh gembira dan berbesar hati diatas kunjungan tersebut kerana ramai kawan kawan sdara maseh mengingati beliau.

Sumbangan Fivers71 disampaikan oleh sdara Ramli Abdul Rahman dan sdara Marzuki Ali (fiver73) sambil diperhati oleh isteri sdara Sulong Hussin

Ahad, 15 hb. July 2012

Mengunjungi sdara Yaacob dikediaman beliau, Damansara Jaya, sempena majlis aqiqah cucu beliau.

Dari kiri Shuib, Najid,Azmi,Aziz,Yaacob (Tuan Rumah) Rahim, Mohd Shah, Halim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>