AGM SDARA yang ke 34

Mesyuarat Agung SDARA kali ke 34 telah diadakan pada 8 September 2012, bertempat di Tingkat 1, Wisma SDARA bermula jam 8.15 malam. Memandangkan inilah aktiviti rasmi pertama yang diadakan di bangunan tersebut, satu majlis tahlil telah disempurnakan sebaik selesai solat Maghrib berjemaah di tingkat 1, diimamkan oleh Tn Hj Zaki Hj Ahmad (7277).

Pada tahun ini, seramai 65 orang ahli SDARA yang berdaftar telah hadir dalam mesyuarat. Mereka terdiri daripada ahli batch 62’67 (paling senior) sehinggalah 94’98 (paling junior).

Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan YDP SDARA, saudara Mohamad Fadhil bin Ahmad (78’82) diikuti pengesahan minit mesyuarat AGM kali ke-33 oleh Lt Kol (B) Abdul Razak Abdullah (63’68). Laporang kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari SDARA, Mohammad Hasni Ibrahim (86’90) dan disahkan oleh Raja Rahiman Mushahar (83’87).

Laporan bagi semua biro bagi tahun 2012 telah diedarkan dalam kit mesyuarat dan dibentangkan oleh Setiausaha SDARA, Mohammad Nazir Md Shah kepada semua yang hadir. Antara lain, laporan tersebut mengandungi aktiviti oleh Sekretariat SDARA, Biro Penerangan, Biro Sukan, Biro Keahlian, Biro Kebajikan dan Biro Sosial. EXCO SDARA 2011-2013 telah bermesyuarat sebanyak 7 kali sejak dilantik pada 11 Disember 2011. Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan/disertai sepanjang tempoh tersebut :

1. SDARA Dinner 2012 pada 25.2.2012 di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor

2. Menghadiri TT SDARA Chapters Seremban, Bangi, Melaka dan Ipoh yang dikendalikan oleh Chapter masing-masing

3. SDARA Batch Reunion untuk batch 78’82, 89’93 dan 66’71 pada 4.Feb.2012, 5.Mei.2012 dan 23.Jun.2012 bertempat di kampus SDAR, Klana Beach Resort Port Dickson dan Batu 10 Cheras, Kuala Lumpur.

4. Aktiviti bersama SDAR yang terdiri daripada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, SDAR Charity Basketball, Hari Kecemerlangan SBP, Kolokium Projek Khas SBP dan Pertandingan Akhir Bahas PPM 2012 di PICC, Putrajaya pada 8 September 2012.

5. Aktiviti berbentuk Ilmiah antara lain ialah Kelas Tafsir AlQuran anjuran SDARA Selangor bertempat di Shah Alam, ‘LuncheonTalk’ bersama PEMANDU, ‘Luncheon Talk’ bersama mantan-mantan YDP SDARA. Tidak lupa juga sesi ‘Personal Grooming’ oleh konsultan Bon Zainal Harun bertajuk ‘Dress for Success’.

6. Aktiviti sukan yang terdiri daripada SDARA Monthly Golf Tournament, SLRC Rugby dan SDARA Annual Futsal 2011.

Antara perkara berbangkit ialah mewujudkan secara rasmi SDARA Chapter bagi setiap negeri. Selain itu, Dinas Suhardi Putra mencadangkan supaya SDARA mewujudkan satu system SMS yang membolehkan semua ahli mendapat maklumat hak milik kenderaan yang ada lambang SDARA.

Mesyuarat tamat pada jam 9:00 malam. Semua yang hadir dijemput ke tingkat bawah untuk Majlis Perjumpaan Aidilfitri SDARA 2012. Sajian majlis tersebut telah disediakan oleh Kantan 3 Catering, milik Razali Aksah (66’71). EXCO SDARA merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada beliau yang telah menyumbangkan RM 4,000.00 sebagai Penaja Platinum SLRC Rugby pada malam itu.

Majlis dimeriahkan dengan kumpulan ‘Strollers’ yang mempersembahkan lagu-lagu aidilfitri secara ‘live’, dijemput oleh Kol. Hamdan Hj. Othman daripada Angkatan Tentera Malaysia. Pada jam 10 malam, majlis diserikan lagi dengan kehadiran mantan YDP SDARA, Y.B. Datuk Dr. Hj .Abdul Latiff bin Ahmad yang meluangkan masa hampir 2 jam bersama hadirin.

Secara keseluruhan, lebih 200 orang SDARA dan ahli keluarga telah menghadiri majlis ini dan diharapkan agar ramai lagi yang turut serta pada tahun hadapan. Majlis tamat pada jam 12:30 malam. Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan SDARA yang menyambung perbualan di kedai kopi berhampiran Wisma SDARA sehingga ke lewat pagi.

Pejabat Sekretariat SDARA memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada Mesyuarat Agung & Perjumpaan Aidilfitri 2012 dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli SDARA yang menyokong apa jua bentuk aktiviti yang telah dan bakal dianjurkan pada masa akan datang.

Muhammad Nazir Setiausaha SDARA

 

4 Responses to AGM SDARA yang ke 34

  1. AB. MALEK IDRUS

    Sdr Nazir, I have recommended this before. So this is more of a reminder…….hopefully di terima dengan baik.
    We should capitalise and take more advantage of the many events yang the current team is spearheading. Hey, saya pon dulu penah dalam AJK SDARA but I find the current team to be full of vigour. Keep it up!

    Recommendation saya…….pada setiap event SDARA, kita patut make more effort to either sell or even distribute for free our SDARA car stickers. It would be great to see more of us pelekat the SDARA stickers kat all our cars. This activity of distribution of the car stickers should be done on a continuous basis.

    We should make it a target that semua SDARA yang attend any SDARA event will proudly display the SDARA sticker.

    I have been doing that for quite a while now……..

  2. Hamdan Ali C74

    Terimakasih Tuan Setiausaha.
    Adakah ianya rasmi penggunaan pengenalan SDARa, contoh YDP SDARA sebagai 7882 bukan dengan 82. Contoh lain seperti Tamrin Ghafar 68 walaupun beliau keluar dari SDAR sebelum menduduki SC/MCE. Atau seperti batchmate saya, Mokhtar Ahmad 74, walaupun beliau keluar 76

  3. Ianya taklah resmi sangat. Asalkan kita dapat agak tahun masuk dan tahun keluar oklah tu.
    Misalnya kalau dia masuk tahun 78 dan keluar 82.(form 5) betul ler tu 7882. Kalau dia masuk 78 keluar 84(upper six) – jadi 7884. Kalau dia masuk 78 dan keluar 80(form 3) jadi 7880. Kalau dia masuk 78 dan keluar pun 78 jadi 7878 pun ok ler… baru kita faham. Tq.

  4. jamil ismail

    Salam Sdr Nazir, hargai tenaga, masa dan sumbangan setiap ajk sdara dalm usaha memartabatkan sdara. Teruskan usaha murni ini. Kami sokong sepenuhnya!
    Setuju sangat dengan cadangan sdr Ab Malek Idrus mengenai target ‘car sticker’. Bukan kerja mudah nak kesan dan kontak semua xsdarians, tapi teruskan usaha ni. Cadangan saya…bagi setiap pelajar form5 yang bakal tinggal sdar diwajibkan membeli sticker dan tie sdara. Tkasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>