30 Sep 2010                      To Bring SDARA Closer To Each Other                    Volume 3 Number 4
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:

Selamat Hari Raya Eidul Fitri                                            Maaf Dzahir & Bathin


AJK SDARA 2009-11
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP Dato Gen (B) Abd Rani Ismail 
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Dr Khairun Nadzar
Mohd Fauzi Shafie
Mohd Iswadi b  Ismail
Mohd Noor Yahya
Mohd Shah Khalid
Mokhtar Ahmad Isamdar
Nor Ehsan Jamaan
Wan Ismail b Wan Hassan
Zainal Abidin Kinta
Raja Rahiman
Dato Mohd Salleh Bajuri

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008
Sep 2008
Dec 2008
Mac 2009
June 2009
Sep 2009
Dec 2009
Mac 2010
June 2010


EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Sejak bulan Julai yang lepas hinggalah sekarang, beberapa kumpulan SDARA sibuk mengadakan pertemuan dalam berbagai bentuk termasuklah Majlis Berbuka Puasa, Jamuan Hari Raya dan juga Majlis Perkahwinan anak-anak. Sebahagian daripada majli-majlis tersebut ada dilaporkan dalam Newsletter keluaran kali ini.

Sementara kita bergembira bertemu rakan-rakan janganlah hendaknya kita lupa mengabdikan diri kepada Yang Maha Pencipta. Apalah ertinya Majlis Berbuka Puasa yang meriah sekiranya puasa dan ibadah-ibadah wajib dan sunat yang afdal dilaksanakan dalam bulan Ramadhan tidak kita laksanakan dengan sempurna. Apalah ertinya Majlis Jamuan Hari Raya yang diwarnai dengan suasana riang ria penuh dengan kegembiraan kalau ia tidak disertai dengan rasa syukur kita terhadap rezeki yang Allah berikan kepada kita. Yang lebih penting lagi ialah kita bersyukur atas kemenangan kita melawan nafsu zahir dan batin sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Mudah-mudahan pertemuan-pertemuan kita dalam kesemua majlis di atas dirahmati Allah s.w.t dan diterima sebagai amal soleh yang diberikan ganjaran pahala.

Sebagaimanan yang kita sedia maklum, baru-baru ini SDAR telah berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Debat Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri SBP 2010. Tahniah kepada SDAR atas kejayaan ini dan tahniah juga kepada pasukan SDARA yang telah bekerja keras memberikan sokongan padu sama ada dalam bentuk material mahupun moral untuk memastikan pasukan SDAR berjaya dalam pertandingan tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa kita semua tidak pernah melupakan SDAR dan sentiasa mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa walau di mana pun kita berada.

Selepas bulan Syawal ini, kita percaya ada di kalangan kita dan saudara mara kita yang akan menunaikan fardhu haji di Tanah Suci. Sama-samalah kita berdoa semoga mereka akan dilindungi Allah semasa berada di Tanah Suci, selamat pergi dan selamat kembali dengan memperoleh Haji Yang Mabrur, Insya Allah. Kepada anak-anak kita telah menduduki UPSR dan yang akan menduduki PMR dan peperiksaan SPM kita doakan semoga berjaya memprolehi kecemerlangan yang diharapkan. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kepada Allah kita bertawakkal dan berserah.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

TaqabbalLah minna wa minkum
(
Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)
Maaf Zahir Batin

Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES

SDARA TAQWIM 2010

27 Mac 2010 Pertandingan Golf Mesra SDAR 2010 Done
18 Apr 2010 Motivational and Career Talk at SDAR Done
19 Jun 2010 Sdara Gathering d Ladang Herba Bukit Pulau, Melaka
Cancel
1 Aug 2010 AGM SDARA ke 32
Pertandingan Golf Tahunan SDARA
Done
28 Aug 2010 Majlis Berbuka Puasa Sdara Melaka Done
24 Sep 2010 Sambutan Hari Raya Eidul Fitri di Kediaman Rasmi YDP SDARA Done
4 Dis 2010 SDARA Annual Dinner 2010 Coming Soon

SDARA ANNUAL DINNER 2010
Kepada warga Sdara sekelian,

Assalamualaikum w.b.t

Dengan sukacitanya saya mewakili AJK majlis Makan Malam SDARA 2010, ingin menjemput semua warga Sdara agar dapat hadhir dan menyerikan lagi Majlis Makam Malam Sdara 2010 ini yang  akan di adakan di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel pada hari Sabtu (4hb Disember 2010).

Untuk menjayakan majlis pada malam itu, saya amat berharap agar ramai di antara warga Sdara dapat meluangkan masa dan sedikit sumbangan untuk acara tersebut. Kehadiran sdara-sdara sekelian amat di alu-alukan demi matlamat untuk bersuai kenal dan  mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita sekelian.

 

Sekian. Wassalam

 

Raja Rahiman
Pengerusi AJK Makan Malam SDARA 2010

Tarikh:   4 Dis 2010 (Sabtu)
Tempat: Alam Warisan Ballroom, Pullman Putrajaya Lakeside
Bayaran : RM 150 / PAX @ RM 1,500 / meja

Kaedah Pembayaran Jamuan SDARA 2010:

1. Semua pembayaran perlu dimasukkan ke dalam akaun Maybank "JAMUAN SDARA" bernombor 564258 500383.

2. Selepas pembayaran dibuat slip deposit perlu difaks/email kepada pihak urusetia dalam tempoh 5 hari. Hanya slip yang telah diterima akan dikeluarkan resit dan disahkan tempahan.

3. Urusetia akan memaparkan jumlah kutipan setiap 14 hari dalam mailing list dan memaklumkan bayaran yang tidak dapat dikesan.

4. Pembayaran secara berkumpulan adalah digalakkan tetapi sila pastikan bahawa nama setiap Sdara yang telibat diserahkan ketika menghantar slip deposit untuk rekod. Ini adalah penting kerana setiap Sdara yang telah disahkan kehadiran akan diberikan kad jemputan sendiri yang perlu dibawa semasa hari Jamuan nanti.

5. Sekiranya slip deposit tidak dihantar kepada urusetia dalam tempoh yang ditetapkan ia akan dimasukkan ke dalam tabung sumbangan.

6. Bayaran menggunakan kad kredit juga diterima tetapi terdapat caj pengurusan sebanyak 3% atau RM4.50 kerana khidmat ini disediakan oleh pihak ketiga

7. Semua bayaran perlu dibuat selewat-lewat nya 30 Oktober 2010 bagi memastikan semua kad jemputan dapat dihantar kepada para hadirin ke Jamuan SDARA 2010.

8. Maklumat urusetia Jamuan SDARA 2010 adalah seperti berikut:

     Medijaring Sdn Bhd,
     Tingkat 16,Global Tower,
     Plaza Pekeliling,
     No 2, Jalan Tun Razak,
     50400 KL

     Tel: Kamarul Azman D/L 03 27183403
           Cik Romala    D/L 03 27183402
     Fax : 03 27183555

     Bank in notification via SMS 012 3653732
     Bank in notification via email kazman@medijaring.com.my

SAMBUTAN HARIRAYA EIDUL FITRI
DI KEDIAMAN YDP SDARA 

ydpsdaraopenhouse/P3240113a.jpg ydpsdaraopenhouse/P3240093a.jpg
ydpsdaraopenhouse/P3240096a.jpg ydpsdaraopenhouse/P3240098a.jpg
ydpsdaraopenhouse/P3240099a.jpg ydpsadaropenhouse/P3240103a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3240114a.jpg ydpsadaropenhouse/P3240117a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3240119a.jpg ydpsadaropenhouse/P3240128a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3240129a.jpg ydpsadaropenhouse/P3240140a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3240141a.jpg ydpsadaropenhouse/P3240142a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3240146a.jpg ydpsadaropenhouse/P3240148a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3250168a.jpg ydpsadaropenhouse/P3250171a.jpg
ydpsadaropenhouse/P3250172a.jpg ydpsadaropenhouse/P3250198a.jpg

    Gambar-gambar lain lihat di  http://dknphoto.com

MAJLIS BERBUKA PUASA SDARA MELAKA

Assalamu'alaikum.,

Seperti yg dirancang dan direncanakan, satu Majlis Berbuka Puasa SDARA Melaka Chapter telah dilaksanakan dengan izinNYA pada hari Sabtu, 28 Ogos 2010 di rumah Tuan Hj Anuar Yatim Bin Abd Ghani (C68)

Kebiasannya, kami akan mengadakan majlis berbuka di rumah anak2 yatim. Kelainan pada tahun ini kerana kita buat di rumah seorang ahli SDARA Melaka yg keuzuran.

Majlis dimulakan dgn sedikit penerangan dari Tuan Hj Azhar Ismaun, Master of Ceremony tetap Melaka Chapter. Ucapan alu2an diberikan kpd semua yg hadir.

Kemudian disusuli ucapan Pengerusi Tetap SDARA Melaka, Tuan Hj Muhamad Bin Abdullah dan seterusnya memimpin bacaan tahlil dan doa selamat.

 

Kami berbuka ala kadar, terus ke dewan utk solat maghrib yg dipimpin oleh Imam Besar SDARA Melaka, Tuan Hj Abd Rahman Bin Meran. Setelah selesai solat Maghrib, kami semua menjamu hidangan yg disediakan. Urusan makan minum diusahakan oleh Pengarah Pemakanan, Tuan Hj Ismail Bin Abd Latif.

Solat Isya dan tarawikh dipimpin Imam 1 SDARA Melaka, Tuan Hj Muhamad bin Abdullah.

Sesi makan, minum dan beramah mesra disambung setelah selesai tarawikh. di penghujung majlis, Sedikit sumbangan diberikan kpd Tuan Hj Anuar yatim untuk digunakan menampung kos perubatan beliau.

Saya mewakili Jawatankuasa Pengelola Majlis Berbuka Puasa SDARA Melaka Chapter, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang ahli SDARA yg telah menyumbangkan sejumlah wang untuk mengadakan majlis tersebut. Sumbangan2 yg diterima dari semua SDARA telah diberikan kpd Tuan Hj Anuar Yatim.

Semoga perjumpaan dan ibadah kami tadi diterima ALLAH swt dan kami berharap dpt melakukan majlis yg sama pada tahun2 yg mendatang. Tanpa sumbangan dan kehadiran semua, amat sukar bagi kami utk melaksanakan majlis tersebut.

Segala kekurangan, harap maafkan kami.

Sekian dan Wassalam

Rosman C84 

Senarai kehadiran:


Ahmad Latifi 80
Ahmad Tajudin 77
Badlishah Ahmad 83
Edeyus Sahar 82
Hj Abd Rahman Meran 72
Hj Anuar Yatim 69, +14
Hj Azhar Ismaun
Hj Ismail Latif, 67 +1
Hj Mohd Fuzi Hasan 77, dari BP
Hj Muhamad abdullah 68, +2
Hj Ninggal Hashim 58 - 63
Hj Yaacob Sharif 65
Hj Yahya Pakih 72, dari pontian
Jamil Tambri 72
Khairi Anuar 82
Maarof Kasim 67
Mohd Adib Noh 69 + 2
Mohd Shuib 71
Mohd Zamri Selamat 83
Rosman 84, +3
Wakil Penduduk Taman Widuri 6 orang

* Gambar2 ehsan sdr Yahya Pakih


AGM SDARA KE 32
&
GOLF TAHUNAN SDARA




A
GM SDARA yang ke 32 telah di adakan pada Ahad 1 Aug 2010 di Nilai Spring Resort Hotel, Negeri Sembilan. Mesyuarat bermula jam 11.00 pagi dengan di pengerusikan oleh Naib YDP SDARA, Sdr Ibrahim Moideen. Kira-kira jam 11.30 pagi YDP SDARA, Datuk Dr Abdul Latiff pun tiba dari bertugas (dengan baju celorong celoreng nya) dan beliau kemudiannya mempengerusikan mesyuarat.




Majlis berjalan lancar dan tamat kira-kira sejam kemudian. Para peserta kemudiannya makan tengahari sebelum bersurai. Sementara itu, peserta Golf Tahunan SDARA pun tiba dan mereka sama-sama makan tengahari sebelum memulakan Tee Off pada jam 2.00 petang


Majlis Perkahwinan anak-anak SDARA

Perkahwinan anak Prof Dr Zaiky Awang (72-77)
Ahad 8 Aug 2010
Assalamu'alaikum Sdara semua,

Lebih kurang 37 orang Sdara yang hadir di majlis walimatul urus Yazid b Zaiky.ahad lalu.

Yang mula2 hadhir adalah Pak chin dan family dan juga Ruzaman dan isteri. Mereka datang awal kerana ingin berjumpa Mohamad Azmi Ramli aka tengku sulong yang katanya hendak datang dalam waktu 12.30tgh kerana beliau hendak balik cepat ke kuantan Malangnya Tg Sulong tidak muncul2 tiba sehingga ke akhir majlis

Dan beliau menghantar sms pada jam 3.35ptg . "Regrets. Gotto go shopping this morning, got engrossed, got out late, got struck in traffic, got a bit lost, gotta decide to reroute back home cos gotta send doter to college, gotta to reach before 6. Salam to all. Again regrets, gotta to make it up later . . . "

Yang jauh, Rosli Yem dari JB, Mohd Azmi Yahya dari Grik, Mazli dari Kuantan, Zainal Hero dari Kuala Kangsar, Madolah dari Melaka, Domang dari Muar, Md Zamri Selamat dan Maarof dari seremban.

Berikut senarai kehadiran, dan foto di dknphoto.com   

Batch Prof Dr Zaiky:

Dato Abd Halim Sulaiman 
Ahmad Haron
Ahmad Mohd Yusof aka mat balong
Akashah aka atak
Hamidi Abd Ghani
Husin aka pak chin
Jailani Ismail
Jamal Abd Rahman
Kahpi Ngiso
Khairun Nadzar aka dkn
Mat Nasir Ismail aka Pintu geng
Mazli Othman
Md Zin aka jenggo
Mohd Azmi Yahya aka Narong
Mohd Fitri Aris
Mohd Ghazali aka Bond
Mohd Zaki Jalaludin
Mustafa Hamid aka linggam
Nik Khairudin
Rosli YemRuzaman aka tengit
Sazali Sulaiman
Shamsudin Hasan aka dayan
Syed Nazim
Yusof Ketil
Zainal Abidin Hero
Zainal Besi

Other batches:

Abd Halim Ismail
Abd Malik Idrus
Hamidin Ahmad
Maarof Kassim
Madolah Kajang
Madolah Melaka
Md Zamri Selamat
R Azmi (abang Prof Dr Zaiky)
Radzran aka Domang
Wan Jauhari C76
Muhammad Khairul Rijal (anak Madolah Kajang)




بارك الله لكما
 وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma
wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma
wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.



RENUNGAN

Salam dearest bro Jamin and all SDARAs,
 
Just to share my personal unlearned experience di bulan Ramadan yang mulia.... bear to read and not the intention to "menunjuk-nunjuk"....and thank you.
 
When I got my first child, a daugther, I hold a Majlis Doa Selamat ("Majlis") at my house inviting my office mates and neighbours, biasalah kan. Agenda Majlis termasuk membaca Yasin and the experience that I want to share hereof with you bros is this - My mother-in-law ("Mother") wanted to join the Majlis and my wife was rather unsure. Told my wife ajak Emak datang dan adik-adik sekali..... They {my Mother and three (3) brothers} came more or less observing the Majlis and the makan..... For your information, my wife is Chinese and my Mother and three (3) brothers attended the Majlis were non-Muslim. Of course, they asked me regarding the Majlis etc. Three (3) months later my three (3) brothers converted to Islam. However, my Mother passed away not a Muslim notwithstanding, she was the one who asked her kids to convert to Islam. Eleven (11) of her kids converted to Islam and really, ALLAH SWT sahaja yang mengetahui.... 
 
Many things could be learned from my unlearned experience as aforesaid bros. Frankly, in the spirit of dakwah and as long as our action(s) is/are not against Islam (as stated in al-Quran and Hadith), our positive behavior coupled with our utterness of wisddom words, shall in a way indirectly and/or directly influence non-Muslims and maybe (if they get hidayah from ALLAH SWT) urge them to learn more on Islam leading to convertion to Islam. We must continue the dakwah works of our Prophet (PBUH), insyaALLAH...
 
Islam is for all human kind......
 
Thanks for reading my unlearned experience as aforesaid....Selamat Berpuasa and Selamat Berbuka.
 
Dori Sarbini
6368/162

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saya bersetuju sangat dgn langkah membenarkan orang bukan Islam ikut serta dengan aktiviti di Masjid. Of courselah mereka kena ikut peraturan dan etika ketika dalam masjid.

Masa kami di US dulu memang lumrah orang bukan Islam dijemput hadir di masjid semasa sembahyang jumaat dilaksanakan. Mereka diberikan kerusi dan mereka duduk atas kerusi di belakang. Mereka dengar khutbah dan bacaan sembahyang.

Malah kami pernah jemput seorang bukan Islam makan malam di rumah kami. Beliau tertarik dgn cara saya mendidik anak-anak, cara bagaiman kami makan, sembahyang beramai-ramai.

Mereka amat tertarik dengan cara isteriku memasak 4 kali sehari...

Mereka hairan bagaimana anak-anakku patuh dgn peraturan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum pergi ke mana-mana.

Dengan izin Allah seramai 7 orang telah memeluk Islam selama 2 tahun kami di sana dengan pendekatan ini.

Kita di sini bagaimana? Ada pernah jiran kaum China dan India memeluk Islam dengan asbab usaha kita?

Dr Azhar Idris




Cara Melawan Hawa Nafsu

http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/08/cara-melawan-hawa-nafsu.html

1. Takut kepada azab Allah.

    Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas.   
    Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula         
   dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab 
    neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

    Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan 
    maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.

3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan
    golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.


Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan
    keberkatan.


4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.


LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE  

A mechanic was removing the cylinder heads from the engine of a car when a famous heart surgeon entered his workshop. 

 The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked argumentatively, "So doctor, look at this. I also open hearts, take valves out, grind 'em, put in new parts, and when I finish this will work as a new one... So how come you get the big money, when you and me are doing basically the same work? "

The doctor leaned over and whispered to the mechanic
.....


Doctor said : " Try to do it when the Engine is RUNNING "



Go  To The Top 

BERITA  SDAR
  
SDAR Raluca F1
in F1 in School World Final Competition 2010

banner.jpg
WED, 22 Sep 2010

Raluca F1
team emerged champion of the knock-out stage of the competition by beating Australia/UAE team..

r01.jpg
The car

knockoutwinner.jpg

final.jpg

In the semi final, Raluca beat the team from Ireland, and in the final, Raluca beat the team from Autsralia/UAE. It was a very suspenceful semi final and final for Raluca supporters. Team
UK/Malaysia which we beat in the first match of the day also support Raluca. It is a very sporting gesture from fellow Malaysians.

However the overall champion is the Unitus Racing team from US.  There are 11 categories being judge including portfolio, presentation, engineering, management, oral interview, fastest car, etc. According to Cikgu Hazman,  the knock-out stage only carries 10% of the total marks. So, Raluca F1 lost in other categories.

In retrospective, I think the organizer has valid reasons to have up to seventeen categories. They want these students to excel later in life. They (the students) must know how to manage their team, know how to lead a team, know how to organize, know how design and construct, have good publicity, know how to get sponsorship, be able to write glowing reports, and make them very convincing, etc.

Save for our boys' shortcoming in the other categories they have done themselves, and SDAR, and the country proud. I am really proud of them. I shed a few tear drops when Raluca wins the final race. I really did. You can ask Danial, if you don't believe me. He also shed a few tear drops. Cikgu Hazman kata, dia lari masa final tu. The tension is just unbearable, he told us later.

r02.jpg booth.jpg
        Raluca Machine (main host Controller)                               Raluca Booth

Yahya pakih (yellow t-shirt) with the Raluca F1 Team
Cikgu Hazman, Yahya, Danial, Mohd Hussein, Haziq Ashraf. (Not in the photo: Faiq Amsyar) 


Yahya Pakih C70
Reporting from Singapore

 Pemasangan Karpet Baru

Pemasangan Karpet Baru di Masjid Al Quds SDAR

Alhamdulillah, akhirnya Masjid Al Quds SDAR telah berwajah baru. Hasil daripada sumbangan yang diberikan, maka dapatlah tahun ini Masjid Al Quds SDAR berwajah baru. Dengan adanya karpet baru ini, diharapkan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah menunaikan ibadah solat di masjid SDAR kelak.

Pihak sekolah dan juga PIBG SDAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan (YDP SDAR Alumni) dan juga pihak SDARA yang telah banyak membantu pihak sekolah bagi merealisasikan projek pemasangan karpet baru ini. Ucapan ribuan terima kasih turut diberikan kepada ibu bapa pelajar SDAR dan juga insan - insan yang telah sudi memberi sumbangan bagi membantu kutipan Dana Karpet Masjid Al Quds SDAR. Semoga apa yang telah disumbang akan mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.

 




SDAR  - JUARA Pertandingan Debat PPM SBP

PENANTIAN 30 TAHUN BERAKHIR.....

Sabtu, 31 Julai - Hari ini mencatat sejarah indah buat seluruh warga SDAR apabila penantian selama 30 tahun untuk memilik kembali trofi debat Piala Perdana Menteri menjadi kenyataan. Dewan Utama PICC bergema dengan sorakan penyokong-penyokong SDAR dan para guru sebaik saja pasukan debat SDAR diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Debat Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri SBP 2010. Lawan di pertandingan akhir ini adalah dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak.

Piala Perdana Menteri yang menjadi rebutan



Bertindak selaku barisan pembangkang membahaskan tajuk "Peperiksaan UPSR dan PMR wajar dihapuskan', para pendebat SDAR dengan penuh yakin dan bijak menyampaikan hujah-hujah yang bernas dan membidas cadangan yang disuarakan oleh pihak pencadang. Para pendebat SDAR menampilkan gaya berhujah yang cukup berkarisma sehingga memukau para juri.


Bertambah manis lagi kejayaan ini apabila pendebat SDAR, Adzlan Qushaimi bin Jamaluddin telah dipih sebabagi pendebat terbaik. Dan apa yang lebih membanggakan ialah dua orang lagi pendebat SDAR iaitu Luqman Sufyan dan Talhah adalah pelajar Tingkatan 3. Ini secara tidak langsung memberi isyarat kepada pasukan sekolah lain bahawa Piala PPM ini akan kekal di SDAR untuk 2 tahun akan datang. InsyaAllah.

Kepada Adzlan, Luqman, Talhah dan Mustaqim, tahniah diucapkan. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang membimbing pasukan ini yang membantu meletakkan semula SDAR sebagai pasukan yang disegani dan digeruni. "Untuk mencapai kejayaan itu adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejayaan itu adalah satu tugas yang sukar."

SYABAS SDAR!!

http://psssdarseremban.blogspot.com/2010/08/penantian-30-tahun-berakhir.html


Berita Dalam The STAR


BERITA SDARA

Sdara yang kembali ke rahmatulLah sepanjang Jul - Sep


Sun 26 Sep 2010

Alfatihah kepada arwah Sdara  Zaini Zawawi (aka Pise) 82-86, yang diberitakan telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Sultanah Aminah JB kerana sakit jantung. Semoga roh beliau dicuri rahmat.

Amin.

Suhaimi Ismail  




Ahli Keluarga Sdara yang kembali ke rahmatulLah

Kamarul Azman Mustapha Kamal Kepada sahabat2 semua. Ayah saya telah kembali ke rahmatullah pukul 9 pagi tadi 30 Sep 2010. Jenazah telah disempurnakan pada pukul 3.30 ptg tadi. Terima kasih kepada yg sempat menziarah dan yg men doakan kesejahteraan arwah. Insyallah kami akan mengadakan majlis tahlil selama tiga hari bermula lmalam ini selepas isyak di rumah keluarga kami di taman dato shahbandar.

Bapa kpd Nazmee Sidek Fiver 87, telah kembli ke rahmatullah jam 8pagi, Ahad, Sep 26, 2010. Kebumi lepas asar di tanah perkuburan bongek.

Linggum

Bapa Sdr Nordin Abdul Rahim (Fiver 81) meninggal dunia Jam 3.30 ptg Rabu 22 Sep 2010,  umur 87 thn
Dukacita dimaklumkan ayahanda saya Khalid bin Ishak telah kembali kerahmatullah pada 6hb Sept 2010 jam 0830 ptg. Jenazah beliau akan disemadikan sebelum zohor di Kampung Boyan, Taiping hari ini. Al fatihah.

MShah 66-71
Salam semua,
Bapa Sdara Shahrul Haslan Hasan @ Ribut (Fiver 86 - Ibnu Sina), iaitu Kol (B) Hasan ,meninggal dunia pagi ini Jumaat, Sep 3, 2010 di Tmn Hang Tuah (Hang Tuah Estate), Sg. Udang, Melaka (jalan masuk ke Kem Terendak, belah kiri).
 
No. hp Sdara Ribut - 012 3052842
 
Azlan abdullah <lan4774@yahoo.com>
Fri, Aug 20, 2010

Saya ingin memaklumkan bahawa anak sulung pakcik Mohd Noor Hj. Ahmad @ jimat SDARA 72-77 telah meninggal dunia pagi tadi setelah koma selama 2 hari akibat darah beku di kepala dan jangkitan kuman di buah pinggang.

Pada sesiapa yang berada di kawasan sekitar Ipoh, bolehlah menziarah beliau di alamat berikut:
No 25, Jln Bandar Baru Tambun 5,
Bandar Baru Tambun
31400 Ipoh, Perak
(tel: 05-5495018 / hp: 016-5497446)

Azizul Jabbar 86-90


AMAZING PHOTO

Animals

animals/7.jpg
animals/9.jpg
animals/15.jpg
animals/20.jpg
animals/25.jpg
animals/29.jpg
animals/40.jpg
animals/39.jpg


SPORT NEWS

SDAR LIONS RUGBY CLUB

JONAH JONES RUGBY SEVENS 2010

Date : 25-26 September 2010
Venue : Royal Selangor Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Time : 8.00am - 6.00pm


LIGA ALUMNI 2010

Play-off Perdana (Cup/Plate)
SLRC vs X-SAASS
Date : 31 Oktober 2010
Venue : Tba



SDARA IN THE NEWS

Mohd Busri (73 - 77)



Berita sepenuhnya klik disini



SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog


1 tabta 1
Owner: TABTA I 67 - 74
2 orebule
Owner: Orebule 67 - 72
3 Nadzri Yahya
Owner: Nadzri Yahya 72 - 77
4 Syafiq
Owner: Syafiq
5 Mohd Shah
Owner: Mohd Shah Ibrahim 69 - 74
6 Ahmad Abdul
Owner: Ahmad Abdul 64 - 71
7 Ribut
Owner: Mohd Zailani Atan aka Ribut73 - 77
8 nazir
Owner: Mohammad Nazir
9 Abedib
Owner: Mohd Adib
10 berisman
Owner: Mohd Adib
11 abezi
Owner: Fauzi Shafie
12  abezi
Owner: Fauzi Shafie


13 Md Shah Khalid
Owner: Md Shah Khalid
14 Dr Azahar Idris
Owner: Dr Azahar Idris
15 Maarof kassim
Owner: Maarof Kassim
16 Ghazali
Owner: Ghazali "Bond"
17 Jusni koboi
Owner: Jusni Nasirun


18 Zereas.com
Owner: Azam Raslan
19 pak chin
Owner: Husin Ibrahim
20 mat noe
Owner: Mat Noe Azlan
21 normas yakin
Owner: Normas Yakin


ARTICLES
            
Life Cycle Of Mercedes Benz
image001.jpg
image002.jpg
image003.jpg
image004.jpg
image005.jpg
image006.jpg
image007.jpg
image008.jpg
image009.jpg
image011.jpg
image012.jpg
image013.jpg
image014.jpg
image015.jpg
image016.jpg
image017.jpg
image018.jpg
image019.jpg
image020.jpg
image021.jpg
image022.jpg
image023.jpg
image024.jpg
image025.jpg



DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail to
knadzar@gmail.com