header
 30 Sep 2008                       To Bring SDARA Closer To Each Other                      Volume 3 Number 2
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:



Selamat  Hari  Raya
Eidul Fitri 1429H


kepada semua warga Sdara
AJK SDARA 2007-09
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP  
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Azril Johari Abd Ghani
Haniffia Abd Ghani
Dr Khairun Nadzar
Mahadhir Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan Rahman
Wan Ismail Wan Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya jua kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan, satu bulan yang banyak fadhilatnya, yang menjanjikan pahala yang tidak ternilai bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Di samping berpuasa, bulan ini sewajarnya kita manfaatkan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran, melakukan solat sunat, bersedekah dan melakukan apa sahaja yang terbaik yang diperintahkan kita mengerjakannya demi mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta.   Mudah-mudahan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah s.w.t.

Sebelum terlupa, izinkan saya, bagi pihak warga kerja SDARA Newsletter mengucapkan "Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri" yang bakal tiba pada awal bulan Oktober ini. Sama-samalah kita menghulurkan tangan memohon kemaafan atas apa sahaja kesalahan yang telah kita lakukan sesama kita, sama ada secara lisan, tersurat , tersirat ataupun yang tersembunyi .  Jika kita sudah saling memaafkan antara satu sama lain, maka hati nurani kita menjadi suci bersih dan jambatan persahabatan serta jaringan pintar kita menjadi semakin utuh, Insya Allah.

Pada 13 Ogos 2008 yang lepas, genaplah sepuluh tahun penubuhan SDARA Yahoo Groups yang telah diusahakan oleh sahabat kita Sdra Mohd Adib Awang Noh (SDARA 65-68).  Sdara Yahoo Groups merupakan platform interaksi dan jaringan maklumat di kalangan bekas-bekas pelajar SDAR.  Saya percaya ramai ahli SDARA  yang sentiasa mengikuti perkembangan perbincangan di pentas maya tersebut walaupun mungkin tidak semua yang bergiat secara aktif.  Berasaskan pemerhatian yang dibuat menerusi forum tersebut, saya dapati bekas-bekas pelajar SDAR yang suatu ketika dahulu sama-sama menjalani proses pembangunan fizikal dan minda  di sebuah institusi kecil kini telah berkembang maju dalam pelbagai sektor kehidupan dan telah berupaya  mencetuskan idea dan pandangan bernas dalam pelbagai perkara yang menyentuh isu-isu semasa negara dan global, mencakupi bidang politik, ekonomi, perubatan, teknikal, hal-hal kebajikan dan juga perkongsian pelbagai maklumat yang berfaedah kepada kita semua.   Kita penuh yakin bahawa jika ilmu , pengalaman  dan kekuatan minda yang ada di kalangan ahli-ahli SDARA digemblengkan dengan baik, maka manfaatnya kepada ahli-ahli SDARA sangat banyak. 

Selain berbicara dalam SDARA Yahoogroups, beberapa orang ahli juga telah mula aktif menulis di laman blog masing-masing, antaranya termasuklah Sdra Mohd Adib sendiri dan Sdra Maarof Kassim (62-67).  Membaca blog Sdra Mohd Adib  di http://adib.typepad.com menginsafkan  kita tentang betapa kerdilnya kita di sisi Allah s.w.t  dan betapa perlunya  kita meningkatkan kualiti amal ibadat kita sebagai bekalan yang lebih berharga daripada harta dunia. Manakala blog Sdra Maarof Kassim di http://maarofkassim.blogspot.com  pula banyak memaparkan pengalaman beliau sendiri dalam melalui liku-liku hidup yang mencabar dan  boleh menjadi renungan kita semua. Jika kita ingin melihat rakaman aktiviti-aktiviti ahli-ahli SDARA, kita boleh saja buka album Sdra Dr. Khairun Nadzar di http://dknphoto.com, a picture worth thousands of words.

Beberapa bulan lepas salah satu isu yang hangat dibincangkan di kalangan ahli-ahli SDARA ialah mengenai tanah SDARA di Bangi, Selangor.  Kehangatan perbincangan tersebut sangat terasa apabila ada usul supaya EGM diadakan khas untuk mencari formula penyelesaian masalah yang sudah lama terabai.  Masih teringat lagi kepada saya bagaimana meriahnya majlis Upacara Pecah Tanah dilakukan oleh Y.B. Menteri Pembangunan Usahawan hampir 11 tahun yang lepas iaitu pada hari Jumaat 29 November 1977 di Bandar Baru Bangi, Selangor.  Kain rentang terpamer di beberapa jalan di Bangi dan rakan kita Sdra Chia Yong Tai (SDARA 62-67) yang ketika itu berada di Perancis bergegas balik khusus untuk menghadiri upacara tersebut. Untuk menyerikan lagi majlis tersebut, satu pertunjukkan udara (Air Freedom Power Glider) di bawah kelolaan Sdra Abu Bakar Rahman telah diadakan.  Melalui aktiviti tersebut, terasa benar oleh kita yang perhubungan sesama kita  menjadi semakin erat dan harapan kita tinggi menggunung untuk melihat satu hari nanti SDARA SQUARE akan terbangun megah di atas tanah tersebut sebagai simbol dan mercu tanda kejayaan  bekas-bekas pelajar SDAR.

Kita berharap sangat supaya SDARA dapat keluar daripada kemelut ini walaupun keadaan ekonomi ketika ini  tidak memberangsangkan.  Kita menaruh kepercayaan kepada semua pihak supaya permasalahan ini dibincangkan secara telus dan jalan penyelesaiannya difikirkan dan tindakan sewajarnya diambil untuk meneruskan usaha murni yang telah dimulakan oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.  Sesungguhnya kita tiada alasan untuk terus duduk mendiamkan diri dalam kemelut ini memandangkan bahawa kita memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang, sama ada dalam bidang politk, bidang ekonomi, bidang hartanah, perundangan dan sebagainya yang boleh menyumbang ke arah suatu penyelesaian yang menguntungkan SDARA dan semua bekas pelajar SDAR.

Mesyuarat Agong Tahunan  (AGM) SDARA dijangka akan diadakan dalam bulan Oktober akan datang.  Mesyuarat tersebut dijangka akan memberikan fokus khas terhadap perkara yang disebutkan di atas.  Oleh yang demikian, sama-samalah kita menghadiri mesyuarat tersebut.  Hadir, jangan tak hadir.

 

‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN”

Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES
(1)  SDARA Yahoogroups 10th Anniversay

10 years ago, on 14th Aug 1998, SDARA Yahoogroups (http://groups.yahoo.com/group/sdara/)  was established by Sdara Mohd Adib Awang Noh (65 - 68) as a platform for interaction & networking among exSdarians.



This was his maiden message (Message #4)

Let me introduce my self. My name is Mohd Adib Haji Awang Noh, a middle age xsdarian(1965-1968,Tg. Malim). I set up this list with the following objectives, but not limited to:

1. To enable one xsdarian to post messages to other fellow
    xsdarians in the list with ease. Messages can be in the form
    of annoucement, request for information like looking for lost
    friends etc. Basically, it is a communication tool.

2. Can be used to discuss issues of mutual interests.

3. May also be used to network for social and business
    purposes.

4. To keep all of us in touch and wired to one another after we
    left SDAR.

5. May be used to compile xsdarians email database initially and
    other relevant information later for networking by all
    xsdarians.

That's all I can think for the time being,may be others can add a few more...

All are welcome to give ideas/suggestions/comments.This mailinglist does not belong to any body, it belongs to everybody.

Best regards and wassalam,

-adib


    Ten Years later, on 30th Aug 2008, eight Sdara met at the Putrajaya Lake Club, Putrajaya, to celebrate its 10th Anniversary. Probably as it was a long holiday (30th Aug till 1st Sep) not many Sdara turn up for the event even though announcement has been made months ago.


     Hopefully Sdara Yahoogroups will continue to exist and will attract a lot more Sdara to join in and to interact with each other in a brotherly manner. To date we have 753 members ONLY.



The pictures of the event are here http://dknphoto.com
News by Maarof Kassim  
http://maarofkassim.blogspot.com/


 " Once A Sdarian Always A Sdarian "

(2) Sdara TT Ramadhan [21 Ramadhan 1429H ~ 21 Sep 2008]

Sdara Bangi / Kajang telah mengadakan perjumpaan TT sempena kedatangan Sdara Mohamad b Abdullah (63-68) daripada Melaka ke Bandar Baru Bangi.

Perjumpaan di adakan di warong Nim's Little Island, Persiaran Teratai 5, Sg Ramal Dalam, Kajang,  kepunyaan Sdara Saifudin Mungit (72-77). Bermula selepas solat sunat Tarawikh pada pukul 10 malam, seramai 14 orang Sdara yang hadhir. Selain Sdara Mohamad Abdullah, Sdara yang 'jauh' (luar daripada Kajang/Bangi) adalah Sdara Nik Khairudin (Subang), Mohd Adib (Kg Pandan), Hamidi Abd Ghani (Gombak), Jen (B) Dato Abd Rani (Taman Melawati, tetapi beliau baru sahaja mendarat di KLIA daripada urusan di Sabah).

Berikut adalah senarai kehadhiran:
(1) Abd Rani Ismail, Jen (B) 64 - 70
(2) Ahmad Kamal Kadir 92 - 96
(3) Akashah Hj Majizat 72 - 77
(4) Basir Muharram 71 - 76
(5) Hamidi Abdul Ghani 72 - 77
(6) Ishak Tamyes 74 - 78
(7) Khairun Nadzar, Dr 72 - 77
(8) Mohammad Nazir b Md Shah 92 - 96
(9) Mohd Adib b Hj Awang Noh 65 - 68
(10) Mohd Nizam Jaafar 72 - 77
(11) Muhamad b Abdullah 63 - 68
(12) Nik Khairuddin 72 - 77
(13) Rasit Johari 72 - 77
(14) Saifuddin Mungit 72 - 77
Gambar-gambarnya boleh di lihat di  http://dknphoto.com

(3)  SDARA 30th AGM 2008

      Sdara 30th Annual General Meeting will be held this October. Stay tune for further announcement.

RENUNGAN


Tanda Solat Dan Sujud Di Wajah ?

 

Soalan

Melaksanakan solat  yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan ketenteraman jiwa  dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah. Bagaimana boleh dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW?

Jawapan UZAR

Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة 


Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat"  (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )

Ia juga jika ditunaikan dengan ilmu dan khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan sebagaiamana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w

حبب إلي من دنياكم الطيب والنساء وجعلت قرة عيني في الصلاة

Ertinya : "Aku suka terhadap beberapa perkara dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan di zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan kenikmatanku di dalam solat"( Riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Adapun berkenaan ketenangan yang terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan sifat mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :- 

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)

 

sujudlah kepada Allah

 

Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-
 

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a)      Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

b)      Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.

 

Syeikh Abd fatah Abu Ghudda, ulama Syria pakar Hadis
 

Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 )  :-

a- Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)

b- Wajah putih bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)

 

Al-Qaradawi

Sudah tentu wajah ini cukup berbeza dengan wajah penzina, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan gelap walaupun wajahnya berkulit cerah. Inilah beberapa nas dari begitu banyak himpunan nas yang menerangkan berkenaan kesan hebat dari solat kepada umat Islam seluruhnya.

Wajah-wajah ulama seluruh dunia


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 April 08


      
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

A Polish man moved to the USA and married an American girl

 

Although his English was far from perfect, they got along very well until one day he rushed into a lawyer's office and asked him if he could arrange a divorce for him.

 

The lawyer said that getting a divorce would depend on the circumstances, and asked him the following questions:

 

Have you any grounds?

 

Yes, an acre and half and nice little home.

 

No, I mean what is the foundation of this case?

 

It made of concrete.

 

I don't think you understand. Does either of you have a real grudge?

 

No, we have carport, and not need one.

 

I mean. What are your relations like?

 

All my relations still in Poland

 

Is there any infidelity in your marriage?

 

We have hi-fidelity stereo and good DVD player.

 

Does your wife beat you up?

 

No, I always up before her.

 

Is your wife a nagger?

 

No, she white.

 

Why do you want this divorce?

 

She is going to kill me.

 

What makes you think that?

 

I got proof.

 

What kind of proof?

 

She going to poison me. She buy a bottle at drugstore and put on shelf in bathroom.

 

I can read, and it say: 'Polish Remover'



Believe it or not

Woman has Man in it;
Mrs. has  Mr . in it;
Female has Male in it;
She has  He in it;
Madam has Adam in it;
No wonder men always want to be inside women!

Ever notice how all of women's problems start with MEN?  
 
MENtal illness
MENstrual cramps
MENtal breakdown
MENopause
GUYnecologist

AND ..
When women have REAL trouble, it's a
HISterectomy.


Go  To The Top 

KENANGAN SDARA

  
PERISTIWA PECAH PINGGAN

Semasa kenduri orang-orang Melayu terutama semasa kenduri kahwin adalah menjadi kebiasaan jika beberapa pinggan mangkuk pecah. Tetapi keadaannya tidaklah teruk sekarang oleh kerana kita orang Melayu menggunakan pinggan mangkuk melamine untuk tujuan kenduri kendara. Apa yang saya nak cakap ini bukan cerita satu dua pinggan pecah. Tetapi ini cerita beratus pinggan pecah dalam masa kurang dari satu minit.

 

Tiap kali saya berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah saya kami akan bertanya sama ada masih ingat peristiwa pecah pinggan. Tidak heran bila semua menjawab ingat.

 

Saya dah lupa tahun bila dan di Tingkatan mana saya masa tu. Banyak pingggan mangkuk kami di dewan makan telah retak atau sumbing. Kami mempunyai satu badan yang dinamakan Food Committee atau Jawatankuasa Makanan. Saya kurang pasti sama ada ahli-ahlinya dilantik atau dipilih. Tugas asas Jawatankuasa ini ialah melihat keadaan di dapur dan bilik makan. Mereka memastikan dewan makan bersih dan makanan layak dimakan manusia.

 

Sudah tentu Food Commitee ini melaporkan ke pihak sekolah tentang keadaan pinggan mangkuk kami. Pengetua kemudian telah memesan set pinggan mangkuk baru untuk satu sekolah dan ia dihantar tanpa masalah. Tetapi ia tidak diletakkan di dewan makan untuk digunakan. Ini telah menaikkan angin kami. Ahli-ahli Food Committee telah berjumpa dengan Pengetua supaya menggantikan pinggan mangkuk lama dengan yang baru sampai. Tetapi permintaan mereka tidak diindahkan. Mengapa kami tak tahu.

 

Jadi ahli-ahli Food Committee memutuskan untuk memaksa pihak sekolah menggantikan pinggan mangkuk kami. Bagaimana? Dengan memecahkan pinggan mangkuk yang ada tak kira retak atau tidak. Ahli-ahli Food Committee kemudian pergi dari kelas ke kelas untuk memberitahu keputusan ini. Upacara memecah pinggan akan dilakukan serentak selepas satu makan malam yang ditentukan. Tidak ada ulangan atau 'retakes' mengikut bahasa filem.

 

Pihak sekolah telah terbau rancangan ini dan di malam penentuan guru penjaga harian telah masuk ke dewan makan seolah-olah cuba menahan kami meneruskan rancangan. Mungkin juga dia mahu lihat siapa yang berani memulakan kerja nakal ini.

 

Kami makan serentak seperti biasa. Selesai sahaja makan kami semua berdiri dan dewan menjadi senyap sunyi seketika. Kami berpandangan antara satu dengan lain seolah-olah mahu melihat siapa yang akan memulakan hempasan pertama. Tiba-tiba terdengar bunyi 'pang' macam pinggan jatuh di satu sudut. Kemudian diikuti dengan bunyi yang sama di sudut yang lain. Kemudian dewan berdering dengan bunyi hempasan pinggan mangkuk. Beratus-ratus pinggan mangkuk berkecai di atas lantai. Agaknya ada yang luka kena serpihan kaca. Saya tidak kena.

 

Bunyi ini mengingatkan kami kepada bunyi botol-botol kosong yang kami baling ke tembok terowong keretapi di bawah Bukit Aman setiap kali kami balik kampung bercuti dan balik sekolah semula.

 

Selesai kerja memecah pinggan kami pulang ke bilik asrama masing-masing. Pada keesokan harinya pinggan mangkuk baru siap sedia terletak di meja-meja makan kami. Kami jangkakan pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Food Committee. Tapi tiada tindakan lanjut dikenakan. Bagi saya pihak berkuasa yang memilih tindak mengambil tindakan apa-apa telah membuat keputusan yang bijak.

Maarof Kassim
62 – 67 

http://maarofkassim.blogspot.com/
BERITA SDARA

30 Jul 2008  Sdara Alang Idin (70 - 75) selamat menjalani pembedahan "Coronary ByPass" di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur

---------------------------------------------------------------------------------------------------

16 Ogos 2008
 
Sdara Jusni Nasirun (72 - 77) telah kehilangan bonda yang tercinta 

From his blog  http://wickedwarhol.blogspot.com/
This is the hardest hub I have to write. August 16th 2008 was the saddest day of my life when my mother passed away at 3.00pm at the age of 70. I miss you mother....

---------------------------------------------------------------------------------------------------
29 Ogos 2008  Sdara Dr Punimin (71 - 76) telah kematian isteri tercinta kerana Barah Otak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
1 Sep 2008 (bersamaan 1 Ramadhan)  Sdara Ahmad Jaafar Omar (70 - 75) pula menerima seorang cahaya mata yang ke Dua Belas  

Alhamdulillah isteri saya yang tersayang telah selamat melahirkan anak yang ke dua......belas pada 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008 . Seorang putera untuk melengkapkan bilangan 6 lelaki dan 6 perempuan.
 
Siti Aishah
Abdullah
Atikah
Abdul Rahman Al-Hafiz
Muhammad (simpan)
Fatimah                                                                        
Muhammad Umar
Ruqoyyah
Zainab
Ummu Kalthom
Ibrohim
Akan di beri nama kemudian

Kata orang tua2 kalau anak ramai, nanti masa dah tua senang. Entahle, belum tua lagi tapi sekarang memang sentiasa belanja berhemah. Buat masa ini baru seorang yang kerja. 2 kat IPTA, (sorang je dapat PTPTN), 3 sekolah menengah, 3 sekolah rendah, 2 belum sekolah.
 
2 kilo beres sekali masak, kalau daging 1 kilo kekadang tak cukup. Kalu ayam sekor baru ngam. Kalu rambutan 3 kilo sekali hadap je. Campur tolak RM50 satu hari dah pasti.
 
Kalau ikut gaji, semua bantuan aku tak layak. Inilah reality kehidupan. Kadang2 kalu di bandingkan dengan `bersamamu' kat TV3 tu, aku lagi layak.
 
Alhamdullah, ada kawan2 yang bantu, ada saudara-mara yang bantu. Dan yang paling banyak membantu adalah Pencipta ku.
 
Selamat beribadat di bulan Ramadhan al-Mubarak

---------------------------------------------------------------------------------------------------
11 Sep 2008  Sdara Mohd Noor Yahya (72 - 77) telah kehilangan ayahanda tersayang beliau yang telah telah kembali ke RahmatulLah kerana Barah Otak & Paru-paru.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

16 Sep 2008 Sdara Hasan Basri (72 - 77) selamat menjalani Pembedahan "Coronary By Pass" di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Kuala Lumpur.


Pihak Sdara Newsletter mengucapkan
Salam Ta'ziah kepada
Sdara Jusni Nasirun
, Dr Punimin dan
Sdara Mohd Noor
di atas pemergian Insan tersayang
dan
Tahniah kepada

Sdara Ahmad Jaafar Omar
kerana memperoleh seorang cahaya mata.

Kepada Sdara Alang Idin dan Hasan Basri, kita doakan agar mereka berdua cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan saperti sediakala, InsyaAllah


AMAZING PHOTO



SPORT NEWS
SDARA BOWLING CHALLENGE
12th July 2008

The event was held at Sunway Pyramid  

Below are the results:

No

Lane

Team

Group

G1

G2

G3

Pins

1

12

Euro 08

M

 662

 553

 605

1820

2

2

Sdara 77

M

599

553

585

1737

3

3

Sdara 80 A

M

569

619

530

1718

4

4

Sdara80 B

M

531

 584

603

1718

5

26

Sdara 83

M

485

622

525

1632

6

7

Sdara 84 B

M

527

535

569

1631

7

32

Sdara 92

M

541

526

516

1583

8

33

Guests - Malakut's

M

537

508

538

1583

9

30

Sdara 93 - Boleng

M

482

524

546

1552

10

34

Guests - Malakut's 2

M

564

539

427

1530

11

9

Sdara 84 - Banjo

M

538

489

498

1525

12

1

Sdara 78

M

483

522

463

1468

13

27

Sdara 82 A

M

508

467

465

1440

14

29

Sdara 90

M

460

517

459

1436

15

28

Sdara82 B

M

481

446

503

1430

16

13

Sdara 86

M

466

491

446

1403

17

31

Sdara 96

M

469

484

449

1402

18

14

Sdara 98 A

M

401

449

535

1385

19

6

Sdara 84 A

M

445

435

485

1365

20

16

Sdara98 C

M

422

452

444

1318

21

11

Sdara 84 - Malakuts

M

395

392

509

1296

22

8

Sdara 84C

M

443

434

397

1274

23

5

Sdara 67

M

450

365

399

1214

24

10

Sdara 84 E

M

409

405

386

1200

25

15

Sdara 98 B

M

355

334

278

967


No

Players Name

Pins

0

Salehuddin Guest-Malakut's2

544

1

pak chin sdara77

537

2

izran sdara96

535

3

hannan hamdi sdara84b – imported player, sepupu illya

 

4

hazmadi sdara80a

520

5

kamal sdara80b

518

6

abg rashid sdara80b

508

7

fatah sanusi euro08

497

8

zamzam sdara77

474

9

shanaz sdara92

471

10

ghazali sdara78

460

11

Zahari Sulong @ Rajoo euro08

458

12

Ariff Jamili sdara90

455

13

Mede sdara83

451

14

Kamal sdara86

443

15

Harnadim euro08

436

16

wan mohd roslan guest-malakut's2

434

17

b malakut's2

431

18

Samuel euro08

429

19

Azhar Wahab sdara82a

426

20

Capt Jinggo sdara83

425


Photos are HERE




INTER ALUMNI BOWLING
27th July 2008

*Men's Team Standings:*
1. SMSS 1 (2199)
2. OFA 1 (2048)
3. ASAS 1 (1985)
4. STAROBA 1 (1846)
5. SDARA A (1842)
6. ASAS 2 (1824)
7. VIOBA 91 (1713)
8. SDARA B (1686)
9. PERAMAH 1 (1679)
10.SMSS 3 (1675)
11.ASAS 3 (1637)
12.STAROBA 84 (1621)
13.SMSM 84 (1575)
14.OFA 2 (1573)
15.PERAMAH 2 (1536)
16.SDARA 84 (1526)
17.RMCOPA 84 (1415)
18. VIOBA 2 (0)

*Men's Individual:*
1. Nor Hishammuddin/ASAS (599)
2. Abd Hamid/OFA (585)
3. Yusof/SMSS (575)
4. Rodzim Zaimy/SMSS (562)
5. Mohd Zulkifli/STAROBA (561)
6. Abdul Qadir/SMSS (542)
7. Safrizal/ASAS (529)
8. Rashid/SDARA A (528)
9. Mokhsin Mokhtar/SMSS (520)
10.Yusoff/STAROBA (516)
11.Megat Mohd Isham/ASAS (512)
12.Syed Azhar/OFA (511)
13.Hafrizal Halim/OFA (508)
14.Farid/SMSM (504)
15.Izran/SDARA A (490)
16.Zulfakri/PERAMAH (487)
17.Bonni Zachman/VIOBA (485)
18. Mohd Supian/PERAMAH (479)
19.Mufid Yassin/STAROBA (468)
20.Dato Emran/ASAS (459)
21.Mohd Zakri/SDARA B (455)
22.Hassan/ASAS (453)
23.Mohamad Armin/VIOBA (450)
24.Salahuddin/ASAS (445)
25.Mohd Nor Azlan/SDARA B (444)
25.Ahmad Nazri/.OFA (444)
27.Husin/SDARA A (441)
28.Hisham Sheikh Osman/SDARA 84 (436)
29.Al Sharafuddin/OFA (435)
30.Nazmi Azahar/ASAS (433)
31.Muzam Zaini/PERAMAH (432)
32.Ibrahim Ahmad/SMSS (431)
33.Norisham/RMCOPA (429)
34.Zamiruddin/SMSS (424)
34.Azahar Alias/ASAS (424)
34.Noor Azmi/OFA (424)
37.Saarol Nizam/VIOBA (422)
38.Aweet/STAROBA (421)
39.Norzal/SMSM (420)
40.Azlan Zainuddin/PERAMAH (419)
41.Jamaluddin Adnan/SMSS (417)
42.Dr Ismail/STAROBA (416)
43.Najib Fadil/ASAS (408)
44.Shahul Hameed/ASAS (406)
45.Rustam/SMSS (403)
46.Azlan Abdullah/STAROBA (401)
47.Abu Hanifah/ASAS (400)
48.Ghazali/SDARA B (399)
49.Sahril/STAROBA (391)
50.Yusali Yushak/OFA (389)
51.Zailan/RMCOPA (388)
51.Zahari Sulong/SDARA B (388)
53.Hasmadi/SDARA A (383)
54.Roslan Rosli/ASAS (378)
55.Syawaluddin/PERAMAH (376)
56.Zulhisham Zulkifli/SDARA 84 (375)
57.Gazali Rahman/SDARA 84 (360)
58.Rozaini/VIOBA (356)
59.Jais Mokhtar/SDARA 84 (355)
60.Zakaria/PERAMAH (353)
61.Ramdzam Sulaiman/PERAMAH (349)
62.Azman Ali/SMSM (347)
63.Mohd Khalis/RMCOPA (345)
64.Dato Chuah/OFA (325)
65.M Azham/PERAMAH (320)
66.Huszainey/SMSM (304)
67.Azizul/STAROBA (293)
68.Rashid/RMCOPA (253)
69.Ahmad Faedzal/VIOBA (0)
69.Khairul Syazwan/VIOBA (0)
69.Mohd Jazley/VIOBA (0)
69.Shahrezza/VIOBA (0)


KRS 10's dan Liga Alumni

SLRC telah melalui hari yg paling sukar pada Ahad (10 Ogos 2008) lepas apabila berkampung di Padang Utara dari pagi sehingga petang bagi menghadapi saingan minggu terakhir Liga KRS 10's dan juga Liga Alumni.

KRS 10's
11.30pg, SLRC menentang MOR pada saingan separuh akhir plate/bowl. Ternyata fitness dan kegagahan MOR tidak dpat dikekang oleh pemain2 SLRC  apabila tunduk 07-22. Jam 1.30 tgh, SLRC menentang TEORA pada perlawanan  akhir Bowl dan berjaya menebus kembali kehampaan apabila menang 15-12.

players :-
Mizy(837), Amir, Bulat (0105), Ayam(948), Duen(0206), Wali, Muzal (0203), Itik (0206), Carl, Hasan(0307), Man beca, Shah, Ayis.

Liga Almuni
Tepat jam 4.30ptg, wisel perlawanan antara SLRC dan MCOBA dibunyikan. Kesemua pemain yang bermain dalam KRS 10s paginya bermain semula dalam perlawanan tersebut dibantu oleh pemain2 lain yg hadir.

SLRC tersentak dengan try awal oleh MCOBA namun kembali membalas serangan dengan mendahului 07-05. Beberapa pergaduhan kecil tercetus di tengah padang antara pemain (biasa dah kalau jumpa MCOBA). Searuh masa pertama, SLRC mendahului dengan skor 21-10.

Separuh masa kedua lebih menyaksikan aksi-aksi menarik dan MCOBA terus mengasak kubu SLRC. Dengan kepenatan bermain pada sebelah paginya di tambah pula beberapa kecederaan akibat perlawanan sebelumnya, ramai pemain utama terpaksa dikeluarkan.

Keputusan penuh, SLRC gagal mempertahankan rekod kemenangan tahun lepas setelah tewas dengan skor 21-32.

players:-
Badang, Acai, Mizy(837), Ayis, Zam, Azfa (9701), Pakho(9903), Carl, Duen (0206), Wali, Muzal (0206), Apong, Shah, Itik (0206), Hasan (0307), Bulat (0105), Welen (0105), Fikri, Ayam (948), Tulang (9701), Zack (926).

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride & passion"

rgds
Azwan




SDARA IN THE NEWS
Datuk Dr Adi Taha (69 - 70)



Berita penuh . . . di sini


Prof Dr Suradi Salim (57 - 62)


Pada jam sembilan malam (3 Sep 2008) TV3 menyiarkan rancangan 360 mengenai perempuan bersifat lelaki. Kalau tak salah orang sebegini dipanggil 'Pengkid'. Tiba-tiba terpapar di TV gambar seorang yang saya mula kenali 46 tahun yang lalu. Saya pun terus mencapai kamera saya dan mengambil gambarnya. Gambar-gambarnya adalah seperti di atas.

Tidak payahlah saya nyatakan siapa nama dan pekerjaannya oleh kerana ia terpapar di gambar atas. Cuma saya nak beritahu beliaulah orang yang mula-mula membimbing saya apabila saya terpaksa menukar cara hidup saya. Penukaran cara hidup yang saya maksudkan ialah berhijrah dari hidup bersama ibu dan adik beradik di kampung kepada hidup bersama-sama kawan di asrama sekolah. Memang tepatlah Dr. Suradi akhirnya menjadi seorang Pakar Psikologi kerana beliau berjaya membimbing saya dengan baik.

Saya masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim pada tahun 1962. Saya dimasukkan ke bilik 4 asrama Rumah Laksamana. Sudah tentu ini menjadi kejutan bagi kebanyakan saya dan kawan-kawan yang rata-rata berumur 12 tahun di waktu itu. Tidak kurang yang menangis. Nasib baiklah di masa itu tiap-tiap bilik asrama menempatkan murid-murid dari Tingkatan Peralihan (Remove Class) hingga ke Tingkatan 5. Jadi yang senior akan membimbing yang junior. Saya difahamkan sekarang sekolah-sekolah asrama penuh menempatkan murid-murid mengikut Tingkatan di asrama untuk memudahkan pentadbiran. (Sdarians please confirm).  . . .. . . .  

Continue reading  Itulah Rupanya 46 tahun yang lalu

Dr Wan Hasnan (86 - 90)



Berita sepenuhnya . . . di sini


SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog

1 nazir
Owner: Mohammad Nazir
2 Abedib
Owner: Mohd Adib
3 berisman
Owner: Mohd Adib
4 abezi
Owner: Fauzi Shafie
abezi
Owner: Fauzi Shafie


6 Md Shah
Owner: Md Shah
7 Dr Azahar Idris
Owner: Dr Azahar Idris
8 Dr Maarof kassim
Owner: Maarof Kassim
9 Ghazali
Owner: Ghazali "Bond"
10 Jusni koboi
Owner: Jusni Nasirun


11 Zereas.com
Owner: Azam Raslan
12 pak chin
Owner: Husin Ibrahim
13 mat noe
Owner: Mat Noe Azlan
14 mahadi ariffin
Owner: Mahadi Ariffin
15 normas yakin
Owner: Normas Yakin


DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail
knadzar@gmail.com