Azril
Johari
Abd Ghani
Haniffia Abd
Ghani
Dr Khairun
Nadzar
Mahadhir
Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan
Rahman
Wan Ismail Wan
Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail
Bersyukur
kita kepada Allah
s.w.t kerana dengan izinNya jua kita dapat bertemu lagi dengan bulan
Ramadhan,
satu bulan yang banyak fadhilatnya, yang menjanjikan pahala yang tidak
ternilai
bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Di samping berpuasa, bulan ini sewajarnya
kita manfaatkan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran, melakukan
solat sunat,
bersedekah dan melakukan apa sahaja yang terbaik yang diperintahkan
kita
mengerjakannya demi mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta. Mudah-mudahan amal
ibadat kita sepanjang
bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah s.w.t.
Sebelum
terlupa, izinkan
saya, bagi pihak warga kerja SDARA Newsletter mengucapkan "Selamat
Berpuasa dan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"
yang bakal tiba pada awal bulan Oktober
ini. Sama-samalah kita menghulurkan tangan memohon kemaafan atas apa
sahaja
kesalahan yang telah kita lakukan sesama kita, sama ada secara lisan,
tersurat ,
tersirat ataupun yang tersembunyi . Jika
kita sudah saling memaafkan antara satu sama lain, maka hati nurani
kita
menjadi suci bersih dan jambatan persahabatan serta jaringan pintar
kita
menjadi semakin utuh, Insya Allah.
Pada
13 Ogos 2008 yang
lepas, genaplah sepuluh tahun penubuhan SDARA Yahoo Groups yang telah
diusahakan oleh sahabat kita Sdra Mohd Adib Awang Noh (SDARA 65-68).Sdara Yahoo Groups
merupakan platform
interaksi dan jaringan maklumat di kalangan bekas-bekas pelajar SDAR.Saya percaya ramai ahli
SDARA yang sentiasa
mengikuti perkembangan perbincangan
di pentas maya tersebut walaupun mungkin tidak semua yang bergiat
secara
aktif.Berasaskan
pemerhatian yang
dibuat menerusi forum tersebut, saya dapati bekas-bekas pelajar SDAR
yang suatu
ketika dahulu sama-sama menjalani proses pembangunan fizikal dan mindadi sebuah institusi kecil
kini telah
berkembang maju dalam pelbagai sektor kehidupan dan telah berupaya mencetuskan idea dan
pandangan bernas dalam
pelbagai perkara yang menyentuh isu-isu semasa negara dan global,
mencakupi
bidang politik, ekonomi, perubatan, teknikal, hal-hal kebajikan dan
juga
perkongsian pelbagai maklumat yang berfaedah kepada kita semua. Kita penuh yakin
bahawa jika ilmu ,
pengalamandan
kekuatan minda yang ada
di kalangan ahli-ahli SDARA digemblengkan dengan baik, maka manfaatnya
kepada
ahli-ahli SDARA sangat banyak.
Selain
berbicara dalam SDARA
Yahoogroups, beberapa orang ahli juga telah mula aktif menulis di laman
blog
masing-masing, antaranya termasuklah Sdra Mohd Adib sendiri dan Sdra
Maarof
Kassim (62-67).Membaca
blog Sdra Mohd
Adib di http://adib.typepad.com
menginsafkan kita
tentang betapa kerdilnya kita di
sisi Allah s.w.tdan
betapa perlunya kita
meningkatkan kualiti amal ibadat kita sebagai
bekalan yang lebih berharga daripada harta dunia. Manakala blog Sdra
Maarof
Kassim di http://maarofkassim.blogspot.compula
banyak memaparkan pengalaman beliau sendiri
dalam melalui liku-liku hidup yang mencabar danboleh menjadi renungan kita semua. Jika kita
ingin melihat rakaman
aktiviti-aktiviti ahli-ahli SDARA, kita boleh saja buka album Sdra Dr.
Khairun
Nadzar di http://dknphoto.com,
a picture worth thousands of words.
Beberapa
bulan lepas salah
satu isu yang hangat dibincangkan di kalangan ahli-ahli SDARA ialah
mengenai tanah
SDARA di Bangi, Selangor.Kehangatan
perbincangan tersebut sangat terasa apabila ada usul supaya EGM
diadakan khas
untuk mencari formula penyelesaian masalah yang sudah lama terabai.Masih teringat lagi kepada
saya bagaimana
meriahnya majlis
Upacara Pecah Tanah dilakukan oleh Y.B. Menteri Pembangunan
Usahawan hampir 11 tahun yang lepas iaitu pada hari Jumaat 29 November 1977
di
Bandar Baru Bangi, Selangor.Kain
rentang terpamer di beberapa jalan di Bangi dan rakan kita Sdra Chia
Yong Tai
(SDARA 62-67) yang ketika itu berada di Perancis bergegas balik khusus
untuk
menghadiri upacara tersebut. Untuk menyerikan lagi majlis tersebut,
satu
pertunjukkan udara (Air Freedom Power
Glider) di bawah kelolaan Sdra Abu Bakar Rahman telah
diadakan.Melalui
aktiviti tersebut, terasa benar oleh
kita yang perhubungan sesama kitamenjadi
semakin erat dan harapan kita tinggi menggunung untuk melihat satu hari
nanti
SDARA SQUARE akan terbangun megah di atas tanah tersebut sebagai simbol
dan
mercu tanda kejayaanbekas-bekas
pelajar
SDAR.
Kita
berharap sangat supaya SDARA dapat keluar daripada kemelut
ini walaupun keadaan ekonomi ketika ini tidak
memberangsangkan.Kita
menaruh kepercayaan kepada semua pihak
supaya permasalahan ini dibincangkan secara telus dan jalan
penyelesaiannya
difikirkan dan tindakan sewajarnya diambil untuk meneruskan usaha murni
yang
telah dimulakan oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.Sesungguhnya kita tiada
alasan untuk terus duduk
mendiamkan diri dalam kemelut ini memandangkan bahawa kita memiliki
kepakaran
dalam pelbagai bidang, sama ada dalam bidang politk, bidang ekonomi,
bidang
hartanah, perundangan dan sebagainya yang boleh menyumbang ke arah
suatu
penyelesaian yang menguntungkan SDARA dan semua bekas pelajar SDAR.
Mesyuarat
Agong Tahunan(AGM)
SDARA dijangka akan diadakan dalam bulan Oktober akan datang.Mesyuarat tersebut
dijangka akan memberikan
fokus khas terhadap perkara yang disebutkan di atas.Oleh yang demikian, sama-samalah kita
menghadiri mesyuarat tersebut.Hadir, jangan tak hadir.
10
years ago, on 14th Aug 1998, SDARA Yahoogroups (http://groups.yahoo.com/group/sdara/)
was established by Sdara Mohd Adib
Awang
Noh (65 - 68) as a platform for interaction
& networking among
exSdarians.
This was his maiden message (Message
#4)
Let
me introduce my self. My name is Mohd Adib Haji Awang Noh, a middle
age xsdarian(1965-1968,Tg. Malim). I set up this list with the
following objectives, but not limited to:
1. To enable one xsdarian to post messages to other fellow
xsdarians in
the list with ease. Messages can be in the form
of annoucement, request
for information like looking for lost
friends etc. Basically, it is a
communication tool.
2. Can be used to discuss issues of mutual interests.
3. May also be used to network for social and business
purposes.
4. To keep all of us in touch and wired to one another after we
left SDAR.
5. May be used to compile xsdarians email database initially and
other
relevant information later for networking by all
xsdarians.
That's all I can think for the time being,may be others can add a few
more...
All are welcome to give ideas/suggestions/comments.This mailinglist
does not belong to any body, it belongs to everybody.
Best regards and wassalam,
-adib
Ten
Years later, on
30th Aug 2008, eight
Sdara met at the Putrajaya Lake Club, Putrajaya, to celebrate its 10th
Anniversary. Probably as it was a long holiday (30th Aug till 1st Sep)
not many Sdara turn up for the event even though announcement has been
made months ago.
Hopefully Sdara Yahoogroups will
continue to exist and will attract a
lot more Sdara to join in and to interact with each other in a brotherly
manner. To date we have 753 members ONLY.
Sdara
Bangi / Kajang telah mengadakan perjumpaan TT sempena kedatangan Sdara
Mohamad b Abdullah (63-68) daripada Melaka ke Bandar Baru Bangi.
Perjumpaan di adakan di warong Nim's Little Island, Persiaran Teratai
5, Sg Ramal Dalam, Kajang, kepunyaan Sdara Saifudin Mungit
(72-77). Bermula selepas solat sunat Tarawikh pada pukul 10 malam,
seramai 14 orang Sdara yang hadhir. Selain Sdara Mohamad Abdullah,
Sdara yang 'jauh' (luar daripada Kajang/Bangi) adalah Sdara Nik
Khairudin (Subang), Mohd Adib (Kg Pandan), Hamidi Abd Ghani (Gombak),
Jen (B) Dato Abd Rani (Taman Melawati, tetapi beliau baru sahaja
mendarat di KLIA daripada urusan di Sabah).
Melaksanakan
solat yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan
ketenteraman
jiwa dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah.
Bagaimana boleh
dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW?
Jawapan
UZAR
Benar
solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:
رأس
الأمر الاسلام وعموده الصلاة
Ertinya : "Kepala
urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah
solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam
As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )
Ia
juga jika ditunaikan dengan ilmu dan
khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan
sebagaiamana
yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w
حبب إلي من دنياكم
الطيب والنساء وجعلت قرة
عيني في الصلاة
Ertinya
: "Aku suka terhadap beberapa perkara dalam dunia kamu, iaitu wangian,
wanita (iaitu
dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan
dagangan di
zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan
kenikmatanku di dalam solat"(
Riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Adapun
berkenaan ketenangan yang
terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan
sifat
mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :-
Ertinya
"..kamu
lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya,
tanda-tanda
mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)
Imam
Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua
pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir,
28/93 ) :-
Pertama
: Tanda
itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam
surah Ali Imran
ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga
dari
surah At-Tahrim ayat 8.
Kedua
: Tanda ini akan terzahir di dunia lagi.
Terdapat
dua kemungkinan yang disebut,
a)
Bekas
sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada
sebahagiannya
memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu
diterima
solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.
Justeru
secara umumnya,
tanda
hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya.
Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan
wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar
tanda yang benar.
b)
Satu
tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang
bercahaya, kelihatan
tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah
baginda
Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.
Sahabat
besar nabi seperti Ibn Abbas pula
menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205
; Ad-Durr
Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 ) :-
a- Raut
yang baik
dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat
Al-Baihaqi
dan Ibn Mardawaih)
b-
Wajah putih
bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)
Sudah
tentu wajah ini cukup berbeza dengan wajah
penzina, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan
gelap
walaupun wajahnya berkulit cerah. Inilah beberapa nas dari begitu
banyak
himpunan nas yang menerangkan berkenaan kesan hebat dari solat kepada
umat
Islam seluruhnya.
A Polish
man moved to the USA and married an American girl
Although
his English was far from perfect, they got along very well until one
day he
rushed into a lawyer's office and asked him if he could arrange a
divorce for
him.
The
lawyer said that getting a divorce would depend on the circumstances,
and asked
him the following questions:
Have you
any grounds?
Yes, an
acre and half and nice little home.
No, I
mean what is the foundation of this case?
It made
of concrete.
I don't
think you understand. Does either of you have a real grudge?
No, we
have carport, and not need one.
I mean.
What are your relations like?
All my
relations still in Poland
Is there
any infidelity in your marriage?
We have
hi-fidelity stereo and good DVD player.
Does
your wife beat you up?
No, I
always up before her.
Is your
wife a nagger?
No, she
white.
Why do
you want this divorce?
She is going
to kill me.
What
makes you think that?
I got
proof.
What
kind of proof?
She
going to poison me. She buy a bottle at drugstore and put on shelf in
bathroom.
I can
read, and it say: 'Polish Remover'
Believe
it or not
Woman
hasManin
it; Mrs.
has Mr
.
in
it; Female
hasMalein it;
She
hasHein
it; Madam
hasAdam
in
it; No
wonder men always
want to be inside women!
Ever
notice how all of women's problems start withMEN? MENtal
illness MENstrual
cramps MENtalbreakdown MENopause GUYnecologist
AND
.. When
women have REAL trouble, it's a HISterectomy.
Semasa kenduri
orang-orang Melayu terutama semasa kenduri
kahwin adalah menjadi kebiasaan jika beberapa pinggan mangkuk pecah.
Tetapi
keadaannya tidaklah teruk sekarang oleh kerana kita orang Melayu
menggunakan
pinggan mangkuk melamine untuk tujuan kenduri kendara. Apa yang saya
nak cakap
ini bukan cerita satu dua pinggan pecah. Tetapi ini cerita beratus
pinggan
pecah dalam masa kurang dari satu minit.
Tiap kali saya berjumpa
dengan kawan-kawan sekolah menengah
saya kami akan bertanya sama ada masih ingat peristiwa pecah pinggan.
Tidak
heran bila semua menjawab ingat.
Saya dah lupa tahun bila
dan di Tingkatan mana saya masa tu.
Banyak pingggan mangkuk kami di dewan makan telah retak atau sumbing.
Kami
mempunyai satu badan yang dinamakan Food Committee atau Jawatankuasa
Makanan.
Saya kurang pasti sama ada ahli-ahlinya dilantik atau dipilih. Tugas
asas
Jawatankuasa ini ialah melihat keadaan di dapur dan bilik makan. Mereka
memastikan dewan makan bersih dan makanan layak dimakan manusia.
Sudah tentu Food Commitee
ini melaporkan ke pihak sekolah
tentang keadaan pinggan mangkuk kami. Pengetua kemudian telah memesan
set
pinggan mangkuk baru untuk satu sekolah dan ia dihantar tanpa masalah.
Tetapi
ia tidak diletakkan di dewan makan untuk digunakan. Ini telah menaikkan
angin
kami. Ahli-ahli Food Committee telah berjumpa dengan Pengetua supaya
menggantikan pinggan mangkuk lama dengan yang baru sampai. Tetapi
permintaan
mereka tidak diindahkan. Mengapa kami tak tahu.
Jadi ahli-ahli Food
Committee memutuskan untuk memaksa pihak
sekolah menggantikan pinggan mangkuk kami. Bagaimana? Dengan memecahkan
pinggan
mangkuk yang ada tak kira retak atau tidak. Ahli-ahli Food Committee
kemudian
pergi dari kelas ke kelas untuk memberitahu keputusan ini. Upacara
memecah
pinggan akan dilakukan serentak selepas satu makan malam yang
ditentukan. Tidak
ada ulangan atau 'retakes' mengikut bahasa filem.
Pihak sekolah telah
terbau rancangan ini dan di malam
penentuan guru penjaga harian telah masuk ke dewan makan seolah-olah
cuba
menahan kami meneruskan rancangan. Mungkin juga dia mahu lihat siapa
yang
berani memulakan kerja nakal ini.
Kami makan serentak
seperti biasa. Selesai sahaja makan kami
semua berdiri dan dewan menjadi senyap sunyi seketika. Kami
berpandangan antara
satu dengan lain seolah-olah mahu melihat siapa yang akan memulakan
hempasan
pertama. Tiba-tiba terdengar bunyi 'pang' macam pinggan jatuh di satu
sudut.
Kemudian diikuti dengan bunyi yang sama di sudut yang lain. Kemudian
dewan
berdering dengan bunyi hempasan pinggan mangkuk. Beratus-ratus pinggan
mangkuk
berkecai di atas lantai. Agaknya ada yang luka kena serpihan kaca. Saya
tidak
kena.
Bunyi ini mengingatkan
kami kepada bunyi botol-botol kosong
yang kami baling ke tembok terowong keretapi di bawah Bukit Aman setiap
kali
kami balik kampung bercuti dan balik sekolah semula.
Selesai kerja memecah pinggan kami pulang ke bilik
asrama masing-masing.
Pada keesokan harinya pinggan mangkuk baru siap sedia terletak di
meja-meja
makan kami. Kami jangkakan pihak sekolah akan mengambil tindakan
terhadap
ahli-ahli Food Committee. Tapi tiada tindakan lanjut dikenakan. Bagi
saya pihak
berkuasa yang memilih tindak mengambil tindakan apa-apa telah membuat
keputusan
yang bijak.
30 Jul 2008
Sdara Alang Idin (70 - 75) selamat menjalani pembedahan
"Coronary ByPass" di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
---------------------------------------------------------------------------------------------------
16
Ogos 2008 Sdara Jusni
Nasirun (72 -
77) telah kehilangan bonda yang tercinta
From his blog http://wickedwarhol.blogspot.com/
This is the hardest hub I have to write. August 16th 2008 was the
saddest day of my life when my mother passed away at 3.00pm at the age
of 70. I miss you mother....
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 29 Ogos 2008
Sdara
Dr Punimin (71 - 76) telah kematian isteri tercinta kerana
Barah Otak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
1
Sep 2008 (bersamaan 1 Ramadhan)
Sdara
Ahmad Jaafar Omar (70 - 75) pula menerima seorang cahaya mata yang ke
Dua Belas
Alhamdulillah
isteri saya yang tersayang telah
selamat melahirkan anak yang ke dua......belas pada 1 Ramadhan 1429
bersamaan 1
September 2008 . Seorang putera untuk melengkapkan bilangan 6 lelaki
dan 6
perempuan.
Siti Aishah
Abdullah
Atikah
Abdul Rahman Al-Hafiz
Muhammad (simpan)
Fatimah
Muhammad Umar
Ruqoyyah
Zainab
Ummu Kalthom
Ibrohim
Akan di beri nama kemudian
Kata orang tua2 kalau
anak ramai, nanti masa dah tua senang.
Entahle, belum tua lagi tapi sekarang memang sentiasa belanja berhemah.
Buat
masa ini baru seorang yang kerja. 2 kat IPTA, (sorang
je dapat
PTPTN), 3 sekolah menengah, 3 sekolah rendah, 2 belum sekolah.
2 kilo beres sekali masak, kalau daging 1 kilo kekadang tak cukup. Kalu
ayam
sekor baru ngam. Kalu rambutan 3 kilo sekali hadap je. Campur tolak
RM50 satu
hari dah pasti.
Kalau ikut gaji, semua bantuan aku tak layak. Inilah reality kehidupan.
Kadang2
kalu di bandingkan dengan `bersamamu' kat TV3 tu, aku lagi layak.
Alhamdullah, ada kawan2 yang bantu, ada saudara-mara yang bantu. Dan
yang
paling banyak membantu adalah Pencipta ku.
Selamat beribadat di bulan Ramadhan al-Mubarak
--------------------------------------------------------------------------------------------------- 11 Sep 2008
Sdara Mohd Noor Yahya (72 - 77) telah kehilangan ayahanda
tersayang beliau yang telah telah kembali ke RahmatulLah kerana Barah
Otak & Paru-paru.
16 Sep 2008
Sdara Hasan Basri (72 - 77) selamat menjalani Pembedahan "Coronary By
Pass" di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Kuala Lumpur.
Pihak Sdara Newsletter
mengucapkan
Salam Ta'ziah
kepada
Sdara Jusni
Nasirun, Dr PunimindanSdara
Mohd
Noor di
atas pemergian Insan tersayang dan Tahniah
kepada
Sdara Ahmad
Jaafar Omar kerana
memperoleh seorang cahaya mata.
Kepada Sdara Alang Idin
dan Hasan Basri,
kita doakan agar mereka berdua cepat sembuh dan dapat menjalani
kehidupan saperti sediakala, InsyaAllah
SLRC telah melalui hari
yg paling sukar pada Ahad (10 Ogos
2008) lepas apabila berkampung di Padang Utara dari pagi sehingga
petang bagi
menghadapi saingan minggu terakhir Liga KRS 10's dan juga Liga Alumni.
KRS
10's
11.30pg, SLRC menentang MOR pada saingan separuh akhir plate/bowl.
Ternyata fitness dan kegagahan MOR tidak dpat dikekang oleh pemain2
SLRC apabila tunduk 07-22. Jam 1.30 tgh, SLRC menentang TEORA
pada perlawanan akhir Bowl dan berjaya menebus kembali
kehampaan
apabila menang 15-12.
Liga
Almuni
Tepat jam 4.30ptg, wisel perlawanan antara SLRC dan MCOBA dibunyikan.
Kesemua pemain yang bermain dalam KRS 10s paginya bermain semula dalam
perlawanan tersebut dibantu oleh pemain2 lain yg hadir.
SLRC tersentak dengan try awal oleh MCOBA namun kembali membalas
serangan dengan mendahului 07-05. Beberapa pergaduhan kecil tercetus di
tengah padang antara pemain (biasa dah kalau jumpa MCOBA). Searuh masa
pertama, SLRC mendahului dengan skor 21-10.
Separuh masa kedua lebih menyaksikan aksi-aksi menarik dan MCOBA terus
mengasak kubu SLRC. Dengan kepenatan bermain pada sebelah paginya di
tambah pula beberapa kecederaan akibat perlawanan sebelumnya, ramai
pemain utama terpaksa dikeluarkan.
Keputusan penuh, SLRC gagal mempertahankan rekod kemenangan tahun lepas
setelah tewas dengan skor 21-32.
Pada
jam sembilan malam
(3 Sep 2008) TV3 menyiarkan rancangan
360 mengenai perempuan bersifat lelaki. Kalau tak salah orang sebegini
dipanggil 'Pengkid'. Tiba-tiba terpapar di TV gambar seorang yang saya
mula kenali 46 tahun yang lalu. Saya pun terus mencapai kamera saya dan
mengambil gambarnya. Gambar-gambarnya adalah seperti di atas.
Tidak
payahlah saya nyatakan siapa nama dan pekerjaannya oleh kerana ia
terpapar di gambar atas. Cuma saya nak beritahu beliaulah orang yang
mula-mula membimbing saya apabila saya terpaksa menukar cara hidup
saya. Penukaran cara hidup yang saya maksudkan ialah berhijrah dari
hidup bersama ibu dan adik beradik di kampung kepada hidup bersama-sama
kawan di asrama sekolah. Memang tepatlah Dr. Suradi akhirnya menjadi
seorang Pakar Psikologi kerana beliau berjaya membimbing saya dengan
baik.
Saya masuk
ke Sekolah
Dato'
Abdul Razak, Tanjung Malim pada tahun 1962. Saya dimasukkan ke bilik 4
asrama Rumah Laksamana. Sudah tentu ini menjadi kejutan bagi kebanyakan
saya dan kawan-kawan yang rata-rata berumur 12 tahun di waktu itu.
Tidak kurang yang menangis. Nasib baiklah di masa itu tiap-tiap bilik
asrama menempatkan murid-murid dari Tingkatan Peralihan (Remove Class)
hingga ke Tingkatan 5. Jadi yang senior akan membimbing yang junior.
Saya difahamkan sekarang sekolah-sekolah asrama penuh menempatkan
murid-murid mengikut Tingkatan di asrama untuk memudahkan pentadbiran.
(Sdarians please confirm). . . .. . . .
DISCLAIMER:
The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara
Newsletter
do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless
expressly stated.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail knadzar@gmail.com