Annual Match : Sdar Lions Old Boys vs STJ Old Boys8 Okt, Sg Gadut – Buat pertama kalinya secara rasmi perlawanan tahunan di antara Sdar Lions Old Boys (SLRC) dengan STJ Old Boys (STJOB) Warriors dilangsungkan di kampus SDAR Sg Gadut, Seremban. Walaupun kedua-dua pasukan hadir dengan bilangan pemain yang cukup-cukup sahaja namun semangat juang yang tinggi ditunjukkan untuk mendapat skor. Perlawanan ini merupakan pertembungan musuh tradisi dalam kancah ragbi sekolah-sekolah Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. SLRC memulakan asakan apabila sepak mula dilakukan oleh STJOB. dengan beberapa gerakan oleh forward kendalian Pakho berjaya memecah kebuntuan dalam minit ke 10 apabila Johny berjaya mendapatkan try yang pertama menerusi Johnny namun conversion gagal disempurnakn oleh Acap. STJOB mula menggandakan asakan demi asakan dengan membuat beberapa gerakan. Usaha mereka berjaya membuahkan hasil apabila mendapat satu try under post dan conversion berjaya disempurnakan untuk berada di hadapan sehingga separuh masa pertama untuk skor SLRC 05, STJOB 07. Separuh masa kedua melihatkan beberapa pemain yang baru sampai untuk kedua-dua pasukan masuk bagi membantu pasukan masing-masing. SLRC berjaya mendapatkan try menerusi Ajoi dan juga sekali lagi oleh Johnny dan kedua-dua conversion disempurnakan oleh Indra. SLRC memenangi perlawanan dengan skor 19-07 untuk menyimpan trofi tahunan untuk masa setahun. Terima kasih kepada semua pemain yang terlibat termasuk Cikgu Hazman aka Kayu (96’00) dan juga beberapa bekas pelajar SDAR yang hadir memberi sokongan. After all, it’s just another game of rugby. “Lions… pride and passion” pemain-pemain: |
Piala Alumni – Perisa PerdanaSLRC vs Semashur Date: 29 Oktober 2011 SLRC 17 Semashur 38 Good turn up and come back from player lama….. Azwan Zakwan |
