Berita SDAR

SDAR bawa cabaran negara ke Singapura

 

PERJUANGAN BERMULA – PMR

04 Sept, Selasa – Perjuangan pelajar-pelajar Tingkatan 3 bermula hari ini. Dengan wajah tenang para pelajar Tingkatan 3 SDAR, diketuai oleh Halim Mat Najas, melangkah ke dewan peperiksaan. Usaha dan persediaan selama 3 tahun akan berakhir dan perjuangan pun bermula sebaik mereka menduduki peperiksaan. Seluruh warga sekolah memberikan semangat dan kata-kata perangsang semasa mereka melangkah ke dewan peperiksaan.

Selain daripada guru-guru, YDP PIBG SDAR, Tuan Haji Ramly bin Khairuddin juga turut hadir memberikan semangat. Ibu bapa juga turut hadir mengiringi perjuangan anak mereka.

Kepada semua pelajar Tingkatan 3,

SELAMAT MENEMPUH PERJUANGAN PMR
&
SELURUH WARGA SDAR MENDOAKAN KEJAYAAN KALIAN

 

‘THUMBS IN’ & ‘THUMBS OUT’

 

21 Sept, Rabu – SDAR melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia teknologi dengan penggunaan ‘Fingertec’ untuk merekod kehadiran pelajar ke sekolah dan waktu akhir persekolahan. Sistem hasil inisiatif Tuan Pengetua ini merupakan salah satu langkah untuk meletakkan SDAR sebagai sebuah sekolah yang berprestij selaras dengan status SDAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sekarang. Tuan Pengetua inginkan warga SDAR sentiasa sedar tentang kepentingan membuat perubahan dalam apa juga bidang untuk memastikan SDAR sentiasa kehadapan, kalau tidak pun setanding dengan sekolah-sekolah lain .

Modus operandi sistem ini ialah pelajar perlu ‘thumb in’ pada sebelah pagi sebelum waktu persekolahan bermula dan ‘thumb out’ apabila tamat waktu persekolahan. ‘Fingertec’ akan mula aktif tepat jam 7:00 pagi setiap hari sehingga pukul 7:15 pagi. Oleh itu para pelajar perlu memastikan mereka telah ‘thumb in’ di antara ruang masa tersebut. Manakala waktu pelajar ‘thumb out’ pada sebelah petang adalah berbeza kerana waktu tamat waktu persekolahan yang berbeza setiap petang. Pelajar perlu ‘thumb out’ pada pada jam 4:40 petang (Isnin & Selasa), 4:00 petang (Rabu), 2:00 petang (Khamis) dan 12:40 tengahari (Jumaat). Sebanyak lima terminal disediakan untuk lima tingkatan.

 

HARI TERBUKA ASRAMA SDAR 2011

10 Sept. Sabtu – Kawasan sekitar asrama SDAR kelihatan meriah hari ini dengan berlangsungnya Hari Terbuka Asrama SDAR 2011. Seluruh warga SDAR telah hadir bersama-sama bagi menjayakan program tahunan ini. Hari Terbuka Asrama SADR 2011 kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hasnul bin Mohamed, Pegawai Daerah Seremban yang juga merupakan SDARA.


Persediaan untuk program ini telah bermula seawal hari Isnin sebaik sahaja sekolah dibuka selepas cuti Hari Raya. Para pelajar telah bergotong royong membersih dan menceriakan asrama serta dorm masing. Persedian untuk gerai jualan pula telah bermula pada malam Sabtu. Program kali ini menyaksikan pertambahan gerai jualan oleh para pelajar iaitu lebih kurang 30 gerai.

Selain daripada gerai jualan oleh pelajar, aktiviti utama yang dijalankan ialah pertandingan memasak dodol dan rempeyek dan tumpi antara rumah. Guru-guru rumah sukan masing-masing dengan dibantu oleh para pelajar telah bekerjasama mengacau dodol dan menggoreng rempeyek dan tumpi.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah pertandingan persembahan kebudayaan antara rumah, pertandingan nyanyian, pertandingan keceriaan dorm dan asrama dan banyak lagi. Terdapat juga gerai-gerai permainan seperti permainan komputer, permainan kereta kawalan, memanah, rumah hantu dan juga melukis batik.

Kelainan yang dibawa dalah Hari Terbuka Asrama 2011 kali ini ialah upacara perasmian penutup yang diadakan pada sebelah malamnya. Tuan Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-penang pertandingan. Di dalam ucapan penutupan, Tuan Pengetua telah menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan program ini. Gimik perasmian penutupan ialah pertunjukan bunga api, yang julung-julung kali diadakan.

Tahniah sekali lagi kepada semua AJK Guru dan AJK pelajar yang telah berjaya merealisasikan Hari Terbuka Asrama SDAR 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>