Sdara Dalam Kenangan

Sdara Dalam Kenangan

Nama Batch Tarikh meninggal
1 Anuar Yatim 6368 Jumaat 4-Jan-2013

 

Jum 4 Jan 2013

Sdr Anuar Yatim 6368 telah kembali ke RahmatulLah petang tadi. Beliau sudah lama sakit.
Jenazah akan di kebumikan pagi besok di Tanah Perkuburan Pasir Puten, Bacang.

Rosman 

Saya sikit terkilan. Kali terakhir saya bercakap dgn dia pada tahun 1977 di Muar. Saya ziarah dia masa cuti krismas baru2 ni bersama isteri saya dgn bantuan Pak Sheikh Man. Hampir sejam kami bertiga berada di rumah Sdara Anuar. Menurut isteri beliau, Sdara Anuar baru makan obat dan sedang tidur. Isteri nak kejutkan dia, saya larang. Waktu kami beredar dari rumahnya dia belum bangun tidur. Sepatah kata pun tak sempat bercakap. Allah telah permudahkan perjalanan dia di sini dan saya doakan agar dia ditempatkan dikedudukan yang terbaik di sana. Al Fatihah

Mohd Jamin Lebai Din

Salam takziah buat isteri dan keluarga Arwah Abg Anuar Yatim yg sentiasa ceria dan disenangi juniors masa di SDAR Tg Malim dulu. Saya juga sempat menziarahi beliau di rumahnya bersama2 SDARA2 yg lain selepas our SDARA breakfast di Melaka. Semoga roh Abg Anuar, yg sangat saya hormati dan kasihi, sentiasa dicucuri rahmat Allah. Amin. Innallillah & Al-Fatihah.

Ramly Khairuddin

Innalillah wa inna ilaihi rajiun…

The first time i met arwah was when he attended my wedding 12 yrs ago, together with abg Matt Dolah & abg Pak Sheikh Man. Had the chance to visit him a couple of months back. A great sdarian indeed. Seorang anaknya Sdarian jugak, not sure batch mana.

Matnoe Azlan

Azhar Ismaun 11:10pm Jan 5

1. Pagi tadi, Hj. Zakaria (adik kak Azizah) bercerita kpd saya yang AJK Masjid As-Syakirin (Hj Ahmad) telah datang bertemu Kak Zah, menyatakan jangan risau, semua kos pengurusan jenazah Almarhum Hj Anuar Yatim telah diselesaikan oleh SDARA. Kak Zah sekeluarga dan saudara mara sangat terkejut dan sangat terharu.

2. AJK Masjid As-Syakirin merasa agak pelik sebab tak pernah berhadapan dengan satu Alumni sekolah yang sponsor kos pengurusan jenazah. Pada mereka, sungguh istimewa Alumni ini.

3. Ramai penduduk Taman Widuri (juga rakan2 saya sebab saya tinggal di taman bersebelahan dan selalu bermesra dengan mereka di masjid, kenduri etc) bercerita kepada saya tentang Almarhum Hj Anuar mempunyai ramai sahabat2 Alumni tua dan muda, dari pelbagai negeri yang sungguh supportive, mesra dan very close to each other (tanpa perbezaan umur, pangkat dsb). Mereka melihat ini sebagai satu keunikan yang jarang2 sangat mereka temui. Masa di tanah perkuburan pun, ada rakan penduduk yang beri similar komen pada saya (sebab saya pakai baju SDARA).

Saya ceritakan 3 inputs diatas untuk renungan kita bersama.


Mari lah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh mereka  . . . Al Fatihah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>