Perutusan YDP SDARA

Assalamu’alaikum wrt ,

Terima kasih kepada semua Sdara, kerana memberi kepercayaan kepada exco SDARA 2011-2013.

Exco akan berusaha untuk menjalankan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan sebaik mungkin…Insy’Allah. Diharap mendapat kerjasama dari semua ahli.

Sehubungan dengan itu, beberapa Biro telah diberi tugas penambahbaikan untuk faedah ahli2…

Biro Keahlian: merekodkan dan mengemaskinikan senarai keahlian dengan kerjasama bahagian rekod pelajar Sdar. Mempromosi keahlian Sdara dengan bekas pelajar2 Sdar untuk meramaikan lagi dan memeriahkan lagi Alma matter kita. Diharapkan lebih ramai lagi sdara yang mengambil peluang untuk menjadi ahli seumur hidup SDARA. Pandaftaran ahli seumur hidup (baru) untuk tahun 2012 akan menerima kit istimewa SDARA dan juga buku Lakaran Warisan SDARA.

Tabung Khairat dan Kebajikan SDARA: pelancaran semula tabung  semasa Sdara dinner 2012 baru-baru ini dengan sasaran tabung untuk tahun 2012 sebanyak $50,000.  Jumlah tabung sekarang telah mencecah $21,000 tetapi belum sampai target yang di harapkan. Maka sumbangan ahli2 sekelian masih dialu-alukan. Bank in ke  TABUNG KHAIRAT & KEBAJIKAN SDARA,  Maybank 512400302355  dan kemudian maklumkan kepada sdr Gazali Abd Rahman (Biro Kebajikan) dengan meng sms slip bank in kepada  012-2882716

Penambahbaikan komunikasi diantara exco SDARA dan ahli juga telah diperkenalkan melalui website Sdara.com, no talipon SDARA 1-700-81-5115 ataupun melalui alamat rasmi surat menyurat (Persatuan Bekas Pelajar SDAR, No 5-2, Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan).  Ahli2 boleh mengikuti aktiviti2 rasmi Sdara terkini dan masa hadapan di website www.sdara.com ataupun dilaman2 sosial SDARA seperti di www.facebook.com/groups/sdarian

Sokongan berterusan ahli Sdara sekelian amat-amat  dihargai.

Berilmu Untuk Berjasa
“once a Sdarian always a Sdarian”

 

 

 

 

 

 

 

Mohd Fadhil Ahmad
YDP SDARA 2011-2013

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>