Laughter Is The Best Medicine

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Maka Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab dengan baik saya benarkan Ahmad pulang..Kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor,saya sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“Mmmmm..Oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Kata Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu pagar.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil Ahmad semula.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“Hmmm..Ahmad duduk sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

 

Racun

Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur… hanya tunggu masa hilang nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya.

Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.

“Susan, isteriku,” ia berbisik. “Suamiku, jangan berbicara, berehatlah.”
“Susan, saya harus mengakui sesuatu,” ia berkata dengan lemah.

“Tidak ada yang perlu di akui,” jawab Susan dengan bersedih.
“Semuanya baik-baik saja, tidurlah,” kata isterinya sambil menangis.

“Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu.”

“Saya tahu…,” jawabnya. “Kerana itulah saya meracuni kamu…”

Burung KakakTua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”

Suami : “Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya… secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop… Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula…

Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”

Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah…

Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… BODOH!!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>