SDARA DINNER 2012

SDARA DINNER 2012
SDARA DINNER 2011 yang sepatutnya di adakan pada 25 Dis 2011, telah di tangguhkan ke 25 Feb 2012, lalu menjadi “SDARA DINNER 2012″. 

Ini adalah di sebabkan pihak penganjur, Sdara batch 1979 menghadapi kesukaran untuk mengendalikan majlis tersebut apabila ahli jawatankuasa yang komited berkurangan. Maka, AJK SDARA induk terpaksa mengambil alih tugas pengendalian dan AlhamdulilLah, dengan kerjasama sdara semua maka SDARA DINNER 2012 telah berjaya di adakan pada 25 Feb lalu dengan kehadiran lebih kurang 700 lebih ahli sdara, keluarga, guru2 SDAR dan bekas guru2 SDAR.

Bermula dengan persembahan kugiran Sdara batch 84, 93 pada pukul 4 petang, di ikuti dengan majlis tahlil dan solat maghrib berjemaah di surau berdekatan.

Sebelum maghrib, para hadirin telah mula datang, mendaftarkan diri, dan melawati booth2 ahli sdara yang terletak di dalam dewan, sementara sebahagian nya berborak2 dengan kawan2 yang sudah lama tidak berjumpa.

Jam 9 malam, tetamu kehormat mantan YDP SDARA Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di iringi masuk ke dewan bersama2 dengan Pengetua Cemerlang SDAR, YDP SDARA yang baru, pengerusi majlis makan malam dan beberapa tetamu yang lain.

Majlis di mulakan dengan nyanyian beramai-ramai lagu sekolah dan kemudiannya bacaan doa oleh sdr Meor Hairudin.

Pengerusi Majlis Makan Malam, sdr Mohd Khir memberi sepatah dua kata, di ikuti dengan penyampaian slide show oleh YDP SDARA yang baru, sdr Mohd Fadhil Ahmad, akan program serta halatuju SDARA

Lihat video ucapan YDP SDARA ===> di sini

Seterusnya adalah pelancaran semula Tabung Khairat dan Kebajikan SDARA oleh mantan YDP SDARA, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad,

di ikuti pula dengan anugerah khas kepada “the longest service AJK SDARA” berupa cenderahati serta sijil, kepada sdr Ibrahim Moideen 62-67, yang telah berkhidmat bersama tiga YDP SDARA (Allahyarham Dato Mazlan, sdr Dato Salamon Selamat dan sdr Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad)

Acara seterusnya, makan malam yang di dahului dengan bacaan doa makan oleh sdr Meor Hairudin. Selesai makan, hadirin di hiburkan dengan persembahan kugiran batch 79 dan band Nada Suara (original from Tanjung Malim). Band Nada Suara telah menjemput penyanyi jemputan, Mafa, anak sdr Akhir Shariff  ’70 .

Diantara persembahan kugiran tersebut adalah acara cabutan bertuah yang memberi hadirin banyak hadiah berupa hamper, alat GPS, talipon bimbit Blackberry dan hadiah utama, TV Toshiba LCD 32′

 

Lebih kurang jam 11.55 malam majlis berakhir. Tetapi sebelum berakhir, urusan SDARA DINNER tahun depan 2013 telah di serahkan dengan resminya kepada batch ’80, sebagai “The Organizer of SDARA DINNER 2013″.

Foto SDARA DINNER boleh di lihat di http://dknphoto.com

2 Responses to SDARA DINNER 2012

  1. Welldone !

  2. Welldone!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>