Sport News

 

Liga KRS : SLRC vs Bintang Rugby 

 

20 Mac, PJ – Perlawanan keempat Liga Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Divisyen Diamond 2 di antara SDAR Lions (SLRC) menantang Bintang Rugby Club berlangsung di Padang Utara, Petaling Jaya.

Pasukan SLRC turun tanpa beberapa pemain utama dan juga ketiadaan pemain yang menghadiri kem Sukma NS di Seremban. Pasukan Bintang Rugby merupakan gabungan pemain warga asing atau “Mat Salleh” dan juga beberapa pemain tempatan.

 

Dengan keadaan padang yang teruk akibat hujan yang turun setiap hari, kedua-dua pasukan masing-masing cuba bermain secara dekat dan berhati-hati. Bintang menggunakan kelebihan mereka yang bersaiz besar untuk membuat asakan, namun forward kendalian Azfa berjaya mengekang asakan dengan beberapa tacle yang kemas.

 

Begitu juga back-line bimbingan Ajoi dapat beberapa kali mengucar-kacirkan back-line Bintang, namun keadaan padang dan takcle yang kemas dari Bintang menafikan serangan SLRC.

 

Peluang terbaik SLRC hadir apabila kombinasi Kumal dan Farouq berjaya menembusi centre Bintang namun handling yang kurang kemas menyaksikan stand-off Bintang berjaya mencuri bola dan membuat larian dari garisan 10-meter untuk mendapatkan try bagi Bintang. Namun, conversion gagal disempurnakan.

 

Separuh masa kedua bermula dalam keadaan hujan yang mulai turun. Kedua-dua pasukan saling membuat asakan demi asakan. Masing-masing mempamerkan persembahan yang menarik walaupun dalam keadaan padang yang lecak. SLRC beberapa kali menghalang asakan pemain Bintang seperti Mizy, James dan juga Simon,Kemasukan Sham yang bertindak sebagai no 8 ternyata membawa semangat baru kepada barisan forward SLRC. Duen yang berjaya mengawal forward dan back-line bertindak sebagai mastermind untuk terus membuat beberapa phase dari line 10-meter kawasan Bintang sebelum Sham mendapatkan try untuk SLRC. Ajoi dengan tenang menyempurnakan sepakan conversion.

 

Akhirnya, wisel penamat dibunyikan oleh referee untuk memberikan
kemenangan SLRC ke atas Bintang Rugby dengan skor SLRC 7 Bintang Rugby 5.

 

After all, it’s just another game of rugby.
“Lions… pride and passion”

 

players:
Azfa, Hadi, Hariz, John, Mantin, Black, Koko, Iks, Duen Ajoi, Kumal, Farouq, Shah, Shadow, Rod, Sayo, Anep, Tam, Itik, Taufiq, Sham, Hafiez,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>