Berita SDAR

KEPUTUSAN SPM 2010

 

SDAR GPS (Gred Purata Sekolah) rose from 1.72 (year 2009) to 1.69 (year 2010) with 37 students get straight A’s and ONE get 10 A’s

Congratulation SDAR – students and teachers

Pasukan bolakeranjang SDAR telah menjuarai PPM zon selatan dan akan memasuki pertandingan akhir PPM
PADA:  24 – 27 Mei 2011

 

Hari Kecemerlangan SBP Ke 38 (PPM) 21-26 Mei 2011

This year’s PPM is hosted by TKC from the 21st of May to the 26th.

All 45 basketball matches will be held at the Paroi Stadium (covered, spacious, comfortable & cheering friendly) whilst debate prelimenary rounds are in TKC for English & SASER for BM. Semi finals for both shall be in TKC thereafter.


Accomodation-wise, girls will be in TKC, boys in SASER, judges in SDAR & escorting teachers in SMAP Labu.

 

PENARAFAN 5 BINTANG

TAHNIAH ! Selama dua tahun berturut – turut Sekolah Dato’ Abdul Razak mendapat penarafan 5 bintang bagi pembudayaan ICT di sekolah iaitu pada tahun 2009 dan 2010.

Sebelum sesebuah sekolah menerima penarafan bintang, sekolah tersebut akan dinilai terlebih dahulu. Antara aspek yang dinilai adalah dari segi budaya penggunaan teknologi ICT dalam P&P , tahap kemahiran guru dan pelajar dalam menggunakan kemudahan ICT yang dibekalkan oleh pihak KPM dalam aktiviti P&P dan juga tugas luar yang lain, tahap kemahiran staf sokongan dalam menggunakan peralatan ICT dan juga perisian  khas (sistem) dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran, hebahan maklumat melalui laman web, penggunaan pusat akses, dan sebagainya. Penarafan bintang bergantung kepada maklumat yang dikumpul daripada soal selidik melalui SSQS dan juga dibantu oleh maklumat – maklumat lain yang diperlukan oleh para penilai.

Penarafan ini telah mengembalikan semula cahaya Bestari SDAR sebagai salah sebuah Sekolah Bestari. Semoga apa yang telah dicapai selama ini dapat dikekalkan untuk tahun 2011. Setinggi – tinggi penghargaan diucapkan kepada warga SDAR yang telah bersama – sama mengembalikan semula cahaya Bestari Sekolah Dato’ Abdul Razak. Semoga apa yang telah dicapai dapat dikekalkan untuk tahun 2011. InsyaAllah…

 

Perubahan Terkini di SDAR

Bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2011, begitu banyak perubahan telah berlaku dan akan berlaku dari semasa ke semasa. Antara perubahan tersebut adalah dari segi penempatan para pelajar. Pada tahun ini, pelajar ditempatkan mengikut batch. Ini bermakna dalam satu blok akan ada pelajar terdiri daripada ahli rumah Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara.

Sistem penempatan baru pelajar 2011

Blok A (Bendahara)
akan menjadi Blok Saidina Abu Bakar akan dihuni oleh pelajar Tingkatan
3 dan Tingkatan 4 baru.

Blok B (Laksamana)
akan menjadi Blok Saidina Umar akan dihuni oleh pelajar Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5.

Blok C (Temenggung)
akan menjadi Blok Saidina Uthman akan dihuni oleh pelajar Tingkatan 1
dan Tingkatan 2.

Blok D (Syahbandar)
akan menjadi Blok Saidina Ali akan dihuni oleh pelajar Tingkatan 1 dan
Tingkatan 2.

Pada tahun ini juga, sistem ‘Barrier Gate’ diperkenalkan. Setiap guru, staf sokongan, pekerja am, dan juga pekerja swasta disediakan kad pintar. Aktiviti keluar masuk kawasan sekolah akan dikawal secara automatik. Sehubungan itu, para ibu bapa dan juga tetamu luar perlu berurusan dengan pengawal keselamatan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah.

Sekolah Dato’ Abdul Razak juga telah kehilangan 2 orang guru yang telah berpindah ke tempat baru iaitu Ustaz Zaidi yang telah berpindah ke Sekolah Sains Hulu Terengganu dan juga Cikgu Nor Diyana Danial yang telah berpindah ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Selain daripada itu, SDAR turut mengalukan kedatangan guru Bahasa Perancis yang baru, Encik Mohd Syukor Abdullah yang telah berpindah dari Sekolah Sains Lahad Datu untuk berkhidmat di SDAR. Selamat datang diucapkan kepada beliau.

SDAR juga turut mengalukan kedatangan Cikgu Zarina Abd Samad yang selama ini sedang bercuti untuk bertugas kembali di SDAR. Di samping itu, SDAR juga menerima pelajar praktikal dari UKM iaitu bekas kaunselor SDAR, Cikgu Norliza Abd Razak. Semoga apa yang telah dipelajari di UKM dapat dipraktikkan di SDAR untuk membantu pembentukan jati diri pelajar .

Pada tahun ini juga, pelajar SDAR dibenarkan membawa laptop ke sekolah. Peraturan penggunaan laptop telah digariskan dalam garis panduan yang telah ditetapkan. Pelajar perlu mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan tatatertib dikenakan. Pelajar boleh mengakses internet di kawasan asrama (di tempat yang telah ditetapkan), di mana pihak sekolah telah menyediakan perkhidmatan WIFI. Pelajar dikehendaki menggunakan  username
dan password untuk mengakses internet.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>