header
 31 Mac 2009                      To Bring SDARA Closer To Each Other                      Volume 1 Number 3
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:




AJK SDARA 2007-09
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP  
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Azril Johari Abd Ghani
Haniffia Abd Ghani
Dr Khairun Nadzar
Mahadhir Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan Rahman
Wan Ismail Wan Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008
Sep 2008
Dec 2008

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Tanpa disedari kita telah tiga bulan mengharungi  tahun 2009.  Dalam tempoh tersebut,  berbagai-bagai isu telah timbul dalam negara kita yang tentunya ada kaitan dengan kehidupan kita semua. Antara yang menarik termasuklah isu pendidikan dan politik.

Dalam bidang pendidikan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)  nampaknya masih belum reda lagi.  Dasar pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak tahun 2003 itu nampaknya menjadi hangat sehingga ada pihak yang inginkan ia dimansuhkan sahaja dengan alasan  bahawa ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan Akta Pendidikan 1996.  Dasar tersebut dikatakan menjejaskan penggunaan dan martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu serta merugikan pelajar-pelajar terutamanya di luar bandar.  Persoalannnya adakah benar demikian? 

Kerajaan mempunyai sebab tertentu memperkenalkan PPSMI dalam sistem pendidikan negara enam tahun lalu sebagaimana yang dijelaskan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri pada 13 Mac dan 20 Mac 2009 melalui laman blognya http://www.chedet.co.cc/chedetblog.

Berkaitan dengan isu ini teringat saya tentang penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar SDAR dalam tahun-tahun enam puluhan dulu.  Rata-rata kita semua memang lemah dalam bahasa tersebut yang pada ketika itu merupakan bahasa pengantar di SDAR.  Kita mempelajari semua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris (BI) kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Islam.  Dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) kita diwajibkan lulus dalam mata pelajaran BI sebagai salah satu syarat memperolehi sijil,  jika tidak kita tidak akan lulus LCE.  Untuk lulus penuh (Promotion) kita wajib memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam BI, jika mendapat C dalam mata pelajaran tersebut kita akan diberikan lulus terhad (Promotion Limited) dan perlu mengambil dan lulus Ujian Kelayakan (Qualifying Test) semasa di Tingkatan Empat bagi melayakkan kita mengambil peperiksaan School Certificate (SC).  Jika tidak kita akan hanya layak mengambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) sahaja.  Untuk memperoleh sijil persekolahan (School Certificate) pula kelulusan dalam BI adalah diperlukan sebagai salah satu syarat pensijilan.  Untuk mendapat gred I dalam SC kita disyaratkan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (C6) dalam BI.  Begitulah pentingnya mata pelajaran BI pada ketika itu. Penekanan yang begitu berat diberikan kepada pembelajaran BI tidak sekali-kali melemahkan semangat patriotik dan sayangkan Bahasa Melayu di kalangan bekas pelajar-pelajar SDAR.  Walaupun BI menjadi begitu penting pada ketika itu tidak pula ia dikatakan menyebabkan  pelajar-pelajar lepasan sekolah menjadi  kurang patriotik atau lemah Bahasa Melayunya. Bahkan ramai di kalangan mereka yang mahir dalam Bahasa Melayu adalah juga mahir dalam BI.

 
Jika kita ingin nak mengetahui apakah standard penguasaan BI pelajar-pelajar SDAR pada ketika itu, layarilah laman blog saudara Maarof Kassim di http://maarofkassim.blogspot.com  yang seringkali juga menulis dalam BI mengenai pelbagai perkara termasuklah catatan tentang SDAR dan  SDARA.

Dalam arena politik pula, tiga orang rakan kita nampaknya telah berjaya terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.  Tahniah kepada  Yang Di Pertua SDARA YB Datuk Dr Haji Abd Latiff Ahmad dan sahabat-sahabat kita YB Dato’ Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang telah menang dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dalam Perhimpunan  Agung UMNO ke 59 baru-baru ini.  Semoga mereka terus maju jaya dalam karier politik dan sekali gus akan memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara.  Kita penuh yakin mereka tidak pernah melupakan SDAR, gedung ilmu dan ibu kandung yang telah mendidik mereka.

Y.B. DATUK DR. HAJI ABD. LATIFF BIN AHMAD

 

Timbalan Menteri Kesihatan,
Kementerian Kesihatan,
Aras 13, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

 

 

Y.B. DATO' AHMAD SHABERY CHEEK

 

Menteri Penerangan,
Kementerian Penerangan, 
Tingkat 8, Angkasapuri,
50610 KUALA LUMPUR.

 

 

Y.B. DATO' HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

 

Timbalan Menteri Kewangan,
Kementerian Kewangan,
Aras 11, Blok Tengah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

 

Kita juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Dr Azahar Idris, Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang yang telah dianugerahkan darjah kebesaran DIMP yang membawa gelaran Datuk oleh DYMM Sultan Pahang baru-baru ini.  Penganugerahan tersebut menambahkan lagi senarai ahli SDARA yang bergelar  Datuk, Dato’ atau Dato’ Seri.

Kita yakin dalam Peperiksaan SPM baru-baru ini ramai anak SDARA yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang.  Kepada mereka kita ucapkan tahniah.  Bagi yang kurang berjaya atau tidak mencapai sasaran kecemerlangan yang telah ditetapkan, janganlah berputus asa.  Perjalanan masih jauh.  Pengalaman menunjukkan bahawa ramai di kalangan ahli SDARA yang tidak begitu cemerlang dalam akademik  kini berjaya dan  cemerlang dalam kehidupan.  Namun begitu kita yakin ramai juga di kalangan kita yang teringin  mengintai apakah agaknya prestasi SDAR dalam SPM yang lepas?  Dan yang lebih menarik lagi ialah  apakah agaknya prestasi anak-anak SDARA  sendiri di SDAR?  Barangkali SDARA mungkin boleh mempertimbangkan satu mekanisme untuk memantau prestasi anak-anak kita itu dengan lebih dekat supaya laluan anak-anak kita ke SDAR melalui kuota SDARA  tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak malah boleh memangkin kejayaan SDAR secara keseluruhan.

Dalam tempoh tiga bulan ini, SDARA telah kehilangan beberapa orang sahabat iaitu Sdra Ramli Ahmad aka Jumbang (70-75), Sdra Muzani Mohamad aka Belatoq (79-83) dan Sdra Mohd Hanip Mohd (64-69).  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.  Kepada ahli-ahli SDARA yang telah kehilangan yang tersayang, kita mengucapkan takziah dan semoga sahabat-sahabat kita itu menerima ketentuan Allah dengan sabar dan tenang.  Semoga yang telah pergi akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya Allah.

 
SDARA Newsletter kali  ini  antara lain memuatkan aktiviti-aktiviti SDARA yang berlangsung sepanjang tiga bulan pertama 2009 iaitu SDARA TT di Kuantan pada 9/3/09,  Bangi/Kajang pada 13/3/09 dan Sg Petani pada 21/3/2009.  Kita percaya banyak lagi aktiviti serupa yang berlangsung tetapi tidak dilaporkan. 

Keluaran kali ini juga memuatkan artikel yang telah ditulis oleh Saudara Mohd Shah Ibrahim (69-74) tentang kenangan beliau terhadap gurunya Dato’ Cikgu Abdul Rahman Yeop yang telah bertugas sebagai Pengetua SDAR mulai tahun 1974 -1980. Kenangan beliau itu kita kongsi bersama dan mudah-mudahan kita sentiasa tidak lupa kepada guru-guru kita yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan diri kita.

 


Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES
(1)  SDARA Sungai Petani TT [21 Mac 2009]

17 Sdara came.

 1 A. Termizi Abdullah (k.baru) 71-76 
 2 Abd. Razak Hamid  (Sitiawan) 72-77
 3 Ali Awang  66-73
 4 Anuar 84-88
 5 Hamzah Ishak (sp) 68-73
 6 Ismail Abdullah (kulim) 71-78
 7 Khairul Azman aka PAK CIK (sp) 73-80
 8 Khairun Nadzar aka dkn (Bangi) 72-79
 9 M. Shahril Zainol 93-97
10 Nailul Murad, Dr 73-77
11 Roslan Saad (sp)73-76
12 Saiful 84-88
13 Suhaimi Saleh  (k.baru ) 68-73
14 Sulaiman Muhammad aka Amoy (sp)73-78
15 Tajul Ariffin Ibrahim 73-76
16 Talib Abd Rahman (sp) 66-73
17 Zulkifli Yahya aka Snoopy (kulim) 73-77

Absentee:
ROSLAN AHMAD (perlis) 72-79........absent with info
ROSLAN PILUS (alor setar) 70-75.....absent with info
SAIFUDIN MUNGIT (Sg Ramal Dalam) 72-77....meminang d kuantan
USOP Ketil (73-77)........absent with info
pak mat?.......absent no info

Started around 8pm at Sejati Roti House, Tmn Sejati...... then proceed to Laguna Clubhouse, Merbok, as Sdara Abdul Razak Hamid (72-77) was attending his son's wedding reception hosted by the bridegroom's family.  
A total of 17 sdaras attended.
Thank you very much to sdr Abd Razak Hamid, who has invited us to his son wedding reception.
Thank you to dkn whose intention to come to sp has sparked the idea of this TT Sg Petani  chapter...may other new chapter emerges to foster stronger brotherhood among sdaras tak kira batch mana.

Hamzah Ishak
Head Boy Sdara Sg Petani

Photos at www.dknphoto.com



(2) SDARA Bangi / Kajang TT [13th Mach 2009]

11 orang Sdara yang hadhir

(1) Abd Rahman Mohamed [73-78]
(2) Abd Razak Halimi [74 - 78]
(3) Bernadib Kadri [71 - 76]
(4) Ishak Tamyes [74 - 78]
(5) Kamarudzman b Mohd Kasby [74 LSix]
(6) Khairun Nadzar, Dr [72 - 77]
(7) Maarof Kassim [62 - 67]
(8) Mazlan Mohd Noor [72 - 77]
(9) Mohd Nizam Jaafar [72 - 77]
(10)Nik Khairudin Fathi [72 - 77]
(11)Saifuddin Mungit [72 - 77]

Mazlan Mohd Noor membawa anaknya (tingkatan 1 di SDAR). Sdara paling jauh, Abd Rahman Mohamed [73-78], dari kemaman, Terengganu. Kedua, Sdara Maarof dari Seremban.

Kedudukan tempat duduk menyebabkan Sdara terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan satu terdiri daripada Abd Rahman, Abd Razak, Ishak Tamyes, Mazlan, Nik Khairudin, Saifudin.
Kumpulan dua, terdiri daripada Kamarudzman, DKN, Bernadib dan Maarof. Sdara Mohd Nizam sampai lewat dan duduk bersama kumpulan satu.

Kumpulan satu, tidak pasti apa perbualan mereka. Manakala kumpulan dua, yang banyak bercakap adalah sdara Bernadib, dari satu topik ke satu topik.

Pukul 12 tgh malam, Sdara Maarof mengundur diri, di susuli pula sdara Mohd Nizam dan sdara Mazlan. Sdara yang tinggal menyambung perbualan sehingga 2.20 pagi Topik perbualan banyak berkisar mengenai politik semasa.

Terima kasih kepada Sdara yang hadhir. Dan terima kasih juga kepada Sdara yang sms memberitahu ketidak hadhiran mereka.

Gambarnya lihat di  www.dknphoto.com


(3) SDARA Kuantan TT [9th Mach 2009]

Kehadiran:-

Saifuddin Mungit 72-77 , 013 339 5566, dari kajang dgn wife naik motor bmw.
Mohamed azmi Ramli, 013-9889 275, Universiti Malaysia Pahang.
Amir Azhar Ahmad 012 988 6023.
Muhammad Abdullah 019 988 7820
Mohd Hanafiah Ab Aziz 013 986 1143
Ramli A. Rahman 019 931 9670
Zaharudin 012 937 0056
Zainolnahar Zainol 016 960 1118
Nor Azam Awang 013 9 222 828

Yang tak kelapangan:-

Awang jusoh 019 6570135
Amaldaldin(Dadea) 012 9884 888
Dr fahmy 019 9 888 441
Hassan Mohd 016391 0905
Hj harun 012 383 9829
Hj Misron 019 986 4824
Hj Samsudin 012 928 3077
Ideris Diran 019 932 2521
Abd Manaf Rashid 019 986 0830
Mazli Osman 019 9 164 164
Mustaza 013 980 9701
Pak Ya 019 916 0567
Samuel Kameil 013 381 1313
Syed Zaki 013 9100 153
Umar Sukri 013 361 2194
Yahya AKasah 012 987 7125
Yahya Mat Wazir 013 9383 007

Perbincangan:-

1. selain cerita lama, cerita sekarang...

  • Nor Azam Awang ter lantik sebagai bendahari SCK.
  • Ramli Rahman yang ter senior hadir ter lantik sebagai Head Boy SCK.
  • Zainol masih mencari penganti setia kena usaha.
  • kita orang 'cakap-cakap' tentang tabung kebajikkan kenkawan secara ad-hod atau bila ada keperluan.

  • zainol usulkan disamping kita berjumpa dan bercerita-cerita, apa kata kalau kita buat aktiviti yang mendatangkan duit dan duit tu kita buat sumbangan kepada yang memerlukan atau kita buat sesuatu untuk memperlihatkan kepada umum bahawa Sdarian ada di kuantan dengan mencadangkan sebagai contohnya kita beli kerusi taman dan kita hadiahkan kepada Majlis Perbandaran Kuantan dengan memasangnya di tempat tumpuan awam yang belakang kerusi tu tertulis dgn jelas SDARA KUANTAN, so bila-bila SDARIAN / STARIAN / MCOBA / TKCians / STFians / Ansara dan lenlain ternampak kerusi tu mungkin mencetus idea untuk mereka menyubang dari perspektif memasing untuk kebaikan sejagat. InsyaAllah.

2. Next gathering mungkin di rumah Ramli Rahman sekitar 1st week April. TBA later.

 

Thank You.

Together we create the future,
A better future for all...... .

Zainolnahar Zainol  (78-82)
Head Boy Sdara Kuantan


RENUNGAN
            
+ Clik on the image to enlarge it
 + Clik on the image to enlarge it

Hayati lah video dan senikata lagu ini

 

      
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

BRILLIANT WAYS
GIRLS
TURN GUYS DOWN!!

HE: I'm a photographer I've been  looking for a face  like yours!

SHE: I'm a plastic surgeon. I've been  looking for a  face like
yours!! 

 

HE: May I have the pleasure of this dance?
SHE: No, I'd like to have some pleasure too!!!

 

HE: How did you get to be so beautiful?
SHE: I must have been given your share!!!


HE: Will you come out with me this Saturday?

SHE: Sorry! I'm having a headache this weekend!!!


HE: Go on, don't be shy. Ask me out!

SHE: Okay, get out!!!


HE: I think I could make you very happy

SHE: Why? Are you leaving?


HE: What would you say if I asked u to marry me?

SHE: Nothing. I can't talk and laugh at the same time!!!


HE: Can I have your name?

SHE: Why, don't you already have one?


HE: Shall we go and see a film?

SHE: I've already seen it!!!


HE: Do you think it was fate that brought us together?

SHE: Nah, it was plain bad luck!!!


HE: Where have you been all my life?

SHE: Hiding from you.


HE: Haven't I seen you someplace before?

SHE: Yes, that’s why I don't go there anymore.

 

HE: Is this seat empty?
SHE: Yes and this one will be if you sit down
.





LESSON 1

 A junior manager, a senior manager and their boss are on their way to a  meeting. On their way through a park, they come across a wonder lamp. They rub the lamp and a ghost appears.

 

 The ghost says, "Normally, one is granted three wishes but as you  are three,I will allow one wish each"

 

 So the eager senior manager shouted, "I want the first wish. I want  to be in the Bahamas, on a fast boat and have no worries." Pfufffff, and he  was gone.

 

 Now the junior manager could not keep quiet and shouted "I want to  be In Florida with beautiful girls, plenty of food and cocktails."

 Pfufffff, and he Was also gone.

 

 The boss calmly said, "I want these two idiots back in the office  after lunch at 12.35pm."

 

 *MORAL OF THE STORY IS: " ALWAYS ALLOW THE BOSSES TO SPEAK FIRST"*

 

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

LESSON 2

 

 Standing in front of a shredder with a piece of paper in his hand.

 

 "Listen," said the CEO, "this is a very sensitive and important  document,and my secretary has left. Can you make this thing work?"

 

 "Certainly," said the young executive.

 

 He turned the machine on, inserted the paper, and pressed the start button.

 

 "Excellent, excellent!" said the CEO as his paper disappeared inside  the shredder machine. "I just need one copy."

 

 *LESSON II - NEVER, NEVER ASSUME THAT YOUR BOSS KNOWS EVERYTHING.*

 

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

 

LESSON 3

 

 An American and a Japanese were sitting on the plane on the way to  LA When the American turned to the Japanese and asked, "What kind of -ese  are you?"

 

 The Japanese confused, replied, "Sorry but I don't understand what you mean."

 

 The American repeated, "What kind of -ese are you?"

 

 Again, the Japanese was confused over the question.

 

 The American, now irritated, then yelled, "What kind of -ese are you

  ...

 Are you a Chinese, Japanese, Vietnamese!, etc......???"

 

 The Japanese then replied, "Oh, I am a Japanese."

 

 A while later the Japanese turned to the American and asked What  kind of 'key' was he.

 

 The American, frustrated, yelled, "What do you mean what kind of -kee'

am I?!"

 

 The Japanese said, "Are you a Yankee, donkee, or monkee?"

 

 *LESSON III - NEVER INSULT ANYONE

 

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

LESSON 4

 

 There were these 4 guys, a Russian, a German, an American and a  French, who found this small genie bottle. When they rubbed the bottle, a genie  appeared. Thankful that the 4 guys had released him out of the  bottle, he said, "Next to you all are 4 swimming pools, I will give each of you a  wish. When you run towards the pool and jump, you shout what you want the  pool of Water to become, then your wish will come true."

 

 The French wanted to start. He ran towards the pool, jumped and  shouted "WINE". The pool immediately changed into a pool of wine. The  Frenchman was so Happy swimming and drinking from the pool.

 

 Next is the Russian's turn, he did the same and shouted, "VODKA" and  Immersed himself into a pool of vodka.

 

 The German was next and he jumped and shouted, "BEER". He was so  Contented with his beer pool.

 

 The last is the American. He was running towards the pool when  suddenly He steps on a banana peel. He slipped towards the pool and shouted,  "SHIT!!!!!!!........."

 

 *LESSON IV - THINK TWICE BEFORE YOU SAY SOMETHING, BECAUSE SOMETIMES  ACCIDENTS DO HAPPEN.*

 

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

 LESSON 5

 

 The organs of the body were having a meeting, trying to decide who  was In charge. Each organ took a turn to speak up:

 

 Brain......... I should be in charge because I run all body  functions.

 Blood........ I should be in charge because I circulate oxygen for the brain.

 Stomach... I should be in charge because I process food to the brain.

 Legs......... I should be in charge because I take the brain where it Wants to go.

 Eyes......... I should be in charge because I let the brain see  where it's going.

 Asshole.....I should be in charge because I get rid of your waste.

 

 All the other parts laughed so hard and this made the asshole very  mad. To prove his point, the asshole immediately slammed tightly closed and  Stayed that way for 6 days, refusing to rid the body of any waste whatsoever.

 

Day 1 - Brain got a terrible headache and cried out for relief 

Day 2 - Stomach got bloated and began to ache terribly 

Day 3 - Legs got cramps and became unstable 

Day 4 - Eyes became watery and vision became blurred 

Day 5 - Blood became toxic and poisoned the body 

Day 6 -The other organs agreed to let the asshole be in charge.

 

 *MORAL OF THE STORY: NO MATTER WHO YOU ARE, OR HOW IMPORTANT YOU  THINK YOU ARE, YOU WILL FIND THAT IT IS ALWAYS THE ASSHOLE THAT IS IN CHARGE.*




Go  To The Top 

KENANGAN SDARA
  
Tribute to Cikgu Abdul Rahman Yeop
. . . by Mohd Shah Ibrahim 69 - 74 

http://mohdshahibrahim.blogspot.com/2008/10/tribute-to-cikgu-abdul-rahman-yeop.html

Saturday, October 25, 2008

Mohd ShahTribute to Cikgu Abdul Rahman Yeop
Saya pernah bercerita sebelum ini tentang bagaimana bekas pengetua saya Abdul Rahman Yeop. Orang tua ini amat besar jasanya dalam hidup saya (posting - 20, 21 dan 24 Jun 2008). Dialah yang mencorakkan hidup saya sebaik saja saya tamat peperiksaan MCE.

Saya hanya sempat menjadi muridnya selama dua tahun. Dia datang pada awal tahun 1973 ditukarkan dari Sekolah Menengah Sungai Sumun Teluk Intan ketika saya berada di tingkatan 4 dan saya meninggalkan sekolah pada hujung tahun berikutnya. Tetapi seperti pernah saya ceritakan, dia memanggil saya kembali menyertai kelas pra-universiti selama tiga bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan. Saya tahu dia memanggil saya kembali kerana tidak mahu saya merayau-rayau di bandar Seremban tanpa tujuan. Sekurang-kurangnya bila kembali ke sekolah saya boleh bermain muzik dan memimpin band sekolah seperti biasa (di samping menerima elaun bulanan selama tiga bulan).

Tetapi setelah keluar keputusan yang tidak memihak kepada saya (seperti yang saya jangka), saya meninggalkan sekolah dan beberapa bulan selepas itu dia terserempak dengan saya lagi yang sedang merayau-rayau di tengah bandar Seremban. Dia menyuruh saya datang ke sekolah dengan segera. Dia seperti mahu mengatur hidup saya, "mengarahkan" saya mendaftar diri sebagai guru sementara di Jabatan Pelajaran dan selama beberapa bulan saya terperap mengajar di sebuah sekolah menengah di pekan Johol.

Sebelum penghujung tahun dia memanggil saya lagi. Saya tak tahu apa tujuannya. Rupa-rupanya dia menyuruh saya mendapatkan borang memohon masuk ke maktab perguruan. Saya akur kerana saya tidak ada orang tua lagi untuk dirujuk. Lagipun ayah saya telah meninggal dunia. Dan dengan bantuannya saya dapat masuk maktab mengikuti latihan perguruan selama dua tahun. Dia tak pernah tahu saya bernikah semasa kursus sehinggalah bila saya bertemunya di majlis perasmian SDAR di Sikamat Seremban pada tahun 1978 (kalau tak silap saya).

Selepas keluar maktab, saya fikir saya akan terus menjadi guru hingga pencen. Tetapi saya menukar fikiran selepas berlaku pelbagai peristiwa dalam hidup. Sudah tentu kali ini saya tidak memerlukan sentuhan Rahman Yeop lagi. Segala-galanya di tangan saya. It’s all my show now. Biarlah kali ini saya membuat keputusan menentukan kehidupan sendiri walaupun sebelum itu Rahman Yeop telah meletakkan batu asas dalam hidup saya. Betul atau salah, itu keputusan saya. Dan bermulalah episod kehidupan saya yang pelbagai corak dan berwarna-warni yang menjadi ilham kepada buku yang saya “angan-angankan” yang saya beri judul SAYA TAK ADA MBA.

Pernah Zuraidah Mohamad kawan sekelas isteri saya di TKC yang juga rapat dengan saya bertanya buku itu mengenai apa (pernah saya coretkan dalam blog ini - posting 27 Feb 2008).
Lalu saya jawab, “It’s all about wrong decisions.”
Segala-galanya mengenai keputusan yang salah. Memang saya sudah lama dilatih untuk tidak takut membuat kesalahan. Tetapi untuk membuat keputusan salah yang betul, itu memang payah dan saya tidak pernah belajar mengenainya. Namun semakin lama melalui kehidupan ini, saya menjadi semakin suka dan saya selalu rasa, “I have made the right wrong decisions.” Bagaimana harus saya terjemahkan?

Malam ini saya bertemu Dato’ Abdul Rahman Yeop dan isterinya di rumah terbuka Zuraidah dan suaminya Nasir Ali orang besar di Kumpulan Utusan. Saya tidak fikir Zu mengenali rapat Cikgu Rahman Yeop sebelum ini. Dia mungkin mula mengenalinya sejaksama-sama aktif dalam Persatuan Sejarah. Kebetulan Cikgu Rahman Yeop memegang jawatan Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia.

Sebelum ini saya ada juga beberapa kali menemui Rahman Yeop yang lebih selesa saya panggil cikgu. Sama juga seperti Isa Samad yang tak pernah saya panggil Tan Sri atau Dato.’ Mereka bekas cikgu saya. Jadi lebih mesra dan manja kalau saya panggil cikgu. Lagipun saya rasa mereka bukan seperti sesetengah orang bergelar yang akan memaling muka atau enggan menjawab kalau tidak dipanggil dengan gelaran tertentu. Begitu juga isteri Rahman Yeop. Dia pun tak kisah sekejap saya panggil auntie, sekejap saya panggil Datin. Saya rasa lebih baik sedap kalau saya panggil mak cik.

Semasa bekerja dengan Sekolah Muzik Yamaha Johor Bahru, bos saya ketika itu pernah mengundang para pegawai Kementerian dan Jabatan Pelajaran ke satu majlis makan malam di rumahnya. Saya terkejut kerana Rahman Yeop ada sama. Dia tidak lagi menjadi pengetua SDAR. Dia juga terkejut saya sudah berhenti daripada perkhidmatan perguruan selepas hanya empat tahun berkhidmat. Dan dia lebih terkejut lagi saya dapat bekerja dengan seorang kerabat diraja. Setahun selepas itu, saya menemuinya di Kementerian Pelajaran meminta bantuan tentang pertukaran isteri saya dari Johor Ke Kuala Lumpur. Ketika itu dia menjaga hal-ehwal sekolah berasrama penuh. Oleh kerana di Kuala Lumpur tidak ada kekosongan, akhirnya dia berjaya menempatkan isteri saya di Sekolah Kebangsaan La Salle, Jalan Gasing, Petaling Jaya walaupun sebelum itu dia bergurau menyatakan kalau di Selangor yang ada kekosongan cuma di Batang Berjuntai. Di pejabatnya di Bangunan Bank Pertanian itu dia menghulurkan saya sebatang rokok Dunhill. Katanya, “Hisaplah. Kamu bukan kat SDAR lagi..”

Ketika dia menjadi Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan saya juga ada bertemu dengannya di pejabatnya. Dia tidak pernah berubah. Dia melayan saya sama seperti di sekolah dan kami masih boleh bergurau-senda.

Selepas itu kami hanya sempat bertemu beberapa kali di beberapa perjumpaan bekas pelajar tetapi tidak pernah berpeluang untuk berbual panjang kerana dalam majlis seperti itu sudah tentu ramai bekas pelajar yang mengerumuninya. Memang perangai saya tidak suka mencelah baik siapa juga yang saya kenal sedang dikelilingi banyak orang.

Tetapi malam tadi kami dapat berbual panjang. Dan Rahman Yeop mahu berkenalan dengan isteri saya.
“Orang rumah kamu budak TKC ke Mat Shah?”
“Ya Cikgu.
“Girl-friend dulu?”
“Tak cikgu. Yang lain. Kenal masa kat TKC lagi tapi rapat masa kat maktab.”

Lalu saya memperkenalkan isteri saya buat pertama kalinya. Kemudian dia mengulangi apa yang kami bualkan sebelum itu di hadapan isteri saya. Sekarang isteri saya tak kisah lagi dengan cerita zaman budak-budak dulu. Saya ingat lagi apa yang berlaku di suatu perjumpaan di Tropicana Golf Resort beberapa tahun dahulu. Saya memperkenalkan isteri saya kepada Cikgu Isa Samad (yang ketika itu masih menjawat jawatan MB Negeri Sembilan).
“Eh! Dulu lain. Yang ini lain pulak,” kata Isa Samad.
Merah padam muka isteri saya. Cikgu Isa pun satu. Mulutnya tak ada insurans, kata orang sekarang. Memang kalau dia bercakap ikut sedap mulut. Tetapi kerana dia cikgu saya yang amat saya kenal perangainya, saya tak pernah berkecil hati. Begitu juga dengan Rahman Yeop. Sudah tentu lebih lagi kerana kami ada hubungan istimewa yang sukar saya gambarkan.

Selepas itu kami berbual lagi dan bila isteri saya bercerita tentang sakit lutut yang dialaminya, perbualan kami berpanjangan. Cikgu Rahman Yeop mengakui bahawa dia “pakar” sakit lutut. Ini kerana dia juga mengalami masalah yang sama. Banyak juga nasihat yang diberikan kepada isteri saya sampaikan dia sanggup membantu kalau isteri saya mahu mendapatkan rawatan di HUKM. Pakar yang merawatnya bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Dia sendiri sanggup menelefon doktor pakar itu. Begitulah pengetua kesayangan saya. Seperti komen isteri saya ketika dalam perjalanan pulang,
“Patutlah budak-budak sayang dengan dia. Wife dia pun sama. Caring. Concern, mesra betul dengan budak-budak.”
(Ya. Kata hati saya. Dah tua-tua pun kami ni masih disebut sebagai budak-budak juga).
Kalau itu diucapkan oleh bekas seorang budak Kolej Tunku Kurshiah atau TKC, apa lagi kalau bekas budak SDAR yang lebih mengenali Rahman Yeop. Mana nak cari cikgu macam dia.

Ada lagi soalan menarik yang diajukan kepada saya.
“Anak kamu dua aje?”
“Ya cikgu. Dua aje. Dua-dua perempuan.”
“Tak nak lelaki?”
“Tak boleh cikgu. Saya tak pandai layan budak lelaki. Dulu saya cuma pandai layan budak TKC aje…”
Dia ketawa.

Itu antara yang dapat saya ceritakan mengenai Cikgu Rahman Yeop yang telah lama bertahta di hati saya yang takkan dapat saya lupakan tentang hubungan istimewa kami. Kerana usia mungkin banyak perkara atau peristiwa yang dia sendiri sudah lupa. Tetapi saya ada memberitahunya bahawa saya ada menulis di laman blog mengenai pengalaman saya dengannya. Dan mungkin ketika ini dia sudah membaca beberapa tulisan saya yang mungkin dapat mengembalikan ingatan pada apa yang pernah berlaku antara kami. Mungkin selepas ini akan saya catatkan lagi sekiranya saya teringat. Maklum saja, saya juga sedang meniti usia dan semakin hari bertambah, semakin bertambah juga usia saya.

Nota kaki

Cikgu Rahman Yeop berjanji akan mengundang saya ke rumahnya. Katanya, “Saya nak kamu datang dengan Kutat. Kami nak jemput Kutat dengan isteri barunya.”
(Kutat salah satu nama gelaran yang cukup popular yang masih kekal hingga sekarang sehinggakan ada bekas pelajar terutama pelajar junior yang tak tahu bahawa nama sebenarnya ialah Mokhtar.
Kutat memang cukup rapat dengan Cikgu Rahman Yeop kerana dia menyambung pelajaran hingga ke Tingkatan Enam Atas. Maknanya hubungan mereka lebih panjang selama empat tahun. Dan selepas meninggalkan SDAR mereka sentiasa berhubung rapat.

Sedangkan saya, selama beberapa tahun menghilangkan diri bersembunyi daripada bekas guru-guru dan rakan-rakan sehinggalah saya sedar bahawa sebenarnya “I have made the right wrong decisions”).

BERITA SDARA

Sdara Dr Azahar Idris bergelar Dato' / Datuk

Tanggal 12 Feb 2009, Sdara Dr Azahar Idris (67 - 74), Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang, telah di anugerahkan bintang DIMP (Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang)  oleh DYMM Sultan Pahang, yang membawa gelaran Dato', di majlis harijadi Sultan Pahang baru-baru ini.

Tahniah Dato' Dr Azahar Idris.

Excerpt from his blog  http://sirdirahaza.blogspot.com/2009/02/now-dato.html


Now A Dato'

Dr AzaharWe decided to stay overnight in Vistana Kuantan so that we did not have to wake up and get ready so early in the morning. We arrived at Vistana at quarter past seven and had our dinner at Nara Tanjung Lumpur.

At Nara I met Aziz Khalid (aka Aziz Wali), a very close childhood buddy, and his wife Rahmah, my sister's close friend and a successful 'stratified cake' supplier. With them was Halim, another childhood friend. Aziz was very different - he was slim and so smartle dressed that if he was not with his wife, I was sure I would have missed him.

On the 12th February morning we woke up early and were ready for the big occassion. My wife in her turqoise kurung and I in my blue-green baju Melayu arrived at Tok Empat Mengkasar's house at five past eight. Tok empat helped me in getting dressed up the Pahang style.

We arrived at Balairong Seri at 10 past nine and had our seats at 8th row right. I was made to lead the third group of DIMP recipients.

I was strangely cool waiting for my time. A DSAP recipient made a big blunder causing a big roar from the crowd. She, perhaps out of nervousness, walked up straight to the Sultan's chair instead of standing in the first step as we all were supposed to.

I did all right as I received the award. Her Majesty jokingly said that I was still a young man when I told him that I was 55. I was the sole DIMP recipient from Pahang State Government Departments - the others were from the police, army and federal officers.

After lunch recipients flocked to the Balairong Seri again for photo session. The queue was long - why? Some people took their sweet times taking shots after shots, sometimes of their entire family!

After the ceremony we rushed home to meet my parents, still complete in the ceremonial dress, with head gear, kris and medals - just so that my parents share the pride of their son's achievement.

Congratulatory messages poured in from friends and clients alike.

Despite of the joy of partially achieving the topmost layer of Maslow's Theory of needs I was totally exhausted after it all.

Sdara kehilangan ahli keluarga

21 Mac 2009, Sdara Hamidin Ahmad Judin telah kehilangan anak sulung beliau, Hami Adli @ Yeop, seorang OKU kerana Demam Panas. Jenazah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya selepas asar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

6 Mac 2009, Sdara Abdul Manaf Mat Rashid (72-77) telah kehilangan isteri tercinta yang mengidap
 barah payudara beberapa tahun akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3 petang,
di Bandar Indera Mahkota,  Kuantan, Pahang.

Dengan rendah hati, saya beserta anak-anak merakamkan rasa berterima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan jasa baik semua yang secara ikhlas membantu arwah dari awal sehingga akhir hayat beliau . . . Saya juga dengan rendah hati meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika bersalah tidak sempat memberitahu atau apa-apa sahaja yang membuatkan kecil hati semasa situasi kesedihan pemergian isteri tercinta Zakiah Ismail. . .  
Al Fatihah

Abdul Manaf Mat Rashid




Sdara Dalam Kenangan

ramli ahmad

  Sdara Ramli Ahmad (70 - 75) di laporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Yan, Kedah  petang Selasa 24 Mac 2009. Jenazah di bawa ke rumah beliau di Gurun dan kemudiannya di bawa ke Kuala Pilah untuk di kebumikan.


Saya, Apek dan Domang baru sahaja balik dari rumah in law arwah  Ramli Ahmad aka Jumbang, di Kg. Sawah Lebar, Kuala Pilah.

Kami sampai dari Melaka sudah agak lewat.

Dengan keliru dimana lokasi sebenar rumah in law arwah di Kg. Sawah Lebar (nama nya aje sudah lebar dan tidak tahu yang mana satu rumah nya....didalam lagi 'Apo nak di Kato' nyanyian Ito Blue Gang, Sawah Lebar banyak kerbau).... Domang called Hamdan Kamarudin....minta bantuan. Rupa-rupanya Hamdan was right behind us depan masjid Tuanku Munawir di Kuala Pilah.

Among SDARA, cuma Hamdan sahaja yang sempat menghantar arwah ke perkuburan - selamat di semadikan jam 10 pagi lebih kurang. Kami sampai lebih kurang jam 11.00, dipandu oleh Hamdan.

Kami dapat menyampaikan sedikit sumbangan, bertemu dengan isteri dan anak2 arwah. Jenazah sampai dari Gurun menurut isteri arwah early in the morning.

Sama-sama lah kita sedeqahkan Al Fatehan untuk arwah Ramli Ahmad aka Jumbang. Semuga arwah termasuk didalam mereka yang beriman.

Oleh sebab Domang ada appointment lain, kami tidak boleh lama di  sana... balik ke Melaka semula dan Domang meneruskan perjalanan dia ke Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada Apek yang memandu co driver Domang.

wassallam
Madolah 63-68

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seperti yang kita bincang, aku boleh la jadi pemegang amanah sementara untuk
segala sumbangan dari kawan kawan kita kepada keluarga arwah Jumbang yang pulang kerahmatullah  pada 24hb Mac 2009. Aku cadangkan kita hadkan tempoh selama sebulan dari sekarang dan selepas 25 April 2009 tabung ini akan
ditutup dan kita akan buat lawatan untuk menyerahkan sumbangan kepada keluarga arwah. Sesiapa yang berhasrat untuk memberi sumbangan bolehla bank in kepada akaun aku Maybank MOKHTAR MAT JUSOH 564548103661
Aku akan updatekan jumlah collection dari masa kesemasa

Insyaallah.

MOKHTAR MAT JUSOH 70-75

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku bersetuju untuk kita menyumbangkan sedikit sebanyak dan kadar yang
termampu untuk keluarga arwah melalui akaun saudara kita, Mokhtar Jusoh
dibank MBB seperti akaun nama yang tercatit diatas sehingga hujung bulan April,2009:-

*Maybank - Mokhtar Jusoh 5645 4810 3661*

Aku cuma teringatkan masa aku duduk di wad Cempaka IJN selama 36 hari last
year masa buat bypass, perasaan takut sebelum operate, bingung, boring, sedih, macam2 lagilah. Tetapi dengan adanya sokogan moral, lawatan, sms, call dari puak2 kita SDARIANS tak kira junior dan senior dan sedikit sumbangan kewangan, aku bagaikan berada dirumah sendiri dan bersemangat sekali. Terima kasih SDARIANS!!!!!!!!.

Wow!!!!!!!!!!.....Now, I am a big boy again. rasa nak tambah alamat lak kat
KL!.

So, marilah kita sama2 berdoa semoga roh saudara2 kita termasuk arwah Ramli
dirahmati Allah swt dan kita sedekahkan kepada beliau,

Al-Fatihah..........Amin.

Salam
Alang Idin 70-75

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Arwah Ramli Ahmad , di SDAR dia lebih di kenali dengan nama Jumbang. Satu  tahun my senior, fiver 75. Arwah saorang atlit yang handal. Pemain bola sepak sekolah yang berkaliber dan sprinter untuk rumah bendahara. Pernah juara 100
meter dan 200 meter, masa under 16, kalau tak silap saya.

Saya pernah pergi ke rumah dia di Kg Sawah di Kuala Pilah tu masa saya Form 4. Dekat dengan Sri menanti. masa tu musim durian. Mak dia masak semua durian. memang lain dari yang lain.

Ramli Ahmad....saorang kawan dan sdara sejati. Selamat Tinggal.

Al fatihah.

Regards,
Ruslan Rahman (71-76)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Alfatihah. Sedihnya aku. Kali terakhir jumpa tahun 1978. Dia sanggup tunggu aku dgn wife aku kat puduraya. Kami bergambar sama. Selepas itu kami terputus hubungan.

mohd shah ibrahim
6974

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Allahyarham was the left winger in the great 75 U18 football team. He had
followers / fans in Seremban and whenever we were playing in town these fans
would be around just to watch him play. His footwork and jinking run was a
joy to watch. Of course in the same team was Allahyarham Yousle Mohd Jah
and the team captained by Bro Ramadan Yusoff.

BOND 78

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ya, saya masih ingat lagi the great SDAR team pada tahun itu. Masa tu saya dah meninggalkan SDAR dan bekerja. Tapi being in Seremban saya sama-sama support the team (silent supporter among noisy Sdarians). I even followed the team to Rantau. I remember Sdarians shouting 'Ramli', 'Ramli' everytime the ball was passed to the left.

Kalau tak salah the final was held at the then Station Padang. Or was it the KGV Padang? Was it against AFATS?

Bezanya di Tg. Malim during my time tak ada singing. Among your songs was 'Bila bila SDAR SDAR' kalau tak salah. Betul tak?

Alfatihah untuk Allahyarham Ramli.

Maarof 62-67 Laksamana/Temenggong

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kalau ingatan masih kuat kalau tak silap Station Padang (now dah jadi kompleks Parkson) lawan AFATS with the final score of 4-2.

Bond'78

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Al Fatihah untuk Br. Ramli... he used to be my mentor while i was in Form Remove in A12...may he rest and be blessed by Allah Subhanahu Wa taala...

Wassalamu'alaikum wrt. wbt.,

Nasir Ismail 73-77

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Masih terbayang lagi senyuman arwah ni the last time I met him.  According to Bro Domang, arwah ni dah 5 tahun lebih keluar masuk hospital re: stomach ulcer.

Mohd Noor Yahya 72-79
                                   

   Sdara Muzani Mohamed  (79 - 83) aka Belatoq telah pulang ke
   rahmatulLah pada Khamis 12 Mac 2009 jam 11 malam kerana
   "Pneumonia"  (jangkitan kuman pada paru-paru). Beliau juga di
   laporkan mengidap Tekanan Darah Tinggi.  Beliau bertugas di AFFIN
   Investment Bank.

   Semasa di SDAR beliau seorang yang aktif dalam sukan. Diantara
   sukan yang beliau ceburi adalah Tenis, Bola Sepak, Rugbi dan Badminton.


Sdara Mohd Hanip Mohd (64 - 69) telah kembali ke rahmatuLah pada 24hb Februari 2009 di Hospital Kuala Terengganu.

Tiga minggu sebelumnya iaitu pada 30 Jan 2009 sdara Dato Dr Azahar Idris telah melawat beliau di hospital. Beliau di katakan mengidap penyakit LEPTOSPIROSIS (sejenis penyakit "zoonosis" iaitu suatu penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria leptospira daripada haiwan menjangkit kepada manusia).


Petang semalam saya dan isteri ziarah Sdara Mohd Hanip Mohd di Wad 3 tkt 2 katil E 14 hospital Kemaman. Mohd Hanip dari batch 64-69 rumah Syahbandar. Beliau ialah pesara Kastam manakala isterinya masih bekerja di Kastam KSB dan tinggal di quarters kastam Geliga, Chukai. Beliau orang Perak dan mempunyai 5 orang anak.

Beliau mengidap Leptospirosis dan keadaannya sudah improve tetapi beliau masih kelihatan lemah.

Kepada sesiapa yg ada kelapangan silalah ziarah beliau. Kami akan melawatnya lagi dari masa ke masa dan insyaAllah akan melaporkan keadaannya.

aZAHAR iDRIS
Jan 30, 2009


Al- Fatihah untuk arwah Sdara Ramli Ahmad, Muzani Mohamed dan Mohd Hanif Mohd. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mereka.


AMAZING PHOTO

BIRD FEEDING
bf1
BF2
BF3
BF4
BF5
BF6


SPORT NEWS

SDARA INTERBATCH FUTSAL TOURNAMENT 2009

Date: 26 April 2009
Time: 10.00 am – 6.00 pm
Venue: Sport Planet Subang Grand  [ Map click HERE ]
Fees: RM 180

Categories Available
Open Category
• Teenagers & adults (male, range from 18 – 34 years old)
• Batch from 04’8 - 88’2
Otai Category
• Adults (male, from 35 years old and above)
• Starting from batch 87’1

Closing Date: 31 March 2009

Download Entry Form
Download Tentative Schedule
Download Tournament Terms & Conditions

Website:  http://www.sdarian959.com.my/central/news.php?readmore=37
Sdar Lion Rugby Club (SLRC) 2009

http://sdarlions.blogspot.com/

Liga KRS 2009

Jadual penuh Liga KRS 2009 melibatkan S-Lions RC :-

21/2 - SLRC vs STJOB Warriors, 5.30ptg (Pdg Utara, PJ)
01/3 - SLRC vs D'Montel , 5.30ptg (Pdg Utara, PJ)
08/3 - SLRC vs KLIUC Bangi Tractors, 4.00ptg (Pdg Utara, PJ)
15/3 - SLRC vs High School Klang Old Boys, 3.30ptg, (TUDM Subang)
29/3 - SLRC vs UPNM Smookies, 5.30ptg (UPNM Kem Sg Besi)
05/4 - SLRC vs X-Lions, 5.30ptg (Pdg Utara, PJ)
12/4 - SLRC vs KL Gunners, 5.30 (Kem Artileri, Sg Buloh)


Sunday, March 15, 2009

Liga KRS 2009 : SLRC vs HSKOB

15 Mac, TUDM Subang - Minggu lalu, SLRC bertandang ke Arena Ragbi Pengkalan TUDM, Subang bagi menghadapi perlawanan ketiga Liga KRS 09 pada minggu ke-empat. Turun menentang pasukan High School Klang Old Boys (HSKOB) yang turut memburu kemenangan ketiga setelah tewas dua perlawanan terakhir mereka.

SLRC yang turun hampir tanpa beberapa tonggak utama ternyata goyah apabila hanya berjaya mengumpulkan seramai 17 orang pemain sahaja atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti cuti pertengahan semester bagi pelajar kolej/universiti, kecederaan perlawanan minggu lalu dan masalah peribadi yang lain.

Walaupun bermain dengan apa yang ada, SLRC berjaya mengawal permainan pada babak pertama dengan mendahului perlawanan.

Namun, akibat tiada pemain simpanan yang boleh bermain di semua posisi, para pemain nampak akan kepenatan setelah diasak bertubi-tubi oleh pemain pihak lawan.

HSKOB berjaya mengambil kesempatan untuk membolosi barisan line SLRC sebanyak dua kali pada babak 10 minit terakhir untuk menamatkan perlawanan dengan skor, HSKOB menumpaskan SLRC, 29-10.

Kedudukan Kumpulan KRS Gold 1 setelah minggu ke-4 :-

KRS GOLD 1









M M S K Sk K B M RANK
UPNM SMOOKIES 4 4 0 0 110 21 89 12 1
HSKOBA 4 2 0 2 77 57 20 8 2
X-LIONS 4 2 0 2 73 64 9 8 3
SDAR LIONS RC 3 2 0 1 27 34 -7 7 4
KL GUNNERS 2 2 0 0 55 10 45 6 5
BANGI TRACTORS 3 1 0 2 31 41 -10 5 6
D'MONTEL 3 0 0 3 15 87 -72 3 7
STJOB WARRIORS 3 0 0 3 06 80 -74 3 8


After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride & passion"

pemain :-
Azfa(9701), Pakho(9903), Emon, Cimex(9903), Sutiman, Zack(915), Ayis, Bidin, Fungker(0408), Bonnie, Carl, Kirk, Itik (0206), Mirul(9903), Mamu(0206), Zam, Bomm



Sunday, March 8, 2009


Liga KRS 2009 : SLRC vs KLIUC-Bangi Tractors


+ Clik on the image to enlarge it

08 Mac, Pdg Utara - Cuaca panas terik pada petang Ahad menyaksikan Sdar Lions (SLRC) turun ke Padang Utara dengan misi memburu kemenangan kedua setelah perlawanan sebelumnya terpaksa ditangguhkan.

Dengan kehadiran pemain yang agak perlahan sehinggalah 10 minit sebelum permainan bermula, barulah para pemain mencecah 20 orang.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan KLIUC mendominasi permainan dengan mengawal barisan forward dan juga back-line. Namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh pemain SLRC.

Perlawanan yang agak tegang dengan beberapa insiden yang 'menarik' menyaksikan KLIUC yang dibarisi oleh pemain-pemain sekitar umur 19-24 tahun mendapat try pertama menerusi forward mereka.

Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa.

Pada separuh masa kedua, giliran SLRC mendominasi permainan. Namun keghairahan SLRC mendaptkan mata, Kumon terpaksa menerima hukuman dan dilayangkan kad kuning akibat mengasari pihak lawan. Walaupun bermain dengan 14 orang, serangan forward yang diketuai oleh Azfa dan Sutiman berjaya mendapatkan try menerusi Black yang masuk menggantikan Jepp. Conversion berjaya disempurnakan Syami.

Pertukaran demi pertukaran dilakukan bagi menggantikan semangat baru yang masuk untuk memantapkan lagi serangan. Dengan baki permainan tinggal 5 minit sahaja, forward melakukan asakan demi asakan, dan stand-off, Burong melakukan cross-kick kepada winger untuk Amir menangkap bola dan melakukan try.

Wisel penamat dibunyikan dan SLRC menewaskan KLIUC-Bangi Tractors dengan skor 12-05.

After all, it's just another game of rugby...

"LIONS... Pride and passion"

players :-
AZFA(9701), Ayis, Joe, Jepp (937), Tam, Pakho(9903), Kumon(0408), Sutiman, ayam(948), Syami(0307), Tipah(0408), Muzal(0206), Anas, Mamu(0206), Mirul(9903), Black, Zack(915), Taren(904), Burong, Bonnie, Cimex(9903), Carl, Zam, Ammar(0307), Amir.

credit to Hassan Raikabula yg jadik touch judge dan juga Coach(904) yg dtg salah timing...


SDARA IN THE NEWS
RotiTiam kepunyaan Sdara Ahmad Mizanudin [80 - 81]




Berita sepenuhnya klik disini


SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog

1 Mohd Shah
Owner: Mohd Shah Ibrahim 69 - 74




DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail to
knadzar@gmail.com
wordpress visitors