30 Mach 2008                      To Bring SDARA Closer To Each Other                  Volume 3 Number 1

In This Issue:
AJK SDARA 2007-09
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP M Samueil M Kameil
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Azril Johari Abd Ghani
Haniffia Abd Ghani
Dr Khairun Nadzar
Mahadhir Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan Rahman
Wan Ismail Wan Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail
Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,


     Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12 telah berlangsung.  Rupa-rupanya ramai juga rakan-rakan kita yang telah menjadi calon PRU 2008 tersebut.  Kita telah mengenalpasti seramai 13 orang SDARA yang telah terpilih menjadi calon iaitu 6 orang bertanding kerusi Parlimen manakala 7 lagi kerusi ADUN.  Daripada sejumlah 13 orang rakan kita itu, seramai 8 orang bertanding mewakili BN,  4 orang PAS dan seorang PKR.  Seramai 9 orang calon menang manakala bakinya 4 orang lagi tewas.

 

 
    Melihatkan senario di atas telah mengingatkan kita tentang semangat juang pelajar-pelajar SDAR sejak dahulu lagi.  Berjuang untuk menegakkan idealogi sendiri bukanlah perkara baru bagi kita.  Lihat bagaimana batch pertama kita dulu yang telah mengadakan demonstrasi pada tahun 1961 untuk menuntut  agar SDAR diberikan hak dan kemudahan serta prasarana yang setaraf  dengan statusnya sebagai  sebuah SBP. Begitu juga dengan peristiwa “pecah pinggan” pada tahun 1967.  29 tahun kemudian iaitu pada tahun 1996 peristiwa pelajar memboikot makanan di kantin secara besar-besaran telah diadakan berikutan tindakan pihak pengusaha yang menaikkan harga nasi goreng tetapi menurunkan kualiti nasi dan ramuannya. Kesemuanya ini berlaku kerana wujudnya bakat kepimpinan di kalangan rakan-rakan kita. Mana mungkin peristiwa-peristiwa tersebut berlaku tanpa pemimpin. Bahkan dalam tahun-tahun ketika Allahyarham Amat Miun menjadi pengetua, pelajar-pelajar SDAR diberikan suntikan dan semangat untuk membina jati diri serta berani menyatakan pandangan sendiri tanpa ragu-ragu.

 

    Sebenarnya Allahyarham Amat Miun sendiri pernah bertanding DUN di negeri Melaka dalam pilihanraya awal tahun 70an dahulu.  Begitu juga dengan beberapa orang bekas pelajar SDAR yang telah menceburi bidang politik, antaranya termasuklah bekas Exco Kerajaan Terengganu Datuk Mamat Ghazalee Abd Rahman  manakala Saudara Yusof Malik dan Saudara M Samueil M Kameil pernah bertanding atas tiket Semangat 46.  Bagi SDARA pula, kesemua pemimpin tertingginya sejak dahulu hingga kini adalah orang politik yang pernah memenangi PRU.  Bermula dengan Allahyarham Datuk Mazlan Idris, dikuti dengan Dato’ Salamon Selamat dan kini Datuk Dr Abd Latif Ahmad kesemuanya adalah terlibat secara langsung dalam PRU.

 

 

     Di SDAR sendiri pilihanraya memang pernah dijalankan untuk memilih pemimpin pelajar.  Pada pertengahan tahun 1964 dahulu, satu pilihanraya yang menyerupai PRU telah diadakan untuk memilih barisan pemimpin Persatuan Persuratan dan Bahas (PP&B). Cuma pada ketika itu tidaklah  ada pakatan atau kelompok parti dan kempen seperti sekarang.   Saudara Mamat Ghazallee Abd Rahman Yang Di Pertua PP&BSDAR yang terpilih hasil daripada pilihanraya tersebut pernah merakamkan perasaannya dalam “Surat Dari Yang Di Pertua” dalam Majalah RAHAYU keluaran sulungnya, pada tahun 1964  seperti berikut, yang nampaknya seakan akan sama dengan apa yang dilalui oleh mana-mana calon pilihanraya:

 

Teman-teman seperjuangan,

 

Detik-detik pilihanraya yang telah diadakan tempoh penggal adalah merupakan saat-saat yang paling gelora dalam hidupku di sekolah ini.  Di sepanjang pilihanraya itu aku telah terpaksa mengharungi debaran jantung yang maha kencang persis gelora di laut cina yang diserang monsoon.  Aku telah menunggu keputusan pilihanrayua itu penuh khayalan dan dengan persoalan-persoalan yang paling mengecamukkan kepalaku.  Dan akhirnya: ah! Baharulah ringan kepalaku, baharulah reda ombak dadaku.  Aku telah berjaya untuk memasukki Badan Pekerja PP&BSDAR bagi tahun  1964-1965 ini.  Justru melalui surat ini ku ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang telah memberi kepercayaan itu kepadaku, terutamanya pengundi-pengundiku.

 

Kisah perjuanganku tidak mati di situ saja.  Aku diserang monsoon sekali lagi bila perjumpaan Badan Pekerja untuk memilih Yang Di Pertua (dan seterusnya) telah diadakan tidak berapa lama dulu.  Kiranya, sekali lagi aku telah berjaya – Badan Pekerja itu telah memberi kepercayaannya yang penuh kepadaku untuk memegang teraju agong ini.

 

Apa sebenarnyakah aku punya kebolehan memimpin?  Adakah sifat-sifat “Leadership” dalam diriku? Aku tidak bisa membuat pemastian setakat ini.  Tetapi inilah ikrarku: Bahawa aku tidak akan lari dari tugas-tugasku. Aku akan “korbankan” diriku demi untuk membawa PP&BSDAR ke tanah datar yang lebih tinggi. Sebenarnya aku tidak mahu ada darah-darah beku dalam PP&BSDAR dalam tempoh pimpinanku – aku mahu alur-alur darah PP&BSDAR sentiasa mengalir…

                                                

         (Majalah RAHAYU, Bil 1 Tahun 1964)

 

  
     Sepertimana yang tercactat dalam Lakaran Warisan terbitan SDARA pada tahun 2007 yang lalu bersempena  Perayaan Jubli Emas SDAR,  Pilihanraya Pengawas Pertama SDAR telah diadakan pada bulan Oktober 1995 untuk memilih Ketua Pengawas dan pengawas-pengawas untuk tahun berikutnya.  Tn Hj Jaill Morah, Pengetua SDAR pada ketika itu ingin menjadikan suasana pemilihan pengawas lebih demokratik dengan kontrak sosial yang telus agar para pengawas pada tahun berikutnya benar-benar mampu memimpin pelajar.

 

     Berbalik kepada PRU 2008 yang lalu, marilah sama-sama kita ucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua rakan kita yang telah terpilih menjadi calon mewakili parti politik masing-masing.  Bagi yang menang kita ucapkan Selamat Berbakti kepada tanah air tercinta. Bagi yang kalah kita juga mengucapkan selamat berjuang, juga untuk tanah air tercinta.  Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang telah dilantik sebagai Menteri Penerangan, sekaligus menjadikan  beliau SDARA yang pertama dilantik sebagai menteri penuh.  Tahniah kepada Datuk Dr Hj Abd Latif Ahmad, Yg Di Pertua SDARA yang dterpilih mengekalkan jawatan Timbalan Menteri Kesihan dan Datuk Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

 

Y.B. DATO' AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Penerangan

Y.B. DATUK DR. HJ. ABD. LATIFF BIN AHMAD
Timbalan Menteri Kesihatan
Y.B. DATO' HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan Menteri Kewangan

 

     Alangkah berserinya sekiranya kesemua rakan kita yang menduduki kerusi Parliman dan ADUN memakai Tie SDARA pada setiap hari Selasa di dewan yang mulia ketika membincangkan dan membahaskan isu-isu berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat



SDARA ACTIVITIES
(1)  SDARA MINI CONFERENCE

Tarikh : 16 Februari 2008 (Sabtu)

Masa : 9.00 am to 2.00 pm

Tempat : Residence Hotel, Uniten Bangi


Acara tersebut telah berjalan saperti yang dirancangkan. Kehadiran seramai 20 orang Sdara dari jauh (Seremban) dan dekat (Uniten) telah menyerikan majlis tersebut.

Memulakan majlis Sdr Nazrol sebagai Penganjur telah menyampaikan sepatah dua kata. Kemudian di susuli dengan penceramah pertama Mohd Adib dengan tajuk "Project Management". Topik yang amat besar yang biasanya diberikan dalam 3 - 4 hari, maka dalam masa 45 minit Abedib hanya menyampaikan muqadimah sahaja, namun ianya memberikan gambaran umum bagaimana pengurusan sesuatu projek itu mesti dilakukan jika mahu ianya berjaya mencapai matlamatnya.


Ceramah kedua oleh penceramah Mohd Shah Khalid dari syarikat MAS mengenai kapalterbang terbaru AIRBUS A380 telah memberikan gambaran struktur dan keupayaan kapalterbang tersebut


Penceramah ketiga, Sdr Mohd Fauzi Shaffie telah menyampaikan teknik membaca "Speed Reading"


Dan akhirnya, Sdr Mohamad Nawawi Hussain daripada SIRIM Bhd telah menyampaikan suatu topik yang menarik iaitu "Intelectual Property"


12.45 pm Makan Tengahari & Networking Session

2.00 pm Majlis disambung dengan perbincangan tentang "Pendidikan"

 Gambar2 boleh di lihat di sini   http://www.sdara.com/index.php?option=com_gallery2&Itemid=37&g2_view=core.ShowItem&g2_itemId=7390

(2)  SDARA Melaka Breakfast Monthly TT

Syukur Alhamdulillah, Sdara Melaka chapter monthly breakfast bagi bulan March 2008 telah selamat diadakan. Tempat: Warong Nangis, sebelah bangunan MAIM berhampiran Masjid Al Adzim, Melaka, pada 30 Mac lalu.

Ramai abang-abang senior yang hadhir selain dari tetamu yang paling jauh ialah Dr. Azmi Tamil. Dia sampai-sampai aje perkataan yang terkeluar dari mulutnya selepas salam ialah "Ma'af saya tidak pakai kopiah". Ucapan spontan itu keluar bila ramai abang-abang senior kita yang hadhir semuanya berkopiah.

Berikut senarai mereka yang hadhir,

1. Haji Atzudin Hasan
2. Haji Ahmad Haji Ali
3. Haji Ninggal Hashim
4. Haji Ismail Latiff
5. Haji Yaacob Shariff
6. Haji Rezo Senik
7. Haji Yusof bin Adam + wife
8. Haji Anuar Yatim bin Haji A. Ghani
9. Dr. Azmi Tamil
10. Jamil Tambri
11. Haji Badrul aka Buyong
12. Haji Azhar Wahab
13. Azizi CTRM - paling junior
14. Azman (batch Fuzi Hasan) + wife
15. yours truly
16. by default Arifin aka Nangis

Yang telefon awal tidak dapat hadhir ialah

1. Hj. Mohd. Nor Mohamed - ada sambuatan maulid di masjid dia Merlimau
2. Hashim Kassim - balik ke Senggarang
3. Wood - tak 'on' handphone - terlupa
3. Rosman Said - anak sakit
4. Cikgu Jalil - ada function lain
5. Azhar Ismaun - ambil anak dari asrama

Sekian.

wasalam
Haji Muhamad bin Haji Abdullah
Melaka
10 SEBAB DOA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT

 
"Umat Islam perlu memberi perhatian kepada amalan-amalan yang boleh menyebabkan do'a mereka terhijab atau tidak dimakbulkan Allah swt:

Diceritakan bahawa suatu ketika Ibrahim bin Adham berjalan-jalan dikota basrah, orang ramai pun  segera mengerumuninya. Ada yg bertanya: Allah berfirman "mintalah kepadaKu, wahai hambaKu, nescaya Kukabulkan permintaanmu" dan sekian lama kami telah berdo'a namun Allah swt takjuga memenuhinya.


Jawab Ibrahim: Hati kalian sungguh telah mati, oleh sepuluh perkara yang kalian jalani selama ini:

  • Pertama: kalian mengerti siapa Allah swt, namun kalian tidak pernah penuhi hak-hakNYa.
  • Kedua: kalian baca Al-Qur'an, namun tak pernah mengamalkan maknanya.
  • Ketiga: kalian mengaku musuh Iblis, namun ternyata kalian turutkan ajakannya.
  • Keempat: Kalian mengaku cinta akan Rasulullah saw, namun kalian tinggalkan Sunnah-sunnahnya.
  • Kelima: Kalian mengaku cintakan syurga, namun kalian tak pernah berusaha utk memperolehinya.
  • Keenam: Kalian mengaku takut akan neraka, namun kalian terus saja melakukan dosa.
  • Ketujuh: Kalian yakini bahawa mati itu benar-benar akan tiba, namun kalian tak pernah bersiap diri untuk menyambutnya
  • Kelapan: Kalian sibuk membicarakan keaiban orang lain, namun kalian lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Kesembilan: Kalian menikmati rezeki dari Tuhanmu, namun kalian tak pernah mensyukurinya.
  • Kesepuluh: Kalian pernah menguburkan orang mati, namun kalian tak pernah mengambil pelajaran mengenainya.


Marilah kita membuat renungan bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti amalan dan penghayatan kita.

Go To The Top 

LAKARAN WARISAN
Harga senaskah: RM 130 sahaja

       Sempena Hari Ulangtahun yang ke 50 Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) pada tahun 2007, SDARA dengan kerjasama Sdr Azril Johari dan Rakan-Rakan beliau telah mengambil initiatif untuk menghasilkan "MEMOIR" yang merakamkan  rentetan SEJARAH perjalanan  SDAR yang bermula dari Sekolah Menengah Melayu di Bukit Zahrah, Johor,  ke SDAR Tanjung Malim, Perak, ke SDAR Jalan Sikamat, Seremban dan akhirnya ke SDAR Sg Gadut, Seremban.

       Buku ini harus di miliki oleh setiap SDARA untuk dijadikan koleksi peribadi sebagai kenang-kenangan dan bahan sejarah, sebuah sekolah yang telah mendidik kita menjadi seorang manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

       252 pages in full color & high quality gloss paper with hard cover binding.   RM 130 senaskah.
       + RM 10 for postage & handling.
       To Order : 
Azril Johari   019 377 8591  c-men@tm.net.my
SDARA TIE
     
     Same design, same color but with an upgrade on the material (now embroidered, no longer printed) from Korea.
Walaupun tie kita dibuat di Korea, kotak pembungkusnya hanya dibuat di Balakong, Selangor.   RM 65 a piece.
For Order : Call Muhammad Nazir 019 617 1374  or  klnazir2@gmail.com



LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

A woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods.

She went into the woods to look for it and found a frog in a trap. The frog told her, "If you release me from this trap, I will grant you three wishes."

 
The woman freed the frog, and the frog said, "Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes. Whatever you wish for, your husband will get it ten times!"

The woman said, "That's okay."

 

For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world. The frog warned her, "You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will flock to". The woman replied, "That's okay, because I will be the most beautiful woman and he will have eyes only for me." So, KAZAM-she's the most beautiful Woman in the world!

 

For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world. The frog said, "That will make your husband the richest man in the world. And he will be ten times richer than you. " The woman said, "That's okay, because what's mine is his and what's his is mine."

So, KAZAM-she's the richest woman in the world!

 

The frog then inquired about her third wish, and she answered, "I'd like a mild heart attack!"


Moral of the story : Women are clever. Don't mess with them!


Attention female readers: This is the end of the joke for you. Stop here and continue feeling good!


 

Male readers: Please scroll down.



 

 

The man had a heart attack ten times milder than his wife!!!

Moral of the story: Women are really dumb but think they're really smart!

Let them continue to think that way and just enjoy the show!

PS: If you are a woman and are still reading this; it only goes to show that women never listen!!!

Go  To The Top 

SDARA DALAM PRU 12

 
Win /
Lose
District ID District Total Voters Candidates
1 Menang N9  TAMPARULI 10,785 JAHID JAHIM  (BN) 6,568
2 Menang P40 KEMAMAN 75,006 Datuk Ahmad Shabery Cheek (BN) 37,139
Farid Abd Talib @ Musa (PKR) 24,516
3 Menang N13 Sungai Abong (21,292) Kamaruddin Suratman (BN-Umno) 7,226
Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Pas) 8,776
4 Menang N15 Maharani (22,842) Datuk Mohd Ismail Mohd Shah (BN-Umno) 7,996
Dr Mohamad Taslim (Pas) 8,154
5 Menang P154 MERSING (36,367) Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad (BN-Umno) 20,116
Shaha Abdullah (Pas) 6,380
6 Menang N40 TELUK BAHANG 10,888 Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (BN-Umno) 4,434
Abdul Halim Hussain (PKR) 3,969
7 Menang P63 TAMBUN (67,818) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Umno) 27,942
Mohamad Asri Othman (PKR) 22,556
8 Menang N18 Pilah (10,477) Adnan Abu Hasan (BN-Umno) 4,359
Asmaon Basir (PKR) 3,101
9 Menang P96 KUALA SELANGOR (47,203) Jahaya Ibrahim (BN-Umno) 17,934
Dr Zulkifly Ahmad (Pas) 18,796
10 Kalah N41 Batu Tiga (36,892) Datuk Salamon Selamat (BN-Umno) 12,289
Rodziah Ismail (PKR) 15,852
11 Kalah P137 BUKIT KATIL 75,777 Datuk Md Sirat Abu (BN) 30,975
Khalid Jaafar (PKR) 29,217
12 Kalah P67 KUALA KANGSAR (28,224) Datuk Seri Rafidah Aziz (BN-Umno) 10,735
Dr Khairudin Abdul Malik (Pas) 9,277
13 Kalah N15 Ladang (16,777) Datuk Wan Hisham Wan Salleh (BN-Umno) 6,692
Datuk Engku Hassan Engku Omar (Pas) 6,723

SDARA DALAM KABINET KERAJAAN

Datuk Ahmad Shabery Cheek - Menteri Penerangan
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad - Timbalan Menteri Kesihatan

Go  To The Top
KEPUTUSAN PRU 12




BN ungguli undi popular
http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20080310093719/Article

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) kelmarin, terus mengungguli undi popular dengan memperoleh 50.28 peratus undi daripada keseluruhan 8.1 juta pemilih yang keluar mengundi di seluruh negara.


Daripada jumlah itu, Umno, parti yang menjadi tonggak BN mencatatkan 29.59 peratus undi popular berbanding pesaing terdekatnya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendapat 18.05 peratus daripada 49.71 peratus undi yang diraih parti pembangkang.

Di kalangan parti komponen BN lain, MCA mendapat 10.21 peratus undi, MIC (2.21 peratus), Gerakan (1.99 peratus) dan PPP (0.20 peratus).

Bagi parti pembangkang lain, Pas yang memenangi 23 kerusi Parlimen dalam pilihan raya kali ini hanya mendapat sokongan 14.05 peratus pengundi, DAP (13.72 peratus), Parti Rakyat Malaysia (PRM) (0.21 peratus), SNAP (0.04 peratus), Bersekutu (0.01 peratus), manakala calon Bebas meraih 1.04 peratus undi.

Bagaimanapun, jika dibandingkan prestasi BN itu dengan pilihan raya umum sebelum ini, undi popular yang diperoleh paling rendah sejak pilihan raya 1959.

Sebagai contoh, pada pilihan raya umum 1990, BN mencatat undi popular sebanyak 52 peratus, 1995 (63.2 peratus), 1999 (56.53 peratus) dan pada 2004 pula, 63.68 peratus.

Kemerosotan dalam undi popular BN kali ini sebahagian besarnya disebabkan kekalahan teruk dua parti komponennya iaitu MIC dan Gerakan. MIC hanya menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN yang ditandingi.

Semua pemimpin utamanya - Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Presiden (Datuk G. Palanivel) serta tiga naib presiden (Datuk S. Sothinathan, Datuk S Veerasingam dan Tan Sri Dr KS Nijhar) tewas mengejut.

Gerakan pula hanya menang dua daripada 12 kerusi Parlimen yang ditandinginya di seluruh negara, kerusi Gerik dan Simpang Renggam.

Hanya lima daripada 31 kerusi DUN iaitu Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis dan Bukit Batu (Johor) serta Derga di Kedah dimenangi parti itu.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP, P Ramasamy dengan 9,485 undi majoriti. Beliau memperoleh 13,582 undi manakala lawannya mendapat 23,067 undi.

Beliau dalam satu sidang medianya berkata, bersedia berundur berikutan kekalahan teruk Gerakan pada pilihan raya umum kali ini.

Sementara di Sabah dan Sarawak menyaksikan BN terus mengungguli ‘carta’ teratas pengundian kali ini dengan menguasai lebih daripada separuh undi keseluruhan yang dicatatkan.

Di Negeri Bawah Bayu, BN memperoleh undi sebanyak 295,743 daripada keseluruhan undi iaitu 513,178 manakala pembangkang pula terdiri daripada Pas, PKR, Bersekutu dan Bebas memperoleh hanya 201,767 undi.

Daripada jumlah undi 295,743, Umno memperoleh 163,686 undi; PBS (35,046); UPKO (57,887); SAPP (30,827) dan LDP (8,297).

Di Sarawak pula, BN terus mencatatkan penguasaan kukuh apabila memperoleh 336,562 undi daripada keseluruhan 530,723 undi. Daripada jumlah itu, PBB memperoleh 131,243 undi diikuti SUPP, 119,264; SPDP (52,645) dan PRS (33,410).

Pembangkang pula yang terdiri daripada Pas, DAP, PKR, Snap dan Bebas hanya sekadar mendapat 186,965 daripada keseluruhan undi yang diterima.


AMAZING PHOTO



SPORT NEWS

SLRC dalam Liga KRS 2008


16 Mac, Shah Alam - SDAR Lions RC (SLRC) meneruskan rentetan kemenagan apabila terus membenam cabaran Pasukan Bekas Pelajar Sekolah SMK Sultan Salehudin Abd Aziz Shah (X-SSAAS), Shah Alam pada perlawanan ragbi Liga KRS Divisyen Junior, petang semalam.

SLRC yang turun dengan semua pemain utama kecuali Alim 9802 yang lewat hadir kerana masalah peribadi dan juga Jimmy yang juga lewat kerana bekerja. Dan juga penyokong yang merupakan bekas pelajar SDAR juga hadir
termasuk Ateng.

Dengan keadaan padang yang begitu teruk, hampir menyukarkan kedua-dua pasukan untuk membuat gerakan, namun SLRC tidak tunggu lama apabila mendapatkan try pada minit ke-7 menerusi Azfa 915. Selang lima minit,
Itik 0206 mula melakukan larian yang cantik hasil gerakan Ross dan rakan-rakan untuk mendapatkan try yang kedua.

Beberapa larian yang dilakukan oleh back-line beberapa kali dipatahkan oleh pihak lawan dan diri sendiri apabila bola banyak jatuh dan forward pass.

X-SSAAS yang cuba bangkit, berjaya mendapatkan try pada penghujung babak pertama setelah Wali dilayangkan kad kuning akibat menumbuk pemain lawan. Separuh masa pertama, SLRC 10, X-SSAAS 5.

Pada separuh masa kedua, pasukan jentera berat dimasukkan bagi memantapkan lagi serangan. Serangan demi serangan yang bertali arus sememangnya tidak dapat dikekang oleh pihak lawan yang menurunkan pemain
campuran bekas pelajar dan pelajar sekolah.

Tepat jam 6.40 ptg, pengadil Mat Rat meniupkan wisel penamat dengan keputusan SLRC menumpaskan X-SSAAS dengan skor 27-5.

SLRC bakal berkunjung ke Uniten Bangi untuk menentang Uniten Thunders pada hari Sabtu ini 22 Mac 2008 jam 5.30 ptg.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

rgds,
Ayam948
0123669400

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sabtu, 22 Mac - Uniten Thunders yang menantikan kunjungan SDAR Lions (SLRC) di Padang CoIT, Uniten Bangi tampak begitu yakin dan ghairah dalam perlawanan terakhir Liga KRS Divisyen Junior 2008.

Dengan cuaca yang tidak begitu mengizinkan, keadaan hujan lebat dan tanpa henti, permainan tetap diteruskan. Sebaik wisel permainan dibunyikan, SLRC sentiasa berada di kawasan 22 meter pihak lawan yang mengasak bertubi-tubi. Namun dalam keghairahan mengasak tersebut, pasukan bimbingan saudara Ali Aswan dengan hanya sekali serangan, SLRC tersentak dengan try awal Thunders hasil gerakan dari line-out pada minit ke-10.

Bagaikan terjaga dari tidur, SLRC menggandakan lagi asakan dan hasil gerakan barisan line, Itik 0206 mendapatkan try yang pertama. Bagaikan mendapat semangat baru, SLRC sekali lagi mendapat try hasil dari Muzal menebuk barisan line Thunders yang nyata goyah dan Indra mendapatkan try kedua. Sebelum separuh masa pertama berakhir, SLRC sekali lagi mendapat try bagi kedudukan 17-5 pada separuh masa pertama.

Dengan keadaan hujan yang turun tanpa henti, sekejap lebat sekejap renyai, memang menyukarkan kedua-dua pihak untuk mengawal bola. Dalam keadaan yang agak leka, Thunder berjaya mendapatkan try yang kedua, namun coversion gagal disempurnakan.

Sujak 9903 yang dimasukkan menggantikan Duen 0206 hanya sempat bermain selama 5 minit sahaja akibat kecedaraan. Tempatnya digantikan oleh Alim 9903 yang hanya mengambil masa kurang dari seminit untuk menghasilkan try SLRC yang keempat. Kejolapan Alim jelas ketara apabila beliau terus menghasilkan try yang kedua dan ketiga peribadi pada perlawanan tersebut.

Tepat jam 6.45ptg, wisel penamat dibunyikan dan menghasilkan kemenangan kepada SLRC dengan skor 34-10. Dengan kemenangan ini, SLRC akan berentap dengan ASAS pada perlawanan terakhir pada penghujung minggu ini bagi penentuan Juara Liga KRS Divisyen Junior.

Kehadiran rakan x-Sdarians nyata menyemarakkan lagi sokongan kepada pasukan terutama kepada Arip 948 yang turut sama bersorak di tepi padang.

Kepada pemain dari Melaka juga terima kasih kerana bersusah payah datang ke KL.

After all, it's just another game of rugby

"Lions... pride and passion"

rgds
ayam948

Players :- Zack (915), Lan Gay (0307), Tambun (0105), Ajoi, Tam, Pakho (9903), Smile (0307), Kuman (0307), Duen (0206), Jimmy (982), Amin, Muzal (0206), itik (0206), Indra (0004), Shah, Boger, Sujak (9903), Bulat (0105), Toche 9903), Basit (9903), Moondog (9903), Cimex (9903), Jie (atma), Ajoy (atma).

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SLRC JUARA LIGA KRS DIVISYEN JUNIOR


30 April 2008 - Putrajaya - Kelab Ragbi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) Fighters yang menantikan kunjungan SDAR Lions Rugby Club (SLRC) di Padang SSAS, Presint 1, Putrajaya dalam perlawanan terakhir bagi Liga
KRS Divisyen Junior 2008.

Seperti yang diramal, sebarang keputusan tetap akan memberikan kelebihan kepada SLRC untuk muncul juara Liga pada kali pertama menyertai sebarang Kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Selangor (KRS).

Dengan keadaan cuaca yang hujan sepanjang perlawanan, ditambah pula dengan corak pengadilan yang begitu berat sebelah agak menyukarkan pasukan SLRC membuat sebarang gerakan. Kedua-dua pasukan saling asak-mengasak bagi menguji benteng pertahanan masing-masing.

ASAS yang sememangnya memerlukan kemenangan besar bagi meraih kejuaraan, mendapat penaliti pada jarak 25 meter dan memanfaatkan sepakan penalti tersebut.

Beberapa minit berselang, ASAS menggandakan lagi serangan dan hasilnya memperolehi try yang pertama dan menyempurnakan sepakan conversion.

Menyedari bahawa pengadil sememangnya berat sebelah, pemain-pemain SLRC seolah-olah hilang tumpuan kerana tidak berupaya melakukan serangan. Namun begitu, semangat juang mereka tetap membara dengan menghasilkan
larian dan juga asakan yang berbahaya.

Pasukan forward yang diterajui oleh Zack 915 dan juga Alim 9903 berjaya mengucar-kacirkan barisan forward ASAS dengan beberapa gerakan sebelum separuh masa pertama yang berkesudahan dengan skor 0-10.

Sebaik sahaja separuh masa kedua dibunyikan, SLRC terus menerus mengasak kubu pihak lawan sbelum larian Alim 9903 yang sepatutnya try dihasilkan, dibatalkan oleh pengadil kerana bola ditepis oleh Setan ASAS, yang
menyebabkan bola terjatuh di dalam garisan try.

Boleh dikatakan hampir 70% pada separuh masa kedua, SLRC berada di dalam kawasan ASAS. Ketika permainan berada dalam 10 minit terakhir, Alim 9903 dilayangkan kad merah bukan kerana mengasari pemain, tetapi hanya kerana beliau membebel tak tentu arah.... (apa laa alim.... org suruh main bukan suruh membebel)....

Akhirnya, perlawanan yang penuh kontroversi tersebut berakhir dengan keputusan SLRC 0, ASAS Fighters 10.

SLRC akan meneruskan perjuangan dalam saingan merebut kejuaraan Piala Junior apabila bakal berentap kembali menentang Uniten Thunders pada 12 April 2008 di venue yang belum ditetapkan. Perlawanan tersebut merupakan
perlawanan Separuh Akhir (Cup/Plate).

Terima kasih kepada rakan-rakan SDARA (Mhi, DKN, Raja Rahiman, Shahabudin, A Rahman Omar, geng2 batch 948) yang hadir bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

rgds,
ayam948
0123669400

Gambar2 lihat di  http://sdarlions.fotopages.com

players:-
Zack (915), Lan Gay (0307), Kuman (0307), Azfa (9701), Smile (0307), Ayis, Zam, Alim (9903), Ross (948), Amin, Muzal (0206), Jibak (9903), Itik (0206), Shah, Basit (9903), Mamu (0206), Toche (9903), Angah, Cimex
(9903), Atuk (9903), Duen (9903),


KEPUTUSAN SPM 2007

Ranking SPM 2007
  1. SM Sains Seremban
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  3. SM Sains Alam Shah
  4. SBP Integrasi Gombak
  5. SM Sains Seri Puteri
  6. SM Sains Kuala Terengganu
  7. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
  8. SM Sains Muar
  9. Sekolah Tun Fatimah
  10. SBP Integrasi Kubang Pasu
  11. Kolej Tunku Kurshiah
  12. SM Sains Johor
  13. SM Sains Muzaffar Syah
  14. SM Sains Teluk Intan
  15. Sekolah Sultan Alam Shah
  16. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  17. SM Sains Miri
  18. SM Sains Kuala Selangor
  19. Sekolah Seri Puteri
  20. Sekolah Dato' Abdul Razak
  21. SM Sains Tengku Abdullah
  22. SM Sains Selangor
  23. SM Sains Machang
  24. SBP Integrasi Rawang
  25. SM Agama Persekutuan Kajang
  26. SM Sains Hulu Selangor
  27. SBP Integrasi Jempol
  28. SBP Integrasi Sabak Bernam
  29. SM Agama Persekutuan Labu
  30. SM Sains Tuanku Syed Putra
  31. SM Sains Sultan Mahmud
  32. SM Sains Labuan
  33. SBP Integrasi Gopeng
  34. SM Sains Tuanku Ja'afar
  35. SM Sultan Abdul Halim
  36. SBP Integrasi Batu Rakit
  37. SM Sains Pokok Sena
  38. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  39. SM Sains Sultan Iskandar
  40. SM Sains Kuching
  41. SBP Integrasi Selandar
  42. SBP Integrasi Temerloh
  43. SM Sains Sabah
  44. SM Sains Kota Tinggi
  45. SBP Integrasi Kuantan
  46. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  47. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  48. Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Syah
  49. SM Sains Dungun
  50. SM Sains Lahad Datu

Go  To The Top 


DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail
knadzar@gmail.com