Perutusan YDP SDARA

 


 
 
Alhamdulillah,  syukur kehadrat ILahi kerana sepanjang suku ke2 tahun 2012 ini SDARA telah dapat menganjurkan beberapa aktiviti dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada semua ahli SDARA yang telah meluangkan masa, mencurahkan tenaga dan tak lupa sumbangan kewangan demi ALUMNI kita. Syabas juga kepada semua ahli-ahli Exco yang bersemangat sekali berkhidmat secara sukarela demi SDARA.

Selain dari tradisi Teh Tarik (TT) yang dianjurkan secara bulanan oleh SDARA Bangi, Melaka dan Seremban beberapa perjumpaan terbuka sesama SDARA juga telah diadakan sepanjang suku ke2 ini. Antaranya perjumpaan silatulrahim makan tengahari bersama Mantan YDP SDARA ke2 iaitu Yang Berbahagia Dato Hj Salamon Selamat dipejabat PerTama, Shah Alam. Majlis diserikan dengan kehadiran Mantan YDP SDARA ke3 Yang Berhormat Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Pada majlis ini, diputuskan bahawa satu “Council of the Elders” ditubuhkan demi kesinambungan tradisi SDARA berkekalan bermula dari Tanjung Malim, Sikamat dan seterusnya Sungai Gadut.

SDARA juga telah menerima beberapa undangan daripada NGO yang diterajui oleh ahli-ahli SDARA dan ajensi-ajensi kerajaan seperti PerTama, InMind dan TERAJU untuk menghadiri majlis penerangan dan ilmiah. Antaranya Majlis Penerangan Transformasi Ekonomi Bumiputera bersama TERAJU dan PerTama dan Sejarah Perlembangan Persekutuan bersama InMind.

SDARA juga mengekalkan tradisi berkerjasama dengan PIBG SDAR dan pengurusan SDAR demi kecermelangan Akedemik dan kegemilangan sukan dan kokorikulum. Antaranya adalah “Anugerah Pelajar Cemerlang SDAR” untuk keputusan SPM 2011 yang mana telah menerima iPad sebagai mengiktiraf kecermelangan individu dan sebagai penggalak semangat kepada pelajar-pelajar SPM 2012 nanti.

SDARA juga telah menyokong “Charity Basketball” anjuran PIBG SDAR dengan menghantar satu pasukan yang dinamakan “The Dream Team” yang diketuai oleh Timbalan YDP Dato Azhar Abd Wahab. Semasa event tersebut juga, ahli-ahli SDARA yang hadir telah bermurah hati untuk menyumbangkan kutipan kilat untuk membiayai kos pengangkutan penyokong-penyokong untuk menyaksikan perlawan akhir hoki antara SBP di JB bersama PIBG dan SDAR.

Semasa PPM di STAR, IPOH, SDARA IPOH Chapter telah berjaya menganjurkan majlis high-tea untuk meraikan pasukan basketball, debat dan debate SDAR. Sekalung tahniah dan ribuan terima-kasih kepada SDARA Ipoh Chapter,…. PROUD TO BELONG TO A SCHOOL THAT IS STRONG…

Sempena kejayaan SDAR ke pertandingan akhir Debat dan Debate PPM pada 8hb September 2012, diPICC nanti, SDARA sedang mempromosi final tersebut melalui penerbitan buku cenderahati “SDAR PPM final 2012” untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan saperti membelikan Suite untuk para pendebat, penginapan peserta dan bas untuk para penyokong. SDARA boleh menyumbang terus keakaun SDARA, mengambil ruangan iklan serta membeli jaket eklusiv final PPM 2012.

Akhir kata, sempena kedatangan bulan suci Ramadan, saya dan Exco SDARA ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua SDARA dan keluarga.

 

Berilmu Untuk Berjasa
“once a Sdarian always a Sdarian”

 

 

 

 

 

Mohd Fadhil Ahmad
YDP SDARA 2011-2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>