Sdara Dalam Kenangan

Sdara Dalam Kenangan

Sun 3 Jun 2012

Sdara Ramli Othman (7377) meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dekat Taman Selaseh, Gombak, pagi Ahad 3 Jun. Allahyarham di katakan hendak ke Restoren Taqwa, Taman Sri Gombak untuk sarapan pagi.

Jenazah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Taman Selaseh selepas asar.

Sumbangan wang segera daripada SDARA (7273-77) dan SDARA Induk telah di sampaikan kepada balu allahyarham oleh wakil SDARA, sdr Hasan Ahmad (7277)

Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak. Anak sulung perempuan, sudah berumah tangga, anak kedua lelaki, final year Civil Engineering di UNIMAP, Kuantan. Yang bongsu berumur 4 tahun




Mon 7 May 2012 

SDARA Kamarul Ariffin Bin Zainal (8993) telah meninggal jam 3 pagi tadi di rumah beliau di Melaka.

Allahyarham dilapurkan terjatuh di bilik air di rumah beliau sekitar jam 3 pagi Isnin 7 Mei di Ayer Keroh Heights. Jenazah dikebumikan selepas Zohor di Tanah Peruburan Islam Bukit Katil.

Allahyarham meniggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, 5 dan 8 tahun.

Rosman Mohd Said



Sun 22 Apr 2012 

Jamil Firdaus '74

InnaliLlah wainna ilaihirajiun. Baru dpt berita drpd Lan Saad, sdara Jamil Firdaus (SDAR 1969-1974) telah kembali ke rahmatuLlah 10 pg tadi. Jenazah telah dibawa ke Merbok. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah swt & ditempatkan bersama para solehin, semoga keluarga yg ditinggalkan Allahyarham diberi kesabaran serta peningkatan iman olehNya juga.

Abd Rahni Mt Piah

 

Mari lah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh mereka  . . . Al Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>