30 June 2008                      To Bring SDARA Closer To Each Other                  Volume 3 Number 2
Bookmark this site!                                                                                                     
In This Issue:
AJK SDARA 2007-09
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Azril Johari Abd Ghani
Haniffia Abd Ghani
Dr Khairun Nadzar
Mahadhir Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan Rahman
Wan Ismail Wan Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail
Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

     Pendaftaran pelajar-pelajar baru untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di IPTA telah berlangsung pada 29 Jun yang lepas.  Tentu ramai bekas pelajar SDAR yang telah berjaya ditawarkan tempat di institusi-institusi pengajian tersebut.  Namun persoalan yang sering timbul ialah apakah mereka berjaya ditempatkan dalam bidang-bidang yang mereka pohon khasnya bagi yang berhasrat mengikuti pengajian dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian atau farmasi ?  Khabarnya ramai juga yang ditawarkan bidang pengajian yang tidak mereka senaraikan dalam borang permohonan kerana tempat yang ada sangat terhad sedangkan bilangan calon yang cemerlang adalah tinggi. . Kepada mereka yang bersedia untuk menerimanya tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang terus ingin mengikuti bidang-bidang kritikal yang disebutkan di atas juga tidak menjadi masalah sekiranya mereka mampu dari segi kewangan kerana mereka boleh belajar perubatan, pergigian atau farmasi di IPTS asalkan sahaja telah mencapai tahap minimum dalam peperiksaan STPM atau Matrikulasi atapun Asasi. Mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tersebut di IPTS bukanlah murah sehingga mencecah RM250,000 bagi yuran pengajian sahaja tidak termasuk kos sara hidup.

     Jika kita mengimbau kembali sejarah pelajar-pelajar SDAR sejak penubuhannya setengah abad yang lalu, kebanyakan bekas pelajar batch terawal menceburkan diri dalam bidang pendidikan, perkhidmatan tadbiran dan diplomatik  atau yang seumpama dengannya kerana pada waktu itu, itulah sahaja peluang yang ada.  Tambahan pula, kemudahan pelajaran di SDAR pada waktu itu begitu terbatas.  Mata pelajaran Sains Tulen hanya mula ditawarkan pada pertengahan tahun tujuh puluhan. Sebelum itu, pelajar yang ingin mengikuti bidang perubatan, pergigian, farmasi  atau kejuruteraan hanya boleh mengambil mata pelajaran Sains Tambahan yang pertama kali ditawarkan di Tingkatan 4 pada tahun 1965.  Bermula daripada program tersebut terhasillah jurutera pertama SDAR seperti Saudara Abu Bakar Ghazali dan Saudara Prof Madya Lt.Col (B) Mohd Ramly Ajir. Dua orang  pelajar daripada  batch ketujuh merupakan kumpulan pertama pelajar SDAR mengikuti bidang perubatan iaitu Saudara Dr Mohd Daud Yaacob yang kini mempunyai klinik sendiri di Jertrih, Terengganu manakala seorang lagi ialah Y.B. Dato’ Seri Dr Hilmi bin Yahya seorang ahli politik,  pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiusaha Parlimen Kementerian Kewangan dan kini bertugas sebagai ADUN Teluk Bahang, Pulau Pinang.  Kedua-dua orang rakan kita ini mengikuti pengajian praperubatan  di Universiti Malaya pada tahun 1970 setelah lulus HSC di STAR Ipoh pada tahun 1969 dan memperoleh ijazah MBBS di UM pada tahun 1977. Memang tempoh pengajian bidang perubatan pada ketika itu amat panjang, dua tahun di Tingkatan  6, setahun Praperubatan, 5 tahun untuk ijazah, dan kadangkala terpaksa pula repeat.

     Kini peluang untuk mengikuti bidang perubatan di luar negara khasnya di Mesir amat luas terbuka.  Dengan hanya memperoleh sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran di peringkat SPM, seseorang pelajar boleh memohon mengikuti pengajian dalam bidang tersebut yang mengambil masa enam tahun.  Kosnya agak rendah berbanding dengan tempat-tempat lain.  Sebagai contoh di Universiti Mansoura, jumlah kos yuran pengajiannya hanya sekitar RM80,000 sahaja.  Khabarnya kos sara hidup di sana juga rendah.  Kepada rakan-rakan kita yang mempunyai anak yang berminat mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian ataupun farmasi dan tidak berjaya mendapatkan tempat di IPTA, mungkin bolehlah melihat program ini sebagai alternatif

 

     Kini bekas pelajar SDAR telah ramai menjadi doktor perubatan.  Kalaulah SDARA dapat menyenaraikan nama mereka dan diedarkan kepada ahli-ahli tentu besar manfaatnya memandangkan kini semakin ramai SDARA yang telah memulakan zaman warga emas dan memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang kosnya sangat tinggi. Dan kalaulah pembangunan SDARA Square yang dilancarkan kira-kira sebelas tahun yang lalu menjadi kenyataan, maka SDARA kini telah mempunyai sebuah  premis 5 tingkat Pusat Perubatan yang menempatkan pakar-pakar perubatan yang kebanyakannya daripada  kalangan ahli SDARA sendiri. Agaknya ramai di kalangan ahli-ahli SDARA yang masih menunggu berita tentang pembangunan SDARA square yang dimaksudkan itu.


Md Shah Bachik
62 - 67
SDARA ACTIVITIES
(1)  SDARA BOWLING CHALLENGE



(2)  SDARA Jamming & TT (13 Jun 2008)

Venue: Studio D'POTERA, Pusat Latihan Polis Tentera
Date: 13 Jun 2008
Time: 9 pm to 3 am (Next day)
Band Eqpt: Guiter lead, bass, rythym. Keyboardx2. Drum. Conga. Tamburine.
Attendance: Strictly for all sdara only musician and non musician
Band Master: Sdara Anuar Yatim
Technician: Sdara Mohd Redha & Raman Meran
Food Committee: Madolah
Chief Bouncer: Sdara Ismail Hassan & Bakar Hang

Dihadiri oleh 6 orang sdara sahaja, Abd  Rani, Adib, Mohd Shah, Mohd Redza,  Ali dan Hodori Sarbini.

Bermula jam 9 malam dan tamat jam 3 pagi. Sungguh hebat Ali bermain drum, Hodori lead guiter, Mohd Shah second guiter, Mohd Redza menyanyi dan Adib pemerhati dan ambil gambar. Hodori bawa guiter fender stratocaster sendiri yang berharga RM15,000.00. Memang hebat, aku rasa majlis sepatutnya lagi meriah kalau semua sdara yang jawab nak datang betul-betul datang agar persedian TT dan mee mamak yang telah ditempah tidak membazir. Tidak jadi hal budak sdar punya pasal lain kali kita jamming lagi. Makanan & minuman akan hanya dibeli setelah hadir.

 

- Datuk Gen (B) Abd Rani Ismail sdar973@yahoo.com


(3) SDARA Melaka Monthly Breakfast TT

Alhamdulillah hari ini (29 Jun 2008) majlis Sdara Melaka monthly breakfast was very successfull.

Ramai abang-abang kita yang hadhir dan kami dapat buat satu kutipan untuk sdara Zahari yang sakit (kedua-dua buah pinggang nya tidak berfungsi). Dia pun baru kematian anak yang di sayangi a few months ago.

Yang cantiknya cikgu A Jalil Morah datang dengan beberapa bungkus sayur sayuran hasil tanam dia seperti kobis, terung kacang dll. Duit hasil dari sayur itu telah di masukkan kedalam derma untuk Sdara Melaka dan juga sdra yang sakit tu.

Sayur-sayur cikgu A Jalil memang menjadi. Dia tanam di backyard of his house in Jasin.

Duit kutipan sebanyak RM300 telah di serahkan kepada Rosman Said untuk tindakan dia menyerahkan kepada Zahari di Seremban. Zahari ni seorang pengajar di sekolah di Gemenceh. Sekarang on medical leave.

Yusof Adam selalu datang dengan wife dia. Yahya Pakih came all the way from Sekudai, pergi ke Seremban, Nilai 3 dan detour ke Melaka on their way to send his daughter to MRSM or Sekolah Sains di Mersing. What a wonderful father.

Yang hadhir hari ini ialah

1. Cikgu A Jalil Morah dengan isteri
2. Cikgu (B) Haji Rezo
3. Cikgu (B) Yusof Adam dengan isteri
4. Cikgu Hilmi aka Apek
5. Cikgu Amir
6. Mohd. Noh Mohamed
7. Azahar Wahab aka Azahar Honda
8. Azhar Ismaun
9. Cikgu Badrul aka Buyong
10. Cikgu (B) Hj. Ahmad Ali
11. Anuar Yatim
12. Yahya Pakih - came all the way from Johor Baharu - dengan isteri dan 2 orang anak2nya
13. Rosman M Said - dengan dua orang anak2nya
14. Hisham Thambi
15. Hashim Kasim - came all the way from Pagoh, Muar
16. Ali Aman
17. saya - Muhamad bin Abdullah
18. Nangis


wasalam
MA
RENUNGAN
 (1) LALAI SERTA LEKA .....

Oleh Mohd Adib (63 - 68)
The Reader

      Beberapa hari yang lepas seorang kawan and ahli keluarga meninggal dunia. Umurnya sebaya dengan saya -50'an. Beliau seorang ahli perniagaan dibidang hartanah yang berjaya. Kali terakhir saya berjumpa dan sempat bersembang dengannya ialah dua bulan yang lalu semasa kami menghadiri satu majlis perkahwinan. Perbincangan kami berlekar kepada pendidikan agama untuk anak-anak kami yang amat terdedah kepada pelbagai ancaman fikrah kufur dan budaya kuning yang mengasyikkan dan melalaikan. Kesannya membuat mereka leka dari mematuhi perintah Allah dan memandang ringan larangan Allah swt. Beliau seorang peniaga yang baik dan sentiasa berdamping dengan guru agama. Banyak saya ambil iktibar darinya yang bergiat didalam mempelajari Al-Qur'an dan menghayati Al-Qur'an. Apabila saya mendapat berita yang beliau meninggal dunia secara tiba-tiba, saya terus teringat bicara kami sebagaimana saya tuliskan diatas. Amat terasa kehampiran maut...Al-Fatihah Ya akhi.

      Setiap dua minggu, guru kami mengingati kami yang masih hidup untuk bersyukur kerana masih berada diatas bumi dan tidak dibawah bumi. Masa untuk beribadat sentiasa berkurangan  setiap detik berlalu dan ramai diantara kami yang masih lalai dan leka... Kita semua masih sibuk dengan harta orang yang akan kita tinggalkan dan kurang usaha bersungguh-sungguh untuk membawa sebanyak mungkin bekalan untuk kehidupan kita yang kekal abadi di akhirat nanti.

      Kerja mencari rezeki sama ada sebagai peniaga atau makan gaji amat melekakan dan melalaikan jika tidak kita kawal.Sudah pasti persiapan untuk hari-hari akhirat akan terbiar dan tertinggal. Oleh hal yang demikian, pengurusan masa perlu mengambil kira kerja persiapan untuk kehidupan di akhirat tanpa mengabaikan hak kita didunia. Masa untuk ibadah  perlu dimasukkan didalam diari harian kita.

      Berikut saya sertakan beberapa ayat Qur'an yang berkaitan dengan tajuk diatas:


[24:37] (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang  tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.


[28:77] Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.


[29:64] Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

[18;28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

 

      Let me qoute an excerpt from the book "Don't Be Sad".

It is incumbent upon everyone to realise that death is hovering above us. At any moment, day or night, death can come. Caliph Ali bin Abu Taalib expressed in lucid terms the reality of our life:


" The Hereafter is travelling towards us and this life is travelling away from us; so be among the children of the Hereafter and not the children of this world. For today is action without reckoning (judgement), and tomorrow is reckoning without action".

      From this saying, we can learn how imperative it is for us to improve ourselves, to renew our repentance and to know that we are dealing with The Lord, Who is Generous, Powerful, Great and Kind.

      Death does not seek permission prior to arrival, nor does it gives early warning that it is on the way. The Qur'an informs us:

No person knows what he will earn tomorrow, and no person knows in what land he will die - Qur'an 31:34

           The Appointment to you is for a Day, which you cannot put back for an
          hour (or a moment) nor  put forward - Qur'an 34:30

Go To The Top 

(2) CERITA . . .

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah'

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja.’

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....'

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
...Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !

~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

 

 
(Cerita di atas tiada kena mengena dengan sesiapa samada yang masih hidup atau yang sudah tiada)


LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

Interviewer to Millionaire: "To whom do you owe your success as a millionaire to?"

Millionaire: "I owe everything to my wife."

Interviewer: "Wow, she must be some woman. What were you before you married her?"

Millionaire: "A Billionaire"

 

A teacher asked her class for sentences using the word "beans"..

"My father grows beans," said one student.

"My father cooks beans," said another.

Then little Johnny spoke up: "We are all human beans."

 

Son: Mom, when I was on the bus with Dad this morning, he told me to give up my seat to a lady.

Mom: Well, you have done the right thing.

Son: But mum, I was sitting on daddy's lap.

 

Wife : You always carry my photo in your handbag to the office. Why?

Hubby : When there is a problem, no matter how impossible, I look at your

picture and the problem disappears.

Wife : You see, how miraculous and powerful I am for you?

Hubby : Yes, I see your picture and say to myself, "What other problem can there be greater than this one?"


Go  To The Top 

KENANGAN SDARA

SDAR's senior band line-up at Tg Malim, in the 60s, are as follows (many other bands but they were not SDAR's mainstream):-


        THE FLANDERS
            Lead Guitar - Bakar (from Negri 9)
            Rythm Guitar - Mokhtar Wak Kentol (from Selangor)
            Bass Guitar - Zainal Ainon (from Negri 9)
            Drummer - Punawan Sarbini (from Johor)


        NADA SUARA
            Lead Guitar - Dori Sarbini (from Melaka)
            Rythm Guitar - Rafie Basar (from Johor)
            Bass Guitar - Shamsudin Manaf (from Pahang)
            Drummer - Ali Che Din (from Pinang)


Music teacher during that time was Cikgu Hamid Baharudin (he was also excellent Badminton player and in fact, Malay Champion for Perak. If not mistaken, he represented Malaysia at Thomas Cup together with Tan Aik Huang and Tan Aik Mong they are all from Perak.)

Perak during that times was center of secondary education. Apa tak nya, sebelum munculnya SBP lain-lain, then premier full boarding schools like SDAR, STAR, MCKK and Takyah/Izzudin Shah/Saujana (Islamic Studies) all located in Perak. Whereas STAF (Melaka), TKC ( Negri 9) and KISAS (Klang Selangor) were in different state.

THE FLANDERS music focus more to mainstream instrumentalist and backing singers etc. On the other hand, NADA SUARA carried over that music focus and in addition, went out a little of pseudo-mainstream instrumentalist/backing singers in creative and/or aggressive approaches with tonal and/or sound management.


DORI SARBINI
6368 

 
SDARA DALAM KENANGAN


Saudara kita, Azman Md Zain, sdara 70-75 telah pulang ke Rahmatullah pada jam1.10 pagi tadi (9hb Mei 2008).

Jenazah nya akan di bawa dari JB ke Bangi.

Jenazah akan di kebumikan selepas solat jumaat hari ini. Sembahyang Jenazah akan diadakan di Surau As-Sabah, Seksyen 3 Bangi, dekat dengan Sek Keb. Seksyen 3. Menurut apa yang di maklumkan pada saya, cause of death ialah lung infection. 

Sd Azman adalah x-sdarian yang pertama sekali bekerja di syarikat IBM. Beliau seorang yang aktif dalam sports.


Alfatihah.

Regards,
Ruslan Rahman
Mobile 019-3111814

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

Allahyarham Azman Md Zain adalah orang ke 8 dari batch saya yg telah pergi selama2nya, batch saya tak ramai cuma 87 orang pada asalnya selepas tu ada 3 orang yg masuk masa form 2 (2 anak diplomat dan 1 anak Sultan Perak).. Berikut adalah nama2 saudara2 kita dari batch 70/75 yg telah pergi, Al-Fatihah juga untuk mereka:

  1. Wan Nasir Wan Abd Aziz        26/12/1977
  2. Kamaruddin Sulaiman               1987
  3. Syed Suhaimi Md Nor              8/05/2002
  4. Abd Manaf Hassan                   18/01/2003
  5. Raja Alang Iskandar                 29/07/2003
  6. Youslee Md Jah                       13/12/2004
  7. Shamsuddin Md Nor                14/07/2007
  8. Azman Md Zain                        09/05/2008


Sesungguhnya tiada siapa dan tiada apa yg dapat menghalang pemergian mereka bila waktunya sudah sampai. 
 

radzranm musa <domang1957@yahoo.com.my>



AMAZING PHOTO


what are they doing ?

Oo, fishing out a car

OK, slowly, slowly . . .
oops . . . .  
. . . You dont anchor properly, thats why laa 
OK, now, slowly, slowly . . . dont be like the other . . .
. . . ha, manage to fish out the car
now, the lorry, .  .  . slowly, slowly
haiya . . . cannot stand anymore . . . dush!
. . . Don't know what happen after that
. . .  Hopefully it wont topple like the others


SPORT NEWS

BASKETBALL FINAL, PIALA PERDANA MENTERI

All games at Court A, College Height, Jitra


          23/5 SDAR vs MCKK                          LOST  46 - 69
          24/5 SDAR vs SBPI Gombak                LOST  41 - 52
                  SDAR vs SMS Kucing                  WIN     76 - 59
          25/5 SDAR vs SMS Sultan Mahmud      LOST  36 - 37

Thus, SDAR was OUT of the race to be the 2008 CHAMPION

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SLRC DALAM LIGA KRS DIVISYEN JUNIOR

Hajat untuk menjadi Juara tidak kesampaian apabila SLRC tewas kepada  13 - 20

SDARA IN THE NEWS

Yahaya Pakih wins 2nd place in Sudoku

Datuk Dr Azhar Mohd Noh & Dr Muhammad

Go  To The Top 


DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail
knadzar@gmail.com