 |
30 June 2008
To Bring SDARA Closer To Each
Other 
Volume 3
Number 2
|
In This Issue:
|
AJK
SDARA 2007-09
| YDP |
Datuk
Dr Abdul
Latiff Ahmad |
| Timbalan
YDP |
|
| Naib
YDP |
Ibrahim
K
Moideen |
| Setiausaha |
Lt
Kol (B) Dr
Abdul Razak Abdullah |
| Timbalan
S/Usaha |
Mohammad
Nazir
Md Shah |
| Bendahari |
Mohammad
Hasni
Ibrahim |
AJK
Pemeriksa Kira2
Pemeriksa
Kira2 |
Azril
Johari
Abd Ghani
Haniffia Abd
Ghani
Dr Khairun
Nadzar
Mahadhir
Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan
Rahman
Wan Ismail Wan
Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail
|
Sdara
Newsletter
|
|
| EDITORIAL MESSAGE
|
Assalamua'laikum
dan Selamat Sejahtera,
|
Pendaftaran
pelajar-pelajar baru untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di IPTA
telah
berlangsung pada 29 Jun yang lepas.
Tentu ramai bekas pelajar SDAR yang telah
berjaya ditawarkan tempat di
institusi-institusi pengajian tersebut.
Namun
persoalan yang sering timbul ialah apakah mereka berjaya ditempatkan
dalam
bidang-bidang yang mereka pohon khasnya bagi yang berhasrat mengikuti
pengajian
dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian atau farmasi ? Khabarnya ramai juga yang
ditawarkan bidang
pengajian yang tidak mereka senaraikan dalam borang permohonan kerana
tempat
yang ada sangat terhad sedangkan bilangan calon yang cemerlang adalah
tinggi. .
Kepada mereka yang bersedia untuk menerimanya tidak menjadi masalah.
Bagi mereka
yang terus ingin mengikuti bidang-bidang kritikal yang disebutkan di
atas juga
tidak menjadi masalah sekiranya mereka mampu dari segi kewangan kerana
mereka
boleh belajar perubatan, pergigian atau farmasi di IPTS asalkan sahaja
telah
mencapai tahap minimum dalam peperiksaan STPM atau Matrikulasi atapun
Asasi.
Mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tersebut di IPTS bukanlah murah
sehingga mencecah RM250,000 bagi yuran pengajian sahaja tidak termasuk
kos sara
hidup.
Jika
kita mengimbau kembali sejarah pelajar-pelajar SDAR sejak penubuhannya
setengah
abad yang lalu, kebanyakan bekas pelajar batch terawal menceburkan diri
dalam
bidang pendidikan, perkhidmatan tadbiran dan diplomatik
atau yang seumpama dengannya kerana pada
waktu itu, itulah sahaja peluang yang ada.
Tambahan pula, kemudahan pelajaran di SDAR
pada waktu itu begitu
terbatas. Mata
pelajaran Sains Tulen
hanya mula ditawarkan pada pertengahan tahun tujuh puluhan. Sebelum
itu,
pelajar yang ingin mengikuti bidang perubatan, pergigian, farmasi atau kejuruteraan hanya
boleh mengambil mata
pelajaran Sains Tambahan yang pertama kali ditawarkan di Tingkatan 4
pada tahun
1965. Bermula
daripada program tersebut
terhasillah jurutera pertama SDAR seperti Saudara Abu Bakar Ghazali dan
Saudara
Prof Madya Lt.Col (B) Mohd Ramly Ajir. Dua orang pelajar
daripada batch
ketujuh merupakan kumpulan pertama pelajar
SDAR mengikuti bidang perubatan iaitu Saudara Dr Mohd Daud Yaacob yang
kini
mempunyai klinik sendiri di Jertrih, Terengganu manakala seorang lagi
ialah
Y.B. Dato’ Seri Dr Hilmi bin Yahya seorang ahli politik, pernah menjadi Timbalan
Ketua Menteri Pulau
Pinang, Setiusaha Parlimen Kementerian Kewangan dan kini bertugas
sebagai ADUN
Teluk Bahang, Pulau Pinang. Kedua-dua
orang rakan kita ini mengikuti pengajian praperubatan
di Universiti Malaya pada tahun 1970 setelah
lulus HSC di STAR Ipoh pada tahun 1969 dan memperoleh ijazah MBBS di UM
pada
tahun 1977. Memang tempoh pengajian bidang perubatan pada ketika itu
amat
panjang, dua tahun di Tingkatan 6,
setahun Praperubatan, 5 tahun untuk ijazah, dan kadangkala terpaksa
pula repeat.
Kini
peluang untuk mengikuti bidang perubatan di luar negara khasnya di
Mesir amat
luas terbuka. Dengan
hanya memperoleh
sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran di peringkat SPM,
seseorang pelajar boleh memohon mengikuti pengajian dalam bidang
tersebut yang
mengambil masa enam tahun. Kosnya
agak
rendah berbanding dengan tempat-tempat lain.
Sebagai contoh di Universiti Mansoura, jumlah
kos yuran pengajiannya hanya
sekitar RM80,000 sahaja. Khabarnya
kos
sara hidup di sana juga rendah. Kepada
rakan-rakan kita yang mempunyai anak yang berminat mengikuti pengajian
dalam
bidang perubatan, pergigian ataupun farmasi dan tidak berjaya
mendapatkan
tempat di IPTA, mungkin bolehlah melihat program ini sebagai alternatif
Kini
bekas pelajar SDAR telah ramai menjadi doktor perubatan. Kalaulah SDARA dapat
menyenaraikan nama
mereka dan diedarkan kepada ahli-ahli tentu besar manfaatnya
memandangkan kini
semakin ramai SDARA yang telah memulakan zaman warga emas dan
memerlukan
perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang kosnya sangat tinggi. Dan
kalaulah pembangunan SDARA
Square yang dilancarkan kira-kira sebelas tahun yang lalu
menjadi
kenyataan, maka SDARA kini telah mempunyai sebuah
premis 5 tingkat Pusat Perubatan yang
menempatkan pakar-pakar perubatan yang kebanyakannya daripada kalangan ahli SDARA
sendiri. Agaknya ramai di
kalangan ahli-ahli SDARA yang masih menunggu berita tentang pembangunan
SDARA
square yang dimaksudkan itu.
|
Md Shah Bachik
62 - 67
|
| SDARA
ACTIVITIES |
|
(1)
SDARA BOWLING CHALLENGE |
|
| (2) SDARA Jamming
& TT (13 Jun 2008) |
|
Venue:
Studio D'POTERA, Pusat Latihan Polis Tentera
Date: 13 Jun 2008
Time: 9 pm to 3 am (Next day)
Band Eqpt: Guiter lead, bass, rythym. Keyboardx2. Drum.
Conga. Tamburine.
Attendance: Strictly for all sdara only musician and non
musician
Band Master: Sdara Anuar Yatim
Technician: Sdara Mohd Redha & Raman Meran
Food Committee: Madolah
Chief Bouncer: Sdara Ismail Hassan & Bakar Hang
Dihadiri
oleh 6 orang sdara sahaja, Abd Rani,
Adib, Mohd Shah, Mohd Redza, Ali
dan Hodori Sarbini.
Bermula
jam 9 malam dan tamat jam 3 pagi. Sungguh hebat Ali
bermain drum, Hodori lead guiter, Mohd Shah second guiter, Mohd Redza
menyanyi
dan Adib pemerhati dan ambil gambar. Hodori bawa guiter fender
stratocaster
sendiri yang berharga RM15,000.00. Memang hebat, aku rasa majlis
sepatutnya
lagi meriah kalau semua sdara yang jawab nak datang betul-betul datang
agar persedian
TT dan mee mamak yang telah ditempah tidak membazir. Tidak jadi hal
budak sdar
punya pasal lain kali kita jamming lagi. Makanan & minuman akan
hanya
dibeli setelah hadir.
-
Datuk Gen (B) Abd Rani Ismail sdar973@yahoo.com
|
|
| (3) SDARA Melaka Monthly
Breakfast TT |
|
Alhamdulillah hari ini (29 Jun 2008) majlis Sdara Melaka monthly
breakfast was very successfull.
Ramai
abang-abang kita yang hadhir dan kami dapat buat satu kutipan
untuk sdara Zahari yang sakit (kedua-dua buah pinggang nya tidak
berfungsi). Dia pun baru kematian anak yang di sayangi a few months ago.
Yang cantiknya
cikgu A Jalil Morah datang dengan beberapa bungkus sayur
sayuran hasil tanam dia seperti kobis, terung kacang dll. Duit hasil
dari sayur itu telah di masukkan kedalam derma untuk Sdara Melaka dan
juga sdra yang sakit tu.
Sayur-sayur
cikgu A Jalil memang menjadi. Dia tanam di backyard of his house in
Jasin.
Duit kutipan
sebanyak RM300 telah di serahkan kepada Rosman Said untuk
tindakan dia menyerahkan kepada Zahari di Seremban. Zahari ni seorang
pengajar di sekolah di Gemenceh. Sekarang on medical leave.
Yusof Adam
selalu datang dengan wife dia. Yahya Pakih came all the way
from Sekudai, pergi ke Seremban, Nilai 3 dan detour ke Melaka on their
way to send his daughter to MRSM or Sekolah Sains di Mersing. What a
wonderful father.
Yang hadhir
hari ini ialah
1. Cikgu A
Jalil Morah dengan isteri
2. Cikgu (B)
Haji Rezo
3. Cikgu (B)
Yusof Adam dengan isteri
4. Cikgu Hilmi
aka Apek
5. Cikgu Amir
6. Mohd. Noh
Mohamed
7. Azahar Wahab
aka Azahar Honda
8. Azhar Ismaun
9. Cikgu Badrul
aka Buyong
10. Cikgu (B)
Hj. Ahmad Ali
11. Anuar Yatim
12. Yahya Pakih
- came all the way from Johor Baharu - dengan isteri dan 2 orang
anak2nya
13. Rosman M
Said - dengan dua orang anak2nya
14. Hisham
Thambi
15. Hashim
Kasim - came all the way from Pagoh, Muar
16. Ali Aman
17. saya -
Muhamad bin Abdullah
18. Nangis
wasalam
MA
|
|
| RENUNGAN
|
| (1) LALAI SERTA LEKA
..... |
Oleh
Mohd Adib (63 - 68)
The Reader
Beberapa
hari yang lepas seorang
kawan and ahli keluarga meninggal dunia. Umurnya sebaya dengan saya
-50'an. Beliau
seorang ahli perniagaan dibidang hartanah yang berjaya. Kali terakhir
saya
berjumpa dan sempat bersembang dengannya ialah dua bulan yang lalu
semasa kami
menghadiri satu majlis perkahwinan. Perbincangan kami berlekar kepada
pendidikan agama untuk anak-anak kami yang amat terdedah kepada
pelbagai
ancaman fikrah kufur dan budaya kuning yang mengasyikkan dan
melalaikan. Kesannya
membuat mereka leka dari mematuhi perintah Allah dan memandang ringan
larangan
Allah swt. Beliau seorang peniaga yang baik dan sentiasa berdamping
dengan guru
agama. Banyak saya ambil iktibar darinya yang bergiat didalam
mempelajari
Al-Qur'an dan menghayati Al-Qur'an. Apabila saya mendapat berita yang
beliau
meninggal dunia secara tiba-tiba, saya terus teringat bicara kami
sebagaimana
saya tuliskan diatas. Amat terasa kehampiran maut...Al-Fatihah Ya akhi.
Setiap
dua minggu, guru kami mengingati kami yang
masih hidup untuk bersyukur kerana masih berada diatas
bumi dan tidak
dibawah
bumi. Masa untuk beribadat sentiasa berkurangan
setiap detik berlalu dan
ramai diantara kami yang masih lalai dan leka... Kita semua masih sibuk
dengan
harta orang yang akan kita tinggalkan dan kurang usaha
bersungguh-sungguh untuk
membawa sebanyak mungkin bekalan untuk kehidupan kita yang kekal abadi
di akhirat
nanti.
Kerja
mencari rezeki sama ada sebagai peniaga atau
makan gaji amat melekakan dan melalaikan jika tidak kita kawal.Sudah
pasti
persiapan untuk hari-hari akhirat akan terbiar dan tertinggal. Oleh hal
yang
demikian, pengurusan masa perlu mengambil kira kerja persiapan untuk
kehidupan
di akhirat tanpa mengabaikan hak kita didunia. Masa untuk ibadah
perlu
dimasukkan didalam diari harian kita.
Berikut
saya sertakan beberapa ayat Qur'an yang
berkaitan dengan tajuk diatas:
[24:37] (Ibadat itu dikerjakan
oleh)
orang-orang yang kuat
imannya yang tidak
dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah
dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
[28:77]
Dan tuntutlah dengan harta
kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari
akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu)
dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)
dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka
kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.
[29:64]
Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika
dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan
dan
permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang
sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah
mereka tidak
akan melupakan hari akhirat).
[18;28]
Dan jadikanlah dirimu
sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka
pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah
semata-mata dan
janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana
engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang
yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami
di dalam
Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula
adalah
melampaui kebenaran.
Let me
qoute
an excerpt from the book "Don't Be Sad".
It
is incumbent upon everyone to realise that
death is hovering above us. At any moment, day or night, death can
come. Caliph
Ali bin Abu Taalib expressed in lucid terms the reality of our life:
" The Hereafter is travelling towards us and this
life
is travelling
away from us; so be among the children of the Hereafter and not the
children of
this world. For today is action without reckoning (judgement), and
tomorrow is
reckoning without action".
From
this
saying, we can learn how imperative it is for us to improve
ourselves, to renew our repentance and to know that we are dealing with
The
Lord, Who is Generous, Powerful, Great and Kind.
Death
does
not seek permission prior to arrival, nor does it gives early
warning that it is on the way. The Qur'an informs us:
No
person knows what he will earn
tomorrow, and no person knows in what land he will die - Qur'an 31:34
The
Appointment to you is for a Day, which you cannot put back for an
hour
(or a
moment) nor put forward - Qur'an 34:30 |
Go
To The Top
|
| (2) CERITA . . . |
|
Mat tidak pernah membantu
isterinya membuat kerja-kerja
rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan
setiap
hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau
boleh,
dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap
hari untuk
menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan
isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia
tahu
betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan,
tukarkanlah aku
dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia pula
dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat
di
rumah'
Tuhan Yang Maha
Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang
isteri.
Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus
ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan
anak-anak dan
melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan
baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang
anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas
hantar
anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli
ikan dan
keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.
Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam
peti ais.
Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai
dan
dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik
sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak
dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur
anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah
supaya
jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu
menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan
tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan
disusun dalam
almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja
lagi.
Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai
salam, azan
Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa
kerja
yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan
malam.
Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci
pinggan
mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya
anak-anak
masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan
pun dah
longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami
juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan
sewajarnya
sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ...
tak pasti
pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,'Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi
isteri. Aku
keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum
kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami
semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini
bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah
dan aku keluar bekerja.’
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat,
kamu belum
boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi
benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak
sebelum
kamu dapat menjadi suami kembali....'
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
...Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak
naaaaaaaaaaaaaaaaak
kkkk...!! !
~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara
di
sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah
abang yang
jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya
membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian
melihat gelagat suaminya.... .....
(Cerita di atas tiada kena mengena dengan sesiapa samada
yang masih hidup atau yang sudah tiada)
|
|
LAUGHTER
IS THE BEST MEDICINE
|
|
Interviewer
to Millionaire:
"To whom do you owe your success as a millionaire to?"
Millionaire:
"I owe
everything to my wife."
Interviewer:
"Wow, she
must be some woman. What were you before you married her?"
Millionaire:
"A
Billionaire"
A
teacher asked her class
for sentences using the word "beans"..
"My
father grows
beans," said one student.
"My
father cooks
beans," said another.
Then
little Johnny spoke up:
"We are all human beans."
Son:
Mom, when I was on the
bus with Dad this morning, he told me to give up my seat to a
lady.
Mom:
Well, you have done the
right thing.
Son:
But mum, I was sitting
on daddy's lap.
Wife :
You always carry my
photo in your handbag to the office. Why?
Hubby :
When there is a
problem, no matter how impossible, I look at your
picture
and the problem disappears.
Wife :
You see, how
miraculous and powerful I am for you?
Hubby :
Yes, I see your
picture and say to myself, "What other problem can there be greater
than
this one?"
|
Go
To The Top
|
| KENANGAN
SDARA |
|
SDAR's senior
band line-up at Tg Malim, in the 60s, are
as follows (many other bands but they were not SDAR's mainstream):-
THE FLANDERS
Lead
Guitar - Bakar (from Negri 9)
Rythm
Guitar - Mokhtar Wak Kentol (from Selangor)
Bass
Guitar - Zainal Ainon (from Negri 9)
Drummer - Punawan Sarbini (from Johor)
NADA SUARA
Lead
Guitar - Dori Sarbini (from Melaka)
Rythm
Guitar - Rafie Basar (from Johor)
Bass
Guitar - Shamsudin Manaf (from Pahang)
Drummer -
Ali Che Din (from Pinang)
Music teacher
during that time was Cikgu Hamid Baharudin (he
was also excellent Badminton player and in fact, Malay Champion for
Perak. If
not mistaken, he represented Malaysia at Thomas Cup together with Tan
Aik Huang
and Tan Aik Mong they are all from Perak.)
Perak during
that times was center of secondary education.
Apa tak nya, sebelum munculnya SBP lain-lain, then premier full
boarding
schools like SDAR, STAR, MCKK and Takyah/Izzudin Shah/Saujana (Islamic
Studies)
all located in Perak. Whereas STAF (Melaka), TKC ( Negri 9) and KISAS
(Klang
Selangor) were in different state.
THE FLANDERS
music focus more to mainstream instrumentalist and backing singers
etc. On the other hand, NADA SUARA carried over that music focus
and in
addition, went out a little of pseudo-mainstream
instrumentalist/backing
singers in creative and/or aggressive approaches with tonal
and/or
sound management.
DORI SARBINI
6368
|
|
| SDARA
DALAM KENANGAN |
 |
Saudara kita, Azman Md
Zain,
sdara 70-75 telah pulang ke
Rahmatullah pada jam1.10 pagi tadi (9hb Mei 2008).
Jenazah nya akan di bawa
dari
JB ke Bangi.
Jenazah akan di kebumikan
selepas solat
jumaat hari ini.
Sembahyang Jenazah akan diadakan di Surau As-Sabah, Seksyen 3 Bangi,
dekat dengan Sek Keb. Seksyen 3. Menurut apa yang di maklumkan
pada saya, cause of death ialah
lung infection.
Sd Azman adalah x-sdarian
yang
pertama sekali bekerja di syarikat IBM. Beliau seorang yang aktif dalam
sports.
Alfatihah.
Regards,
Ruslan Rahman
Mobile 019-3111814
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Allahyarham Azman Md Zain
adalah orang ke 8 dari batch saya
yg telah pergi selama2nya, batch saya tak ramai cuma 87 orang pada
asalnya
selepas tu ada 3 orang yg masuk masa form 2 (2 anak
diplomat dan 1 anak
Sultan Perak).. Berikut adalah nama2 saudara2 kita dari batch 70/75 yg
telah
pergi, Al-Fatihah juga untuk mereka:
- Wan Nasir Wan Abd Aziz
26/12/1977
- Kamaruddin Sulaiman
1987
- Syed Suhaimi Md Nor
8/05/2002
- Abd Manaf Hassan
18/01/2003
- Raja Alang Iskandar
29/07/2003
- Youslee Md Jah
13/12/2004
- Shamsuddin Md Nor
14/07/2007
- Azman Md Zain
09/05/2008
Sesungguhnya tiada siapa dan tiada apa yg dapat menghalang pemergian
mereka
bila waktunya sudah sampai.
radzranm musa
<domang1957@yahoo.com.my>
|
|
| AMAZING PHOTO |

what are they doing ? |

Oo, fishing out a car |

OK, slowly, slowly . . . |
oops . . . .
|
. . . You dont
anchor properly, thats why laa |
OK, now,
slowly, slowly . . . dont be like the other . . . |
. . . ha,
manage to fish out the car |
now, the
lorry, . . . slowly, slowly |
haiya . . .
cannot stand anymore . . . dush! |
|
. . .
Don't know what happen after that
. . . Hopefully it wont topple like the others |
|
| SPORT NEWS |
BASKETBALL
FINAL, PIALA PERDANA MENTERI
All games at Court A, College Height, Jitra
23/5 SDAR vs
MCKK
LOST 46 - 69
24/5 SDAR vs
SBPI Gombak
LOST 41 - 52
SDAR vs
SMS Kucing
WIN 76 - 59
25/5 SDAR vs SMS
Sultan Mahmud LOST 36 - 37
Thus, SDAR was OUT of the race to be the 2008 CHAMPION
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SLRC DALAM
LIGA KRS DIVISYEN JUNIOR
Hajat untuk menjadi Juara tidak kesampaian apabila SLRC tewas kepada
13 - 20
|
| SDARA
IN THE NEWS |
Yahaya Pakih
wins 2nd place in Sudoku
|
 |
Datuk
Dr Azhar Mohd Noh & Dr
Muhammad
|
 |
Go
To The Top
|
DISCLAIMER:
The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara
Newsletter
do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless
expressly stated.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail
knadzar@gmail.com
|