Berita SDAR

10th UIA Interschoo​l Debating Championsh​ip

Wed, Jul 20, 2011 at 2:54 PM

Salaam all,

Today marked another history in Sdar ko-k when our BM team won the 10th UIA Interschool Debating Championship in their debut grande finale.

They are now immortalised in the Hall of Fame in the national debating fraternity, having broken the duck in this prestigious tourney participated by SBPs, MRSMs, daily schools, private-funded schools and whatever-you-na me-it.  Sdar has now emerged as a new powerhouse to be reckoned with in the debating arena.

As for Luqman the proud son of his dad Sdara ’80, he took on my challenge to become the best speaker on the final stage, and really crushed SMAP Labu’s arguments to a frazzle.

What can I say about Thalhah is he deservedly took over Adzlan’s mantle as our ruthless yet witty third rebuttal speaker, removing any ion of doubt that he is the overall best debater this time round as crowned.

Our youngest debater, Syahmie the 3rd former, put on a performance that ensures Sdar won’t be Sleepless in Sg. Gadut (our version of Seattle hehe) for future debate tourneys.

Our 4th speaker, Azfar, also gave his huge contribution in some earlier rounds by giving his winning performance.

Terima kasih buat cikgu-cikgu, terutama Cikgu Aishah, yang banyak membimbing pendebat kita, dan mantan pendebat Sdar, antaranya Adzlan, Azairi, Aidil, Shukor dan lain-lain saya tak ingat nama yang turun padang memberi sokongan moral.

Pasukan debat BI kita juga berjaya ke final. Cuma nasib tak menyebelahi selepas mereka kalah kpd SMI Hidayah dari Johor. Razzaq pendebat utama kita dinobatkan pendebat terbaik.

Although I don’t feel attached to them, I just couldn’t bear to see their eyes turn red and wet, having been so close within the touching distance from the elusive trophy, with a split 6-5 verdict from juries. Hopefully, bounce back with greater resolve next year they will.

Ghiyathuddin <ghiyathuddin@sdara.org>

 

PIALA PERDANA MENTERI 2011

Pasukan Basketball SDAR tewas kepada MCKK, 58 – 65 dalam perlawanan Akhir.
Pasukan Bahas Bahasa Melayu, tewas di peringkat Separuh Akhir
Pasukan Bahas Bahasa Inggeris pula tewas kepada TKC pada petandingan Akhir pada 14 Jul 2011

Pasukan Debat Bahasa Inggeris SDAR mara ke peringkat akhir setelah hampir 25 tahun gagal berbuat demikian. Setelah pasukan Debat Bahasa Melayu gagal melangkah ke pertandingan akhir dan sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yang diperoleh tahun lalu, pasukan Debat Bahasa Inggeris ingin menebus maruah sekolah dengan persediaan yang dirasakan cukup lengkap untuk melangkah ke pertandingan akhir.

Pasukan Pendebat bersama SPEAKER Dewan, Sdr Husni Ahmad Dahlan (Sdara 7277) dan YDP PIBG SDAR, Sdr Ramly Khairudin

Bertindak sebagai pembangkang dengan usul ‘This House Believes Wikileaks Is Good For The World’, pasukan debat SDAR yang diwakili oleh Abdul Razak, Abdullah Iqram dan Aziziul Haziq berjaya memberikan hujah yang bernas dan menyanggah hujah yang diutarakan oleh pasukan Kolej Tunku Kurshiah. Persaingan agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling membidas fakta yang diberikan.

Read more >>

 

Finale Wind Orchestra

July 5, 2011 | Co-Curricular

Finale Wind Orchestra sudah sampai ke kemuncaknya . Pertandingan akhir telah berlangsung pada 3 Julai 2011, di PICC Putrajaya. 8 buah pasukan yang bertanding telah mempersembahkan persembahan yang begitu memukau para penonton yang hadir pada hari tersebut. Antara pasukan yang bertanding adalah :

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)

2. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)

3. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

4. Sekolah Seri Puteri (SSP)

5. Sekolah Men. Sains Raja  Tun Azlan Shah (SERATAS)

6. Sekolah Men. Sains Machang (SMACH)

7. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

8. Sekolah Men. Sains Selangor (SMSS)

Adat dalam pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Juara Wind Orchestra 2011 telah disandang oleh pasukan Wind Orchestra dari Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Sekolah Sultan Alam Shah menduduki tangga Naib Johan, manakala Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan berada di tempat ketiga. Konduktor Orkestra daripada pasukan Wind Orchestra SERATAS telah dinobat sebagai Konduktor Orkestra Terbaik.

Walau bagaimanapun, warga Sekolah Dato’ Abdul Razak masih lagi berbangga atas kejayaan pasukan Wind Orchestra SDAR yang telah berjaya memasuki Pertandingan Akhir Wind Orchestra 2011. Jangan putus asa, tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih manis pada pertandingan Wind Orchestra 2012 pada tahun hadapan.

Source: http://www.sdaronline.edu.my/co-curricular/finale-wind-orchestra-2/

 

Majlis Makan Malam Amal – Jalinan Mesra Segunung Harapan

25 Jun, Sabtu – Bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Sekolah Dato’ Abdul Razak malam tadi telah berlangsung Majlis Makan Malam Amal SDAR anjuran PIBG SDAR. Dengan tema ‘Jalinan Mesra Segunung Harapan’, majlis ini bertujuan untuk mengutip dana PIBG bagi membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah dan juga membina beberapa prasarana yang diharapkan dapat membantu kecemerlangan sekolah.

Tetamu utama yang dijemput adalah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Sambutan yang diberikan oleh ibubapa dan alumni SDAR (SDARA) amat menggalakkan sehinggakan semua meja dan kerusi telah habis dijual. Majlis ini telah berjaya mengumpul dana lebih daripada yang disasarkan. Gabungan kerjasama pihak ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar (SDARA) telah berjaya merealisasikan majlis ini dan mengumpul dana yang dikehendaki.

Read more >>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>