Sdara Dalam Kenangan

Sdara Dalam Kenangan

Nama Batch Tarikh meninggal
1 Cikgu Subri Mat 84 10-Okt-12
2 Musa b Abu 57-61 16-Okt-12
3 Datuk Haron Hassan F6 74-75 19-Okt-12
4 Dr Muhammad Muda 64-70 27-Okt-12
5 Khairul Niza Yahya 89-93 12-Nov-12
6 Dato Mohd Caezar @ Shuib 77-81 16-Dis-12

 

Rab 10 Okt 2012

Salam ta’ziah kepada seluruh ahli keluarga cikgu Subri Mat  yang baru meninggal pagi tadi. Jenazah akan dikebumi di kampung melayu Ipoh lepaszohor insyAllah… Kalau ada kelapangan, silalah ziarah jenazah allahyarhamyang masih di rumah, 26, Lebuh Rapat Baru 1, Taman Song Choon. Cikgu Subri was at SDAR for almost a year in 1984, A-Levels and X-PPM basketballer.


Aznijar Ahmad-Yazid

Update on Allahyarham Subri Mat. Saya singgah di rumah mertua allahyarham di Taman Song Choon, Ipoh dan menyampaikan ta’ziah bagi pihak SDARA serta menitipkan sumbangan bagi pihak biro kebajikan SDARA sekali. Isteri allahyarham telah memberikan ucapan terima kasih atas ziarah dan sumbangan dan mengharapkan perhubungan dengan keluarga akan diteruskan walaupun selepas peninggalan allahyarham.

Alfatihah.

Selasa 16 Okt 2012

sms dari Ibrahim Moideen:
Salam, sdr Musa b Abu, 1st batch. telah kembali ke rahmatulLah jam 4.45ptg semalam. InsyaAllah jenazah akan di kebumikan di tanah perkuburan Tuan Hj Said jam11 pagi ini.

Jum 19 Okt 2012

Sdarian Datuk Haron Hassan  meninggal dunia pagi tadi di Bangi dan dikebumikan petang nya.

 

Ishak Mohd Nor

Allahyarham budak Gemas, join Sdar 1974 lower six. Pemaju PJ Perdana. Saya ada buat kontrak earthworks utk PJ Perdana untuk dia dulu.

Ali Hj Alias

Sempat solatkan jenazah di Masjid Al-Hassanah,Bangi lepas solat jumaat semalam dan jenazah telah disemadikan di perkuburan Sg Tangkas, tak tahu pula arwah adalah SDARA, takziah kepada family.
Al-fatihah

Sab 27 Okt 2012

SMS from bro Zainuddin Kangkong just received -
“Assalamu’alaikum, dimaklumkan sahabat kita Dr Muhammad Muda (SDARA 6470) (bekas Pensyarah UiTM) telah kembali kerahmatullah pagi tadi (lebih kurang pukul 9 pagi Jenazah berada di no 22, jalan 7/70A. Sek 7 Shah Alam – Alfatihah.”

Kepada sesiapa yang mengenali..bagi saya allahyarham adalah salah seorang pensyarah di School Of Hotel & Catering di 1981 – 1984 di Uitm dulu….
Mohd Zin Udin
Arwah meningal around 10.30 pagi semasa mengabil wuduk di bilik air untuk sembahyang duha Dan meningal semasa itu juga. Di sembahyang kan di surau seksen 7 dalam pukul 4.45ptg dan dikebumi diseksen 21 shah alam. Dato Salamon dan Mohd Nor 64-69 ada bersama.Yang lain tak pasti. Semuga roh Arwah bersama bersama dengan yang dikasihi Allah.
Abdullah Daud
Alfatihah. Selepas SDAR tak pernah berjumpa. Tukang guntingku di rumah Laksamana. Seorang runner dan budak yang alim
Wk Wh
Isnin 12 Nov 2012

Innalillahiwainnailaihirajiun. Sdara Khairul Niza Yahya 8993, meninggal dunia pagi tadi di hospital besar melaka. Mayat masih di hospital. Alamat rumah allahyarham adalah di
no 3800 Lorong Paya Mengkuang 1
Bukit Rambai, Melaka.
sesiapa yang ada kelapangan, bolehlah ziarah.

Rosman Mohd Said
Setiausaha SDARA Melaka

Menurut feedback dari sumber mengatakan semalam beliau keluar cycling.. kemudian berhenti dekat kedai untuk minum.  Tiba-tiba  terus collapse. Orang ramai panggil ambulans. Meninggal subuh tadi…Info UTEM beritahu cause of death : Pendarahan dalam otak. Beliau pengidap high blood pressure dan diabetic…
Syahrul R’burns Nizzam

Terbaca di FB saudara Khairul Niza Yahya…

TUHAN KU AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU…
TETAPI AKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SEKSA NERAKAMU…
DARI ITU KURNIAKANLAH KEAMPUNAN KEPADAKU..
AMPUNKANLAH DOSAKU…
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA-DOSA BESAR..
Semoga roh saudaraku dicucuri rahmatNya…
semoga perjalananmu kealam baru akan dipermudahkanNya…
semoga kau temui ketenangan disana…
Al-Fatihah buat saudaraku…

Nazarry Rosli

Alhamdulillah.. Jenazah telah selamat disemadikan selepas Zuhur tadi. 2 kali solat jenazah, dirumah sebelum dibawa ke masjid dan di masjid selepas zuhur. Malam nanti ada kenduri tahlil di rumah Jalan Paya Mengkuang 1, semoga Arwah dicucuri rahmat dari yang MAHA KUASA..
Ahmad Khodri Yusof
Ahad 16 Dis 2012

Salam, diberitakan sahabat kita, Dato Mohd Ceaser @ Shuib bin Dato Musa (7781) telah pengsan pagi tadi ketika bermain golf bersama Tunku Besar Tampin dan beberapa rakan lain di Farmosa Golf Resort. Beliau di kejarkan ke hospital Tampin dan di sahkan telah meninggalkan dunia. Jenazah akan dibawa ke Gedong Lalang, Seremban. Kemudiannya akan di semadikan di Bukit Kiara selepas asar.
Takziah kepada keluarga Allahyarham..

AlFatihah
Mustafa Hamid aka Linggam 77

Baru minggu lepas 13/12/12 sedara kpd arwah juga abang kpd Raja Zainal Abidin Raja Sirajuddin (7075) bernama Raja Mohd Kamal meninggal, sempat juga ziarah keluarga arwah d Jelebu. Khabarnya kedua2 arwah ni sepupu.
Radzran Musa
7075
Arwah baik dgn batch kitaorg..walaupun dia super junior..beliau anak dato undang jolobu..
Abd Halim Ismail
I can still remember him well…bubbling boy…specky, curly hair a bit…energetic…
Nasir Ismail Sulaiman
AlFatihah. Takziah. Sedih dapat berita, tak sempat jumpa. Form 5 dulu selalu ikut arwah Caesar lepak di Jelebu. Arwah sentiasa dlm kenangan..
Hazli Jemaat

 

Mari lah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh mereka  . . . Al Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>