Berita Sdara

Sdara Menerima Menantu

Sdara Mohd Shah ibrahim

Sdara azami ibrahim

Hamidi, Akashah dan Azami. Pengantin di belakang

Berita ahli keluarga Sdara

 

3:36pm Nov 14
Bonda Rameez Yahya sdarian86 telah meninggal dunia subuh tadi.  Alfatihah untuk arwah.

Kamal Zulkhairi

——————-

 

2011/11/15

“Ia sungguh kejam kerana emak saya sudah tua dan dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu,” kata Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Dr Mohamad Rameez Yahaya mengenai pembunuhan ibunya, Zakiah Num Abdullah semalam.

PORT DICKSON

Sambil menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusian, beliau berharap polis akan dapat memberkas penjenayah itu agar dia dikenakan hukuman setimpal.

“Perbuatan itu adalah sesuatu yang tragik dan amat menyedihkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Zakiah Num, pesara guru berusia 70 tahun, ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama di sini pada jam 8.10 pagi, semalam.

Mayatnya ditemui dalam garaj kereta bersebelahan rumahnya oleh seorang pekerja yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian di rumah berkenaan.

Mohamed Rameez, 42, berkata, beliau menerima berita sedih itu melalui telefon oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Baljeet Singh pada jam 11.10 pagi semalam (waktu Melbourne) dan terus pulang ke Malaysia.

 ”Pada saya, emak saya adalah seorang yang berjasa sebagai pendidik selama tiga dekat (60an hingga 90an) dan sukar mendapat emak seperti beliau,” katanya.

Mohamad Rameez berkata, walaupun berjauhan, beliau sering berhubung dengan emaknya yang tinggal bersendirian dan kali terakhir beliau berjumpa emaknya ia pada Julai lalu.

Jenayah Allahyarham dikebumikan di sini selepas Zohor hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>