Berita SDAR

Keputusan PMR 2011 SDAR

AlhamdulilLah 95 daripada 111 orang pelajar telah mendapat straight 8 A’s (85.6%) dengan gred purata¬† 1.02

RANKING PMR SBP 2011

1 SM SAINS HULU SELANGOR 1.0054
2 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.0139
3 SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
4 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
5 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02
6 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
7 SM SAINS JOHOR 1.0233
8 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
9 SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
10 SM SAINS SELANGOR 1.0263
11 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
12 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273
13 SEKOLAH SERI PUTERI 1.0279
14 SM SAINS POKOK SENA 1.0279
15 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
16 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
17 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
18 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
19 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
20 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373

 

 

Majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum Sdar 2011


03 Nov, Khamis – Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SDAR 2011 telah berlangsung hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, yang juga merupakan bekas pelajar SDAR (SDARA).

Majlis bermula dengan pemeriksaan barisan gabungan unit beruniform SDAR oleh Dato’ Ahmad Shabery. Yang Berhormat Dato’ kemudian dibawa melawat ke booth pameran pasukan-pasukan sekolah yang cemerlang sepanjang tahun 2011. Pasukan-pasukan yang terlibat ialah Pasukan F1, ragbi, bola keranjang, pasukan memanah, pasukan menulis esei sejarah, pasukan debat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pasukan Wind Orchestra dan pasukan pengakap.

Dato’ Sri Ahmad Shabery kemudiannya dibawa melawat gimnasium yang telah disumbangankan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selepas beramah mesra, berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat kepada para pelajar yang menggunakan gimnasium waktu itu, Yang berhormat telah merasmikan gimnasium tersebut.

Majlis kemudiannya berpindah ke Dewan Tun Abdul Razak untuk majlis penyampaian anugerah. Para pelajar yang aktif dan berjaya membawa nama SDAR ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam kokurikulum, telah diberi anugerah mengikut kategori yang ditetapkan. Di antaranya ialah Anugerah Sinar Persada ( untuk pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4), Anugerah Sinar Gemilang (untuk pelajar Tingkatan 5 – ko-akademik dan bukan sukan), Anugerah Half Color dan Full Color(untuk Tingkatan 5 – sukan). Anugerah Tokoh Kokurikulum SDAR 2011 telah diberikan kepada Irshad Haris bin Haris Fadzilah yang cemerlang di dalam sukan olahraga dan ragbi.

Selain daripada itu, para guru yang membimbing pasukan-pasukan yang cemerlang ini juga telah menerima penghargaan. Pihak PIBG SDAR telah menyumbang dalam bentuk kewangan untuk menjayakan majlis ini. Kepada Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang telah sudi hadir ke majlis ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Terima kasih juga kepada PIBG SDAR dan guru-guru dan para pelajar SDAR yang membantu menjayakan majlis ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>