Letterhead%2012.jpg
 30 Dec 2010             image/star7.gif  Updating Sdara with news on SDAR and SDARA  image/star7.gif             Volume 4 Number 4
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:






AJK SDARA 2009-11
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP Dato Gen (B) Abd Rani Ismail 
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Dr Khairun Nadzar
Mohd Fauzi Shafie
Mohd Iswadi b  Ismail
Mohd Noor Yahya
Mohd Shah Khalid
Mokhtar Ahmad Isamdar
Nor Ehsan Jamaan
Wan Ismail b Wan Hassan
Zainal Abidin Kinta
Raja Rahiman
Dato Mohd Salleh Bajuri

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008
Sep 2008
Dec 2008
Mac 2009
June 2009
Sep 2009
Dec 2009
Mac 2010
June 2010
Sep 2010

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Tahun 2010 Masihi akan berakhir sebentar lagi.  Lazimnya orang bertanya “Apakah azam baru anda pada tahun akan datang?” .  Sebelum persoalan tersebut kita huraikan, elok kita imbau kembali sambutan tahun baru hijrah atau apa yang lebih dikenali sebagai Maal Hijrah atau  awal muharam yang biasanya  disambut dengan majlis  seperti doa akhir tahun, doa awal tahun, ceramah, tazkirah, dan sebagainya yang mendekatkan kita kepada Allah swt.  Dalam doa akhir tahun yang kita baca beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib pada hari akhir tahun hijrah, antara lain kita memohon :

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau larang kami melakukannya, lalu kami tidak bertaubat dan Engkau pula tidak meredainya dan tidak pula melupakannya, dan Engkau bersifat lemah lembut terhadap kami, maka kami memohon keampunanMu, maka Engkau ampunilah kami.  Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau redai dan yang telah Engkau janjikan pahala buat kami, maka kami memohon padaMu Ya Allah! Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Mempunyai Kemuliaan agar Engkau menerimanya daripada Kami.  Janganlah Engkau putuskan harapan kami padaMu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Mulia.”

Sebaik sahaja masuk Waktu Maghrib pada permulaan tahun baru Hijrah, kita berdoa lagi, antaranya seperti berikut:

“Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang abadi lagi sedia.  Engkaulah Tuhan yang tiada permulaan. KewujudanMu adalah bagi kami sebagai tempat bergantung untuk membuat permohonan yang akan diperkenankan dengan izinMu.  Ini merupakan tahun baru yang telah menemui kami. Kami memohon padaMu Ya Allah, perlindungan pada tahun baru ini daripada syaitan yang direjam, penolong-penolong dan tentera-tenteranya.  Kami juga memohon pertolonganMu terhadap nafsu amarah ini yang sentiasa mengajak melakukan kejahatan.  Kami juga memohon padaMu agar sentiasa disibukkan dengan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu, wahai Tuhan yang mempunyai kemuliaan lagi Maha Pengasih.”

Agak aneh  bila direnungkan kenapakah apabila menjelang tahun baru masihi, kita tidak pula membaca doa akhir dan awal tahun seperti di atas, sebaliknya kedatangan tahun baru itu disambut dengan acara-acara hiburan seperti konsert, nyanyian, tarian dan sebagainya di tempat-tempat terbuka yang dibanjiri dengan begitu ramai manusia.  Apakan acara-acara demikian merupakan manifestasi kesyukuran kita terhadap nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita apabila usia kita dipanjangkan sehingga dapat menempuh tahun baru?  Ditakuti nanti cara kita merayakan Tahun Baru 2011 yang  dinamakan sebagai Ambang 2011  dengan pesta dan hiburan yang melampau mengundang kita kepada apa yang disebut sebagai kufur nikmat.

 

Salah satu nikmat yang tidak  ternilai yang dianugerahkan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan Iman.  Sebagai bekas pelajar sebuah institusi pendidikan yang terkemuka, kita tidak boleh menafikan bahawa kita telah banyak menerima nikmat daripada Yang Maha Pencipta.  Lebih-lebih lagi memandangkan begitu ramai orang yang berharap untuk  diterima masuk ke SDAR tetapi tidak berpeluang untuk ke sana.  Lanjutan kepada nikmat tersebut, Allah lanjutkan lagi nikmat kebahagian yang terus menerus kita kecapi seperti kecemerlanagan dalam pelajaran, pekerjaan yang baik, kesenangan  dan kemewahan hidup serta kedudukan yang tinggi dalam organisasi tempat bekerja serta status yang baik dalam masyarakat. Ini sewajarnya  menambahkan lagi rasa syukur kita kepada Allah dengan memperkuatkan lagi ketaatan dan ketakwaan kita kepadaNya.  Yakinlah bahawa semua kesenangan yang kita perolehi adalah anugerah Allah kerana Allah meluaskan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakki dan Dia juga menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dalam Al-Quran Allah menyebut dalam beberapa ayat yang menunjukkan bahawa amat sedikit sekali orang yang bersyukur kepadaNya.  Allah telah memperingatkan bahawa orang yang bersyukur dan menghargai pemberianNya akan beruntung seperti firmannya:

 

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkkan:   Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih     (Surah Ibrahim: ayat 7)

 

Maka sangat wajar sekiranya antara azam yang perlu disemaikan dalam diri setiap kita menjelang Tahun Masihi 2011 ialah mempertingkatkan amal ibadat  kepada Allah swt.  Di samping melaksanakan kerja-kerja harian yang rutin, hendaknya janganlah kita lupa membaca Al-Quran kitab suci yang diturunkan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad saw.  Pengalaman menunjukkan bahawa jika kita mulai membaca Al-Quran dengan memahami sekali maksudnya (menerusi terjemahan dan tafsiran), Insya Allah kita tidak akan jemu membacanya berulangkali kerana di dalamnya terhadap  banyak pengajaran, petunjuk, penawar rasa gelisah, khabar gembira kepada orang bertakwa serta amaran keras kepada yang mendustakan perintah Allah.

 

Newsletter keluaran terakhir bagi Tahun 2010 ini antara lain memuatkan beberapa berita sukaduka sahabat-sahabat kita.  Kita mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Ahmad Shabery Cheek (SDARA 71-76), Menteri Belia dan Sukan yang telah dianugherahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran “Datuk Seri” bersempena ulang tahun ke-80 hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada hari Ahad 24 Oktober 2010.  Tahniah kepada Profesor Dr Jamaludin Md Jahi (SDARA 62-67) dan Sdra Azhar Abd Wahab (SDARA 81-82) atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran “Datuk” bersempenan ulang tahun hari kelahiran ke-72 Yang DiPertua Negeri Melaka baru-baru ini.  Kita juga mengucapkan tahniah kepada Sdra Abdul  Samad Hamzah (SDARA 72-77) yang telah melangsungkan perkahwinannya bagi kali kedua pada 25 Disember yang lepas.  Kepada yang ahli-ahli SDARA yang menerima menantu kita doakan semoga keluargaan baru yang telah dibina akan terus bahagia dan dirahmati Allah  dari dunia hinggalah ke akhirat.  Sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt atas segala penganugerahan tersebut.

Di samping memperingati kejayaan-kejayaan di atas, Newsletter kali ini juga memaparkan berita sedih atas pemergian sahabat kita dan juga ahli keluarga yang tersayang daripada sahabat-sahabat kita. Kepada yang berkenaan, kita ucapkan takziah dan bersabarlah menerima hakikat dan  ketentuan Allah swt.  Sama-samalah kita menghadiahkan surah Al Fathihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

 

Kepada ahli-ahli SDARA yang anak-anak mereka telah mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR dan PMR bagi tahun ini kita ucapkan tahniah.  Begitu juga kepada anak-anak SDARA yang telah menerima tawaran masuk ke SDAR pada tahun baru 2011 ini.  Kepada ahli-ahli SDARA sekeliannya, sama-samalah kita menyokong SDAR dan SDARA demi pemantapan  persahabatan kita.

Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES

SDARA TAQWIM 2010

27 Mac 2010 Pertandingan Golf Mesra SDAR 2010 Done
18 Apr 2010 Motivational and Career Talk at SDAR Done
01 Aug 2010 AGM SDARA ke 32
Pertandingan Golf Tahunan SDARA
Done
28 Aug 2010 Majlis Berbuka Puasa Sdara Melaka Done
24 Sep 2010 Sambutan Hari Raya Eidul Fitri di Kediaman Rasmi YDP SDARA Done
20 Nov 2010 Program Korban dan Aqiqah Done
04 Dis 2010 SDARA Annual Dinner 2010 Done
12 Dis 2010 Futsal Tournament Done

SDARA ANNUAL DINNER 2010

image/P3040289.JPGAlhamdulilLah, syukur ke hadrat Allah swt, Makan Malam Sdara 2010 berjalan lancar saperti yang di rancang, walaupun kehadiran kurang 300 orang.

Terima kasih kepada semua yang hadhir terutama yang datang dari jauh saperti Awangku Rahim (Sabah), Hamzah Ishak (Sg Petani), Roslan Ahmad aka slair (Perlis), Rosli Yem and the gang (Johor Bahru), Dato Abd Ghani dan Sdara Kuantan yang lain, dan semua sdara, isteri2 dan anak2 yang datang memeriahkan majlis tersebut (maaf jika nama tidak disebut).

Terima kasih juga kepada sponsor2 (kecil dan besar) dan mereka2 yang mendoakan kelancaran majlis makan malam ini.

Gambar2 boleh di lihat di http://dknphoto.com
manakala foto oleh sdr Fauzi Shafie boleh di lihat di FB beliau
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=477399038769&set=
a.477391193769.260479.598598769#!/album.php?aid=260479&id=598598769


Terima kasih kepada sdr Mat Kiaq, Yahya Madis dan rakan2 7579 yang telah dengan rasminya memaklumkan kesudian mereka untuk menjadi  penganjur makan malam 2011. Sama2 lah kita memberikan sokongan kita kepada mereka, InsyaAllah.

PROGRAM KORBAN & AQIQAH SDARA

Tarikh: Sabtu, 20-Nov-2010 (13 Zulhijjah 1431H)
Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih
Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.

Berita%20SDARA/korban/01.jpg
 
KEHADIRAN:
1. Ariff
2. Mush
3. Nazir
4. Tambun
5. Yu
6. Sharul & wife
7. Kamal
8. Achem
9. Bintang
10. Dr Boya
11. Dr G.I
12. Azizi
13. Erman
14. Leman
15. Jawe
16. Gor
17. Verte


ATURCARA MAJLIS
============================================
Masa Aktiviti
7.00 - 8.30am Berkumpul
8.30 - 9.00am Akad Jual Beli dan taklimat ringkas
9.00 - 11.00am Aktiviti Korban
11.00 - 11.30am Agihan Daging
11.30 - 1.00pm Jamuan Makan
1.00 - 2.00pm Zohor dan Bersurai

PENGUMUMAN KHAS
============================================================
- Program ini akan dibuat atas nama SDARA dan telah mendapat persetujuan dari YDP Sdara.
Semua SDARA dijemut hadir

PENGURUSAN
=============================================================
Pengerusi - Saudara Butet
Naib Pengerusi - Saudara Mushriff
Bendahari - Saudara Nazir
Setiausa - Saudara Yuzairy
AJK (Barangan) - Saudara Iswadi/Bintang

AJK (Lokasi) - Saudara Halim
AJK (Promosi) - Saudara Fazrul

SENARAI PESERTA AQIQAH
=============================================================
1. Yu' yuzairy@gmail.com (Lembu 1)
2. Yu' yuzairy@gmail.com (Lembu 1)
3. Yu' yuzairy@gmail.com (Lembu 1)
4. $uGu$ azizi.zillah@time.net.my (Lembu 1)

SENARAI PESERTA KORBAN
=============================================================
1. Sharul laxsmnv@yahoo.com (Lembu 1)
2. Dr G.I. dr_abang87@yahoo.com.my (Lembu 1)
3. $uGu$ azizi.zillah@time.net.my (Lembu 1)
4. Mushriff blackcaps777@gmail.com (Lembu 2)
5. Syed Faizal faizalsobri@gmail.com (Lembu 2)
6. Erman Hassali ermanhassalli@gmail.com (Lembu 2)
7. Hafiz Shaari hafizshaari@yahoo.com (Lembu 2)
8. Butet kurt_six6@yahoo.com (Lembu 2)
9. Achem ibrahim.mohammadshafiq@gmail.com (Lembu 2)
10. Kamal sirkamal@gmail.com (Lembu 2)

SUMBANGAN KEWANGAN 
=============================================================
1. Khemah, bahan masakan dll - Penderma Misteri
2. Prakash from London, UK
3. Qod
4. Bajang
5. Ceprz



Majlis Perkahwinan anak-anak SDARA

Perkahwinan anak Abd Halim Suja' (71 -76)
Ahad 26 Dis 2010
image/P3260001aa.jpg
image/P3260008aa.jpg image/P3260009aa.jpg

Foto seterusnya lihat di dknphoto.com   



Perkahwinan anak Zuber Zain (69 -76)
Sabtu 18 Dis 2010
image/P3180002a.JPG image/P3180004.JPG
image/P3180012.JPG image/P3180016.JPG
image/P3180019.JPG image/P3180020.JPG

Foto seterusnya lihat di dknphoto.com  


RENUNGAN


Awasi Islamic Fashion Show

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

islamic_fashion_2 

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

 

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

 

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat  penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.

Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel  di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Oktober 2010
image/shadow.gif



DOA  PAGI

Bismi kallah hu mala da'u,
Fi ghu dhu wiw warowa,
Laa kaa min na kul lu khambin,
Fi ma sa iw wa sobaaa,
Habla na ming ka roshada,
Wah di na subu la sola,
In na taqwallahi nurun,
Wa thariq kul lil fa lakh
Dengan nama Mu ya Allah kami meminta,
Pada waktu pagi dan petang,
BagiMu segala pujian,
Pada waktu pagi dan petang,
Kurniakan kepada kami dari sisiMu petunjuk,
Tunjukkan kami jalan kepada kebaikan,
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah,
Cahaya dan jalan kejayaan
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE  image/jerry.gif




Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan gagal Ujian SPM  ini.
(Sumbangan Mohd Ali Che Din)

MATAPELAJARAN SEJARAH:


1. Siapakah yang membuka Negeri Melaka? 
a. Param 
b. Parameswari 
c. Paramugari Terlampau 
d. Parameswara 
e. Parang Kontot 

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia? 
a. Kapten Hook 
b. Kapten Crook 
c. Kapten Cook 
d. Kapten Cool 
e. Kapten Boleh 

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak? 
a. Brooke Shields 
b. James Beruk 
c. James Bond 
d. Sapok Biki 
e. James Brooke 

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang? 
a. Torch Light 
b. Traffic Light 
c. Francisca Peters 
d. Light and Easy 
e. Francis Light 

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang? 
a. Tuk Janggut 
b. Tuk Misai 
c. Tuk Sideburn 
d. Tuk Misai A Galak 
e. Tuk Bulu Hidung 

6. Pahlawan Melayu di Pahang? 
a. Mat Kilau 
b. Mat Silau 
c. M Daud Kilau 
d. Mat Sentul 
e. Mat Rempit 

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela? 
a. Jawa Jerongos 
b. J.W.W Birch 
c. Jay Jay 
d. J.W.Marriot 
e. Jawa Rangers 

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis? 
a. Ayam Belanda 
b. Bela Anda 
c. Blender 
d. Belanda 
e. Blunder 

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Melaka? 
a. 7 dulang hati nyamuk 
b. 7 dulang tongkeng ayam 
c. 7 dulang tahi hidung 
d. 7 dulang tahi lalat 
e. 7 dulang gigi arnab 

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah? 
a. Tun Mahathir 
b. Tan Tin Tun 
c. Tun Tak Tahu Eja 
d. Tun Teja 
e. Arnold Susahanakeja 

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka? 
a. Puteri Hang Li Po 
b. Puteri Kepala Hotak Hang! 
c. Puteri Opah Hang! 
d. Puteri Hang Go Poh 
e. Puteri Hang Cing 

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura? 
a. Ikan Bilis 
b. Ikan Masin 
c. Ikan Kembung Masak Asam 
d. Ikan kekek mak iloi-iloi 
e. Ikan Todak 

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya? 
a. CIMB Bank 
b. Chin Peng 
c. Soh Chin Aun 
d. Chim Pan Zee 
e. Chin Chau

.
.
.
.
.

MAAF... ANDA GAGAL DISEBABKAN ANDA SENYUM SEMASA MENJAWAB...

Go  To The Top 

BERITA  SDAR
  
Keputusan PMR SDAR

Thu 23 Dec.  Di beritakan SDAR mendapat 77% apabila 83 daripada 107 pelajarnya mendapat straight A's, merosot dari tahun lepas. Bagaimanapun keseluruhannya, SDAR tempat kedua di belakang TKC bagi sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.





SDAR vs King's College

Wed 15 Dec.  Pasukan ragbi SDAR telah mengalahkan pasukan ragbi King`s College dengan skor 17~12 di Bangkok. Ini adalah kali pertama SDAR mengalahkan KC dibumi KC. Tq to all SDAR coaches n Sdara yang telah menyumbang kepada kejayaan pasukan ragbi SDAR.

Congratulation SDAR




Go  To The Top
BERITA SDARA

Sdara Abdul Samad Hamzah 7277
Bernikah kali kedua

PENGANTIN : Abdul Samad Hamzah dengan Hasnah bt Saini
TARIKH : Sabtu 25 Dis 2010
TEMPAT :  Mesjid As Salam, Pucong Perdana
ATURCARA :  10.30 pagi - Nikah,  12tgh - 5 ptg - Jamuan

image/P3250108.JPG image/P3250129.JPG
image/P3250161.JPG image/P3250192.JPG

Foto seterusnya lihat di dknphoto.com  



Sdara dalam kenangan


انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Sdr Md Fuat Ahmad (69-76) telah kembali ke rahmatulLah apabila beliau mati tersepit dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh-Yong peng pada Khamis 9 Dis 2010 jam 10pagi.

Jenazah beliau di bawa balik dan di semadikan di Kelana Jaya.

Berita sepenuhnya di sini



 Comment from sdara:

 Mohd Noor Yahya wrote:
"Very sad. We were just talking about old times during the recent Sdara dinner on 4th Dec.
It's as if he came to the dinner to meet and say goodbye to all his  friends. One of the finest tennis players SDAR has ever produced.  Al fatihah"






The accident was in the newspaper
news 

Click to enlarge



Ahli Keluarga Sdara yang kembali ke rahmatulLah

Sun, 19 Dec
Sdr Ibrahim Moideen, Naib YDP SDARA  telah kehilangan isteri tercinta apabila isteri beliau kembali ke rahmatulLah jam 10malam di rumah beliau di Rembau. Jenazah akan di kebumikan di Kg Ampangan Batu, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan jam 10pagi, Isnin.
Thu, Dec 16, 2010 
Saya dpt info bahawa anak kepada  Aziz Awangtelah selamat kembali ke rahmatullah around jam 5:30 pm yg lalu. Jenazah akan di semadi di Cheras malam ni juga No. 3, Jln. Permata Kuning Tmn. Cheras Permata.

I was told by my cousin that his son is suffering from ? brain tumor.

In case anyone nak give Aziz Awang a call his h/p 019-2202937

Arief 87-91
Mon 6 Dis 2010
Salam, Prof Hussein Habil , Sdara, psychiatrist at UM, lost his wife today. Funeral is at 2pm in USJ 21. 
Tue 23 Nov 2010
Anakanda kepada Sdara Mohd Nasir Nordin @ Che Din 72-77, Mohd Hakim Bin Mohd Nasir yang bakal menduduki peperiksaan SPM telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
Jenazah akan di kebumikan 11 pagi besok di Kg Belukar, Changlun

Sun 21 Nov 2010
Mohd Nizam Jaafar 7277 telah kehilangan ibu tersayang apabila beliau telah kembali ke Rahmatullah pada usia 77 tahun kerana sakit tua

Mon 15 Nov 2010, 10:36AM
Bapa Saufee Othman @ Malakut 80-84 baru meninggal dunia setengah jam tadi akibat lelah. Mohon sesiapa yang sempat sila ziarah di Paya RUmput Melaka.

Tue 2 Nov 2010
Cikgu Dato Nordin Awal meninggal dunia kerana barah usus di KPJ Seremban. Jenazah selamat di kebumikan di Rembau, Negeri Sembilan

Fri 29 Okt 2010,
Msg dari Sulaiman Mohamad aka Leman Amoi 73-78 (abang Helmi Mohd 70-75) (sdg bersiap ke Mekah ari ini),
My beloved mother kembali ke rahmatulLah 6.10pg tadi.
Tolong doakan yang terbaik



AMAZING PHOTO

Flowers












SPORT NEWS

SDAR LIONS RUGBY CLUB

Final Piala Bentara : SLRC tewaskan X-SSAAS



11 Dis, PJ
- SDAR Lions Rugby Club (SLRC) telah muncul Johan Ragbi Piala Bentara Liga Alumni 2010 setelah menundukkan lawan mereka X-SSAAS yang mewakili Alumni SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam dengan skor 29-27.

SLRC tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila mendapat try pertama menerusi Bob hasil asakan oleh barisan forward yang conversion kemudiannya disempurnakan oleh Muhsin.

Selang beberapa minit, X-SSAAS menyamakan kedudukan dengan mendapatkan mendapat satu gol untuk kedudukan 7-7. SLRC terus menerus melakukan asakan dengan forward yang diketuai oleh Pakho dan juga Duen yang bertindak selaku kapten berjaya mendapat try kedua juga menerusi Bob. Conversion disempurnakan oleh Muhsin.

Ketika dilihat SLRC lebih menguasai permainan, Abu tiba-tiba dilayangkan kad kuning dan menerima hukuman Sin Bin kerana didakwa memijak pihak lawan. Kesempatan itu terus diambil oleh pemain X-SSAAS untuk merapatkan jurang. Keputusan separuh masa SLRC mendahului permainan dengan skor 14-12.

Separuh masa kedua melihatkan rombakan dilakukan terutama di bahagian forward dengan memasukkan Ayis dan juga Pin. Begitu juga Ajoi dimasukkan bagi menggantikan Fungker di bahagian flyhalf.

Hasilnya, gandingan Kumal dan Ijat ternyata membuahkan hasil apabila Ijat berjaya memperolehi try ketiga untuk menjarakkan kedudukan.

Tidak berapa lama selepas itu, X-SSAAS ternyata tidak mahu terus mengalah malah terus-menerus menggandakan asakan ke kubu SLRC untuk merapatkan kedudukan. Malah X-SSAAS berada di hadapan apabila mereka berjaya menyempurnakan penalti.

Ketika dilihat perlawanan akan berpihak kepada X-SSAAS, SLRC mendapat penalty dan Muhsin dengan jayanya mendapatkan 3 mata untuk SLRC menamatkan perlawanan dengan skor 29-27.

Pertemuan kedua-dua buah pasukan sebelum ini di play-off melihatkan X-SSAAS menewaskan SLRC dgn skor 30-8 pada bulan November.

Ini adalah kejuaraan kedua SLRC dalam bahagian Piala Bentara tahun 2010 setelah sebelum ini muncul juara Piala Bentara Kejohanan Alumni Kebangsaan mewakili Negeri Sembilan menewaskan wakil Melaka iaitu KYSER.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang terlibat dan juga para penyumbang serta para penyokong.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride & passion"

Players:
Tawau, Taufiq, Bob, Abu, Amat, Pakho, Badak, Sham, DUEN, Fungker, Kumal, Ijat, Shah, Tam, Muhsin, Pin, Ayis, Ajoi, Mags, Kumon, Azfa, Hell, Fikri, KA, Azrenn, Iks, Bogard, Gori.



KELAB GOLF SDARA
DEC MONTHLY MEDAL 

Sdara%20Monthly%20Golf/06.jpg

1. Attendants
 -  33 paxs out of 40 registered

2. Venue   - Nilai Spring Golf Country Resort

3. Date  -  14th Dec, 2010

4. Result

    Champion  -  Husin Hasan C72 - 37 points -hcap 16

    Runners-up  -  Kamarunzaman Ibrahim C76 - 36 point-hcap 15
     
    Followed by:
    Fatah Sanusi C71
    Fauzi Othman  C89
    Shanaz Adnan C92
    Yusof Razak C71
    Masood Jabar C'73

Notable absentees - Zaihan Samad '80, Wan Ismail '73, Ruslan Rahman 76 ...!!

Photo:
FB Husin Ibrahim   http://www.facebook.com/#!/album.php?id=100001041153623&aid=30340
FB Dato Ir Manaf   http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000977168011&sk=photos


SDARA Futsal Tournament 2010


Team 826 - 3rd4th Otai Cup

Venue: Centermart Futsal, Setapak
Date: 12 December 2010
Time: 8.30am to 6.00pm

Alhamdulillah, SDARA Futsal 2010 yang dianjurkan oleh batch 960 telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Acara bermula seawal 8.30 pagi untuk pendaftaran. Kick-off bermula jam 9.30 – 30 minit lebih lewat dari yang dijadualkan untuk menunggu wakil – wakil batch untuk pendaftaran, proses undian dan taklimat ringkas mengenai format dan ketetapan perlawanan oleh saudara Muiz Rahim.

 
Jadual perlawanan peringkat kumpulan dilengkapkan setelah semua pasukan mendaftar dan diletakkan di pintu masuk gelanggang masing – masing. Setiap pasukan hanya bermain di satu gelanggang sahaja pada peringkat kumpulan untuk memudahkan pengurus atau wakil pasukan menyemak jadual pertandingan setiap masa. Ini juga membolehkan setiap pasukan dapat memerhatikan prestasi lawan mereka dalam kumpulan itu. 

 
Terdapat beberapa pasukan yang mempunyai mata, perbezaan gol dan jaringan gol yang sama pada peringkat kumpulan. Mengikut format yang digunakan penentuan tendangan penalti dijalankan bagi menentukan pasukan ke peringkat seterusnya.

 
Kami menggunakan khidmat 6 pengadil sepanjang kejohanan (walaupun hanya 4 orang digunakan pada satu – satu masa). Mereka adalah pengadil  professional yang mempunyai pengiktirafan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kami sangat berpuas hati dengan mutu pengadilan mereka sepanjang.

 
Perlawanan peringkat berkumpulan tamat lebih kurang jam 1 petang dan acara ditangguhkan untuk makan tengahari. Acara dimulakan semula jam 215 petang untuk peringkat kalah mati.

 
Ketetapan (fixture) perlawanan untuk peringkat kalah mati telah ditetapkan sejak pendaftaran dan penganjur tidak membuat apa – apa perubahan.

 
Terdapat beberapa kecederaan kecil sepanjang pertandingan akan tetapi kami selaku penganjur terlepas pandang akan kepentingan peti kecemasan. Penganjur juga sepatutnya mempunyai uniform supaya memudahkan peserta – peserta membuat rujukan.

 
Umumnya, pertandingan tahun ini tampak lebih sengit dan pasukan – pasukan yang bertanding mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Tiada pasukan yang gagal tampil pada waktu yang ditetapkan di gelanggang perlawanan sepanjang perlawanan.

 
Berikut ialah keputusan peringkat kalah mati :

CUP OTAI
Q1 - 1996 A vs 1984 (2,1)
Q2 - 1994 A vs 1986 (0,1)
Q3 - 1997 vs 1983 (1,0)
Q4 - 1989 vs 1994 B (4,3)

S1 - 1996 A vs 1986 (1,0)
S2 - 1997 vs 1989 (5,2)

FINAL - 1996 A bt 1997 (4,3)
CUP OPEN
Q1 - 1999 A vs 2002 (3,4)
Q2 - 2001 A vs 2009 (0,3)
Q3 - 2000 A vs 2001 C (2,3)
Q4 - 2000 B vs 2008 A (3,2)

S1 - 2002 vs 2009 (2,1)
S2 - 2001 C vs 2000 B (3,4)

FINAL - 2000 B bt 2002 (3,2)
PLATE OTAI
Q1 - 1991 vs 1984 (2,1)
Q2 - 1996 B vs 1994 A (1,0)
Q3 - 1995 B vs 1983 (3,2)
Q4 - 1993 vs 1994 B (2,3)

S1 - 1984 vs 1996 B (1,5)
S2 - 1995 B vs 1994 B (0,1)

FINAL - 1994 B bt 1996 (4,3)
PLATE OPEN
Q1 - 2003 vs 2001 B (1,0)
Q2 - 2004 A vs 2004 B (1.0)
Q3 - 1998 A vs 2000 C (4,0)
Q4 - 2006 vs 1998 B (2,1)

S1 - 2003 vs 2004 A (5,1)
S2 - 1998 A vs 2006 (5,4)

FINAL - 1998 A bt 2003 (3,0)

Pertandingan tamat lebih kurang jam 4 petang. Acara penyampaian hamper dan medal disempurnakan oleh saudara Iswadi dan acara ditutup dengan nyanyian “Berilmu untuk Berjasa 2” yang penuh bersemangat dengan dipimpin oleh saudara Kamal Rohman yang juga bertindak sebagai MC.

 
Kami ingin merakamkan terima kasih atas penyertaan dan kerjasama semua SDARian. Kami juga menghargai tunjuk ajar dan sokongan moral SDARian – SDARian seperti saudara Iswadi, Mushrif dan Shahrizal Aziz.

 
Sebagai penganjur, kami telah melalui masa yang menyeronokkan sepanjang penganjuran. Diharap SDARian sekalian berpuas hati dengan penganjuran tahun ini dan cacat cela harap dimaafkan.

 
Tradisi baru yang dimulakan oleh batch 926 ini adalah tradisi yang baik dan patut diteruskan dan kami berpendapat idea untuk menganjurkan kejohanan ini secara besar-besaran pasti berjaya dengan penglibatan semua batch.

 

Yang berusaha,

Fahmi Mansor
bagi pihak Mohd Syahmi Joni, Abdul Aziz Lokman dan Muiz Rahim



SDARA IN THE NEWS

Datuk Seri Ahmad Shabery Chik (71 - 76)

KUANTAN, 24 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului senarai 1,211 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang bersempena ulang tahun ke-80 Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Ahad.

Najib dianugerahi Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormat (DK).

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula dikurniai darjah yang pertama kali diperkenalkan pada ulang tahun baginda iaitu darjah Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran "Datuk Seri Diraja".

Sementara itu, 20 orang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Mereka ialah dua adinda Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Datuk Nong Soraya Sultan Abu Bakar dan Tengku Datuk Sulaiman Sultan Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Hakim Mahkamah Rayuan Mahkamah Persekutuan Malaysia Datuk Wira Abu Samah Nordin, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Muhammad Safian Ismail;

Berita%20SDARA/Datuk%20Ahmad%20Shabery%20CHik.jpg

Berita sepenuhnya klik disini

Datuk Azhar Wahab (81 - 82)
dan
Prof Datuk Dr Jamaludin Md Jahi (62 - 67)

datuk azhar
Berita sepenuhnya klik disini


SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog


1 tabta 1
Owner: TABTA I 67 - 74
2 orebule
Owner: Orebule 67 - 72
3 Nadzri Yahya
Owner: Nadzri Yahya 72 - 77
4 Syafiq
Owner: Syafiq
5 Mohd Shah
Owner: Mohd Shah Ibrahim 69 - 74
6 Ahmad Abdul
Owner: Ahmad Abdul 64 - 71
7 Ribut
Owner: Mohd Zailani Atan aka Ribut73 - 77
8 nazir
Owner: Mohammad Nazir
9 Abedib
Owner: Mohd Adib
10 berisman
Owner: Mohd Adib
11 abezi
Owner: Fauzi Shafie
12  abezi
Owner: Fauzi Shafie


13 Md Shah Khalid
Owner: Md Shah Khalid
14 Dr Azahar Idris
Owner: Dr Azahar Idris
15 Maarof kassim
Owner: Maarof Kassim
16 Ghazali
Owner: Ghazali "Bond"
17 Jusni koboi
Owner: Jusni Nasirun


18 Zereas.com
Owner: Azam Raslan
19 pak chin
Owner: Husin Ibrahim
20 mat noe
Owner: Mat Noe Azlan
21 normas yakin
Owner: Normas Yakin


ARTICLES
            
Raudhatus Sakinah presents Maher Zain in “Save the Soul” Showcase

Alhamdulillah saya sekeluarga (8 org) adalah antara mereka2 yang terpilih untuk menghadiri showcase di atas. Kami mulakan perjalanan dari Melaka ke  Shah Alam  dari  jam 3.30 petang.

Kami sampai di MBSA jam 8.05 malam, sempat bertemu dengan Dr. Tengku Asmadi. Sambil memberitahunya yang 3 org anak saya telah mengikuti kursus motivasi beliau, beliau pun cakap… “Wah datang sekapal ni” …. Saya pun cakap, “kalau anak2 dah minat, makbapak pun kena minat sama”.

Di tiket yang  tercatat tempat duduk saya … D21 ..baris ke-4 dari depan dan di bahagian tengah dewan … Alhamdulillah, syok nak buat  photo shoot ! Terimalah sedikit koleksi gambar yang tak seberapa ni ….

 

Pengacara malam itu ialah Farah Adeeba (TV9)  dan Wardina Saffiyyah (TV3).



Antara dialog  yang saya ingat …

Farah Adeeba: “Balik malam nanti, kita ingat apa?”

Audiences: “Maher Zain !”

Farah Adeeba: “Bukan, bukan … kita kena ingat Allah !”

Dalam hati saya, inilah hakikat masyarakat  yang  kita kena tarbiahkan. Saya diberitahu yang Maher Zain pun tak berapa selesa dengan peminat yang terlalu taksub sangat dengan dia…

Antara VIP  yang hadir malam tu ialah YB Datuk Saifuddin Abdullah & isteri, kerabat di Raja Selangor (tak tahu nama dia), Azizah Ariffin (TV3), Ustaz Amaluddin & isteri dan beberapa yang lain. Alhamdulillah mereka semua join dengan audiences, macam biasa.

Persembahan pertama oleh Inteam …Hazamin, Syahril dan Abd Rahim … mempersembahkan dua buah lagu popular mereka iaitu 'Zikrullah' dan 'Setanggi Syurga'.  Alhamdulillah, it was a great  performances by  Inteam. Sempat diingatkan dengan produk Raudhatus Sakinah ..“Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)”. Anak saya bercadang nak mengundang Inteam ke SPBI Selandar tahun depan.





Di ikuti oleh persembahan Aishah … 2 lagu bertajuk 'Mencari Jalan Pulang' dan 'Anak'. Penuh penghayatan dan penuh syahdu … Nampak bergenang airmata Aisyah dalam gambar kedua dibawah.

image/a3.jpg

Aisyah : Alhamdulillah saya berkesempatan membantu Raudhatus Sakinah (RS) berkongsi kemahiran saya menjahit dan menyulam manik kepada anak2 remaja puteri … mereka panggil saya Ibu Aisyah. Saya difahamkan yang RS menerima purata 15 panggilan telefon sehari dari ibu-bapa yang nak menghantar anak2 mereka yang telah terlanjur dan hamil ke RS !!!

15 x 30 hari = 450 permohonan sebulan dari remaja Melayu Islam !!!! Kalau setahun ???

Ayuh kita tak payah nak komen banyak2 … masa untuk berkerja, membantu RS dengan apa skills dan resources yang kita ada … offer cepat2.

Pada saya, memang Inteam dan Aisyah matching sangat bila digandingkan untuk showcase “Save the Soul” ni.

Ni dia barisan  pemuzik-pemuzik tempatan  yang mengiringi Maher Zain … caya lah !



And of course, the back-up singers … saya berkesempatan berkenalan dgn Hj. Kamaluddin pada esok hari di Concorde Hotel (2nd from left, yang pakai selendang tu), dia banyak bantu RS untuk event management .. tabik spring !



Finally ni dia yang ditunggu-tunggu ramai …. Maher Zain !!!!

Sepatutnya dia persembahkan 8 lagu … tapi disebabkan audiences screamed “We want Maher Zain” lepas lagu ke-8, dia pun dgn sporting (atau pun gimik) keluar balik untuk nyanyi lagu “InsyaAllah”. Dimulakan dengan lagu Allah KiyaKaro.  Yang  lainnya ialah YaNabi Salam Alayka,  Always Be There, The Chosen One, Hold My Hand, Open Your Eyes, For The Rest of My Life, Barakallahulakuma, dan InsyaAllah. Paling  saya seronok ialah bila tengok penonton yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat … berkopiah, bertudung, tak bertudung, rambut color, orang tua, remaja, anak2 … hampir semuanya menyanyi termasuklah saya !

image/a6.jpg

image/a7.jpg
image/a8.jpg
image/a9.jpg
image/a10.jpg
image/a11.jpg
image/a12.jpg
image/a13.jpg

Gambar nampak serupa tapi tak sama ye

Ini masa dia keluar balik untuk lagu “InsyaAllah”. Dia pelawa 2 orang kanak2 kepentas. Yang budak lelaki berbaju belang tu jalan kaki naik pentas secara steady. Yang budak perempuan baju merah tu, bapak dia hantar sepantas kilat. Yang badan debab tu datang dari belakang pentas.

image/a14.jpg

image/a15.jpg







Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insya Allah (3x)

Insya Allah you`ll find your way

Insya Allah (3x)

Insya Allah you`ll find your way








Lastly  founder Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMFC), Fairuz Abu di beri kesempatan menyampaikan cenderahati buku kompilasi “Voices of Hearts for Maher Zain”. Kelihatan beliau membacakan beberapa  quotations dari fan club members.

image/a16.jpg

Esoknya, selepas bersarapan di Intekma, saya seorang diri pergi ke Concorde Hotel untuk bertemu best  friend saya (juga my  ex-neighbour), Amir Aznan Razelan (kini menetap di California), yang bertanggung jawab menghubungkan  Awakening  dengan RS. Isteri saya sibuk melayan anak bongsu kami yang sedang demam. Saya pula terlupa bawa camera … dah tua.

Sebenarnya saya dah jumpa Amir pada malam selepas showcase. Tapi tak puas nak berbual lagi dan isteri saya menyuruh saya menyampaikan hadiah buah tangan (antaranya 4 jenis perasa cucur Adabi, dodol didalam kraftangan berkelambu) untuk Nurhanani, isteri Amir. Sempat temankan dia breakfast di coffee house bersama dengan Ridwan Rahim (rakan rapat, my ex-neighbour, juga business partner Amir), Ustaz Hj. Ahmad Dusuki Abd Ranidan parents Amir dari Kuantan (dah lebih 10 tahun tak jumpa). Flight Amir ke US jam 2pm manakala flight Maher Zain ke Brunei pulak jam 11.50am.

Saya diberitahu Amir, suboh pagi tadi dia & Maher solat jamaah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam 

Kemudian saya bertemu dgn Kak Ros (Pengarah RS) dan team RS yang telah berkerja keras (Tahniah & Syabas !), Hj Kamaluddin & team, Hazamin & Syahril Inteam & keluarga, Amy Search & isteri (Amy Search siap peluk Arab lah dengan saya bila Ridwan perkenalkan saya sebagai best friend Amir … ha haha … ) dan beberapa rakan lain.

Maher Zain turun dari bilik agak lewat sebab sibuk mengemas, terlampau banyak souvenirs sampai tak cukup beg ..dengar ceritanya (aik .. macam orang pergi haji aje). Lastly Maher Zain & Waliur Rahman (COO Awakening Records) naik kereta Porsche Cayenne Ridwan bersama-sama Amy Search, untuk ke KLIA. Agaknya Amy Search nak collaborate dgn Maher Zain … Amin.

Kengkawan,

Maher  Zain akan datang ke Malaysia untuk konsert besar bulan Feb 2011. Kalau ada korporat (Honda, Competitive Supreme, Celcom, Skali, UDA, Medijaring, Insitusi Perbankan, Insurans etc, etc … tak kisahlah besar atau kecil) yang sudi nak sponsor Islamic musician ni, sila beritahu saya ye ! Nanti saya link-kan dengan my best friend ni. Mudah-mudahan amal jariah ini diterima Allah swt.

 

Azhar Ismaun
20-10-2010



SDARA MEMBERSHIP FORM



Download the form by right click the mouse at the above form, and choose "Save link as"
 
After you have fill in the form,
 post it together with payment (cheque) to:

 

Sdara Assistant Secretary,
No 5-2, Tkt 2,
Jalan Seri Putra 1/5,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor
Tel: 019-6171374 





huszaini hussin 8993

Mohd Ali Che Din

C N Dumo Consulting Worldwide Sdn Bhd

Your trusted leadership and talent recruitment professionals.

________________________________________________________________

 

About C N Dumo Consulting

 

Since 2003,  we  have assisted corporations in Malaysia in attracting and recruiting world-class talent from CEOs to senior engineers to meet their staffing requirements. Our succes is attributed to our leveraging on proven recruitment methodology, our extensive candidate database and our industry expert consultants.

 

Our Services

 

We provide clients with staffing solutions ranging from a single search for a qualified manager/executive to total outsource search services for hundreds of positions. We also provide contract staffing.

 

Our search consultants are specialists in the following sectors:

 
Fast Moving Consumer Goods (FMCG)
Oils & Gas
Petrochemicals
Financial
Healthcare
Manufacturing
Utilities
IT
Biotechnology

 

Contact Us

C N Dumo Consulting Worldwide Sdn Bhd
40-1, Jln Putra Mahkota 7/6A, Section 7 Putra Heights
47650 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03-5192 2673

 

Handphone: 012-260 1887
( Aminudin Sajadi - Principal Consultant, Sdarian’84 )
E-mail:
aminsajadi8@gmail.com

 


Muhamad Azhan 9296

Mohamad Zin Awang 7075

cheecah

Advertisement/cruise%20tasik.jpg

Advertisement/dutamas.jpg

Advertisement/fazrul.jpg

Advertisement/irwan.jpg

Advertisement/lakaranwarisan.jpg

Advertisement/medijaring.jpg


Advertisement/nazir.jpg

Advertisement/nazrol.jpg

Advertisement/noorhariri.jpg

Advertisement/ridza.jpg


Advertisement/riza.jpg

Advertisement/rozairi.jpg

Advertisement/shaza.jpg


DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail to
knadzar@gmail.com