header
 30 Dec 2008                       To Bring SDARA Closer To Each Other                      Volume 4 Number 2
Bookmark this site!                                                                                                                            Print This Page 
In This Issue:




AJK SDARA 2007-09
YDP Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan YDP  
Naib YDP Ibrahim K Moideen
Setiausaha Lt Kol (B) Dr Abdul Razak Abdullah
Timbalan S/Usaha Mohammad Nazir Md Shah
Bendahari Mohammad Hasni Ibrahim
AJK








Pemeriksa Kira2
Pemeriksa Kira2
Azril Johari Abd Ghani
Haniffia Abd Ghani
Dr Khairun Nadzar
Mahadhir Ayob
Nor Ehsan Jamaan
Ramly Khairuddin
Rizman Ghazali
Ruslan Rahman
Wan Ismail Wan Hassan
Tajon Arus Mat Taib
Mohd Iswadi Ismail

Sdara Newsletter
Editor Md Shah Bachik
Reporter Dr Khairun Nadzar
  Previous Issues
Mac 2008
June 2008
Sep 2008

EDITORIAL MESSAGE

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Walaupun ekonomi global agak lembab, namun bekas pelajar SDAR tetap aktif menganjurkan berbagai-bagai aktiviti sepanjang tahun 2008 ini terutama sekali pada bulan Jun hingga Disember.  Kemudahan ICT yang semakin canggih telah membolehkan aktiviti-aktiviti  ini dilaporkan dari semasa ke semasa oleh ahli-ahli sama ada melalui groupmail ataupun laman blog. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik termasuklah Teh Tarik (TT) yang diadakan setiap bulan oleh kumpulan-kumpulan Chapter SDARA. Manakala  Fivers SDARA 68 Reunion yang diadakan pada 16/11/08 di Sg Ramal, Kajang, Selangor bersempena ulang tahun ke 40 tahun batch tersebut meninggalkan SDAR di Tanjong Malim pula dilaporkan berjalan dengan lancar dengan kehadiran beberapa orang guru.  Selain itu, Majlis Berbuka Puasa , Sambutan Aidil Fitri, Majlis Perkahwinan Anak-Anak SDARA dan tidak lupa juga Majlis Perkahwinan SDARA sendiri juga telah diadakan.  SDARA Dinner yang diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 26/12/08 yang baru lalu merupakan aktiviti kemuncak bagi tahun ini.

Dalam majlis-majlis tersebut ahli-ahli SDARA berkumpul dan berinteraksi menjadikannya lebih meriah dan nostalgik bukan sahaja kepada penganjur tetapi juga kepada setiap ahli.

Apa yang menarik mengenai aktiviti-aktiviti ini ialah kesediaan ahli-ahli sendiri secara sukarela menganjurkannya tanpa perlu mendapat arahan formal daripada AJK SDARA.  Lebih tepat lagi jika dikatakan bahawa kejayaan program-program tersebut sebahagian besarnya adalah disebabkan “inner drive” yang wujud di kalangan kita,  bukan kerana tarikan dalaman atau tolakan luaran (internal pull or external push) yang biasanya menjadi penggerak kepada perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti sosial. Adalah juga diperhatikan bahawa sebahagian daripada aktiviti tersebut adalah merupakan majlis peribadi ahli tetapi disebabkan ia telah melibatkan bilangan ahli SDARA yang ramai berserta keluarga masing-masing maka menjadilah ia seolah-olah majlis SDARA. Amalan baik ini wajarlah diteruskan demi menjamin keberlangsungan persahabatan yang telah sedia terjalin.

Kemelut hartanah SDARA di Bangi yang menjadi isu sejak akhir-akhir ini telah menampakkan halatuju  penyelesaian sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agong SDARA pada 8/11/08 yang lalu.  Semoga penyelasaian isu tersebut akan membantu mengurangkan liabiliti SDARA di samping mengukuhkan kedudukan kewangan SDARA pada masa akan datang.

Groupmail SDARA yang diusahakan sejak beberapa  tahun yang lepas telah bertambah aktif sejak akhir-akhir ini. Bahawa manfaat daripada groupmail ini sangat banyak tidak boleh dinafikan.  Menerusi groupmail ini  pelbagai isu telah dibincangkan samada ada yang bersifat santai mahupun yang serius.  Berita kejayaan dan musibah di kalangan ahli-ahli dan keluarga dapat dikongsi bersama. Usaha ini nampaknya sedikit sebanyak telah berjaya mendekatkan jurang psikologi di kalangan ahli–ahli SDARA.

Tahun 2008 juga telah mencatatkan kejayaan SDARA menerbitkan buku Lakaran Warisan iaitu sebuah buku yang mendokumenkan suka duka pelajar-pelajar SDAR sejak penubuhannya setengah abad yang lalu.  Buku ini sebenarnya diterbitkan sempena Perayaan Ulang Tahun SDAR yang ke 50 pada tahun 2007 yang lepas.  Banyak usaha telah dicurahkan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan penerbitan buku tersebut.  Malangnya sehingga kini sebahagian besar buku tersebut masih belum dapat dijual kepada ahli-ahli.  Adalah sangat penting ahli-ahli SDARA sendiri memberi sokongan kepada usaha ini dengan memiliki buku tersebut dengan segera lebih-lebih lagi kerana pengalaman menyediakan buku tersebut menunjukkan bahawa sudah banyak dokumen lama SDAR sepereti majalah SEDAR sudah tiada dalam simpanan mana-mana pihak. Ini telah menyukarkan pihak yang diberi tanggungjawab  mengumpulkan fakta dan maklumat untuk bahan penerbitan buku tersebut. Apabila ramai ahli memiliki dokumen seperti ini maka penerbitan buku yang serupa pada masa akan datang mungkin lebih mudah diusahakan.

Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, ramai juga anak-anak SDARA yang berjaya mendapat gred A dalam kesemua lima mata pelajaran. Bagi mereka yang mendapat tawaran masuk ke SDAR sama ada melalui kuota SDARA ataupun secara terus, kita ucapkan tahniah.  Mudah-mudahan peluang yang diberikan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya. 

Dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008, seramai 110 daripada 144 pelajar SDAR memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.  Berita kejayaan ini kita kongsi bersama.  Tahniah kepada pihak pengurusan SDAR yang telah berusaha menghasilkan kecemerlangan tersebut. 

 

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.


Md Shah Bachik  (62 - 67)



SDARA ACTIVITIES
(1)  SDARA ANNUAL DINNER 2008

http://sdarabisnes.com/sdaradinner2008

The Last activity for the year 2008, SDARA Annual Dinner was held on Friday 26th Dec at the Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Short of targeting 3,000 Sdara to attend the nostalgic return of Band Nada Suara and the Bluesbraker to perform their 60's and 70's antics about 500 to 600 Sdara's and family members and former teachers and headmasters and staff came to enjoy the dinner and the performances including the D'RAMD band.

Starting  late around 8.45pm however the whole event went on smoothly as schedule and finished around 12.15 am.

07.30 - 08.30 pm
08.30 - 08.35 pm
08.35 - 08.40 pm
08.40 - 08.45 pm
08.45 - 08.57 pm
Arrival of Guests
Recital of Doa  
Speech by Pengerusi Majlis Makan Malam SDARA 2008
Singing School Song
Speech by YDP SDARA
08.57 - 09.00 pm Doa makan + Dinner + Entertainment
09.45 - 09.55 pm
09.55 - 10.00 pm
10.00 - 10.15 pm
10.15 - 10.30 pm
10.30 - 10.45 pm
10.45 - 11.00 pm
11.00 - 11.40 pm
11.40 - 11.55 pm
11.55 - 12.15 am 
Slide Show
Donation presentation to SDAR
Performance by Nada Suara  * (Tanjung Malim)
Lucky Draw 1
Performance by Bluesbreakers # (Seremban)
Speech by Pengetua SDAR (Representative)
Show by Nada Suara & Bluesbreakers (Tg Malim, Seremban)
Lucky Draw 2
Free activity


The photos can be viewed at
http://dknphoto.com by dkn;
http://www.flickr.com/photos/ribut by Mohd Zailani aka Ribut;
http://community.webshots.com/album/569375026idZaTM by Yahya Pakih
http://www.flickr.com/photos/adib/3142805748/ by Abedib

Announcing that  SDARA Annual Dinner 2009,  batch 72 - 77 will be entrusted to be the organizer, YDP SDARA has started the precedence that our Annual Dinner will be organise by subsequent batches from now on. Annual Dinner 2008 by batch 71-76; Annual Dinner 2009 by batch 72 - 77; Annual Dinner 2010 by batch 73 - 78; and so on so forth.
 
InsyaAllah next Year ,SDARA Annual Dinner 2009 will be held at the same venue and similar date 26 Dec 2009.

By this early announcement, hopefully many Sdara will be able to attend it by booking the date for the Annual Dinner and to plan your oversea or local holiday with your family members NOT on 26 Dec 2009. Also you can start saving money RM1 a day from 1st Jan 2009 and by 30 Nov you will have RM334 enough for 6 family members (if RM50/pax remain). 

(2)  SDARA 63 - 68 REUNION

Seramai 17 orang “Fivers SDAR 68“ disertai isteri2 dan anak2 dan 2 orang bekas guru telah hadir di Majlis Reunion Tahunan ke 2 yang diadakan pada Ahad 16 Nov 2008 di Nim`s Little Island Cafe, Sg Ramal Dalam, Kajang. Reunion yang sepatutnya diadakan pada 26.10.2008 di d`Village Resort Air Keroh Melaka tertangguh atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan. 


Mereka yang hadir :-

 
1. Cikgu Dato Abd Razak Ator selaku Penaung Alumni Fivers 68

2. Cikgu Mr Leonard Wee - bekas guru PE/sukan SDAR tahun 60an

3. Muhammad Abdullah A - Pengerusi Alumni Fivers 68

4. Mohamad bin Deris - Setiausaha Alumni Fivers 68

5. Dr Hj Wan Ali Wan Mamat - Bendahari Alumni Fivers 68

6. Hj Muhamad Abdullah B - AJK selaku MC

7. Hj Mohamad Hamzah - AJK

8. Prof Dato Dr Jamil bin Othman

9. Dato Muhyiddin Yusof

10. Kol (B) Abdul Razak Abdullah

11. Mej(B) Hj Muhamad bin Musa

12. Mej (B) Hj Mokhtar bin Hj Mohd Arif

13. Cikgu Hj Sulaiman Ahiya

14. Zawawi bin Endok

15.Rabiey Besah

16.Cikgu Shariffudin Sumbo

17. Hj Md Yazid bin Ibrahim

18. YB Dr Mohamad bin Taslim

19. Masiran Poncho

 

Isteri2 :-

1. Cikgu Kamariah isteri Dr Hj Wan Ali

2. Cikgu Salbiah isteri Hj Sulaiman Ahiya

3. Isteri Kol Razak dan anak

4. Isteri Cikgu Sharifuddin dan anak

5. Anak2 Md Yazid Ibrahim

6. Anak Mej (B) Hj Mokhtar Arif

7. Isteri YB Dr Mohamad bin Taslim

 

Rakan2 Fivers yang turut hadhir:

1. Saudara Ibrahim K Moideen

2. Saudara Ramly Khairuddin

3. Saudara Nik Khairuddin

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dibuat di rumah Sdara Saifudin Mungit (72-77), tuanpunya Nim’s Little Island Café (NILC), dipimpin oleh Tn Hj Mohamad Deris untuk arwah rakan2 - Allahyarham A Aziz Sulaiman (Aziz Bai), Mokhtar Ujang,Sulaiman Juraimi, Mohamad Bedolib dan Ramli Abdullah. Juga untuk arwah Cikgu Amat Miun, Cikgu Mansor Gaban, Allahyarham Ustaz Tajuddin, Pakcik Buyong, dan Allahyarhamah ibu mentua saudara Muhd Abdullah A.

 

Hadiran kemudian berkumpul di NILC dan majlis bermula dengan jamuan makan pada jam 2 petang yang di dahului dengan bacaan doa selamat oleh Hj Muhamad Abdullah B. Setelah kenyang dan sambil terus menjamu selera, hadirin kemudiannya mendengar sepatah dua kata daripada cikgu Dato Abd Razak Ator dan cikgu Mr Leonard Wee yang mengimbau kembali zaman persekolahan lebih 40 tahun lalu, dan menekankan betapa pentingnya diadakan reunion untuk merapatkan hubungan silaturahim.

 

Fivers 68 telah berjaya melahirkan jaguh2 yang mengharumkan nama SDAR melalui sukan. Mereka-mereka adalah:

1)      Abdul Aziz bin Sulaiman (Aziz Bai) pelari jarak dekat 100 meter johan Majlis Sukan Sekolah Perak 11.3 saat,

2)      Mohd Yusof Mohamad, pelari 400 meter Juara Sekolah2 Perak dan Juara Sekolah2 Malaysia (MSSM)

3)      Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun, Naib Juara Sekolah2 Perak (MSSPk)

4)      Pasukan Hoki, semifinalist Majlis Sukan Sekolah2 Perak

5)      Pasukan Belari Berganti2 4x100m (Abd Aziz Bai, Husin Rahman (4th Former), Abdullah Ismail & Yusof Mohd) Juara MSSPk

6)      Pasukan Belari Berganti2 4x200m – Juara jemputan inter relay Maktab Perguruan di Sultan Idris Training College

7)      Pasukan Belari Berganti2 4x400m (Abd Aziz Bai, Abdullah Ismail, Yusof Mohd & Mohamad Musa) – quartet terbaik Sekolah2 Perak

 

Pioneer Form Sixth Arts SDAR adalah terdiri daripada Fivers 68 termasuklah Dato Muhyiddin dan Yang Arif Dato Suriyadi Halim Omar.

 

Majlis kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada kedua2 cikgu yang hadhir, di ikuti dengan pemberian peribadi cenderahati Prof Dato Dr Jamil bin Othman kepada  kedua2 cikgu.

 

Kemuncak reunion adalah penayangan video oleh Sdara Rabiey Besah mengenai SDAR  Tg Malim keadaan dulu dan kini dengan lagu2 latar tahun 60an saperti The Young One`s nyanyian Cliff Richard, diikuti lagu2 Herman Hermits, The Beatles, House of The Rising Sun nyanyian The Animals, To Sir With Love nyanyian Lulu dan banyak lagi yang betul2 menyentuh perasaan dan kami berasa seolah2 berada di SDAR pada tahun 60an dulu. Cikgu Dato A Razak dan Mr Leonard Wee begitu tertarik dengan persembahan video tersebut.

 

Majlis berakhir lebih kurang jam 3.45ptg dengan penyampaian hadiah oleh cikgu Mr Leonard Wee kepada semua Fivers 68 yang hadhir.   

 

 Gambar-gambar boleh di lihat di   http://dknphoto.com
 

Muhammad Abdullah A

Pengerusi Alumni Fivers 68

(3)  SDARA 30th AGM 2008



Sdara 30th Annual General Meeting was held on Saturday, 8th Nov 2008 at Palm Garden IOI Resort, Putrajaya.

Sdara Secretary has reserved 150 seats for the AGM but only 48 Sdara turn up.  That’s the pathetic scenario of our members where AGM is concerned.

 

The only time Sdara came in a drove was during SDARA DINNER – 1000 plus came during 2006 dinner at the Taman Warisan Putrajaya. If only the same number of Sdara came yesterday . . . ???

 

The meeting started around 2.55pm chaired by Naib YDP Sdara Ibrahim Moideen initially, as YDP has not arrived yet due to other commitment.

 

The meeting went through the normal agenda smoothly. After one agenda to another agenda and after a few corrections here and there we came to the most important agenda of the day that is “Sdara Bangi Land”

 
 

SDARA Secretary reminded us that the issue has been unsettled for too long thus it must be resolved in this AGM. Naib YDP who knows the history from beginning then presented the brief history of SDARA Bangi Land after which members are allowed to discuss on the issue.

 

One after another Sdara praised Sdara Datuk Zaini Amran for his contribution to Sdara. Dato Abd Halim Sulaiman who was involved in the planning of “Sdara Square” project also spoke in favour of selling of the land as he said the economic situation now is not favorable for development.

 

Sdara Nazarry asked for a “fair deal” for Sdara by suggesting a proper valuation of the land be made and then deduct the amount owe by Sdara Holdings to Deras Bintang, will the balance be RM1.5M?  YDP reply, proper valuation need money and Sdara don’t have money. However rough estimation for land value is about RM45 – 60 psf.

 

Sdara Kamal Golok also asked for proper valuation be made and presented before any decision made, however YDP said decision must be made today as we might lose the land because Sdara Holdings  has not paid the “cukai tanah” for several years and now the PKNS management has changed. He also reminded us that “Beggars can't be choosers” 

 

Datuk Zaini was given the opportunity to tell members what he wanted to do with the land. Since the property market is not favorable at the moment, he said he wanted to keep the land and did not elaborate his future planning.

 

Voting was by show of hand – 48 voted YES, 1 against and 2 abstain. Thus, officially members present at SDARA 30th AGM have accepted Deras Bintang Sdn Bhd offer of buying the SDARA Holdings Sdn Bhd land at RM1.5M cash to be paid within 30 days.

 

Datuk Salleh suggested that the money should be used to buy shoplot or land ONLY and not be used for other purpose. Members then agreed to allow SDARA AJK to find the suitable property and to let members know before buying.

 

Meeting adjourned around 5pm and members were served with high tea at the coffee house.



The photos can be view at   http://dknphoto.com





(4) SDARA Raya Gathering


As usually done every year, YDP Sdara Datuk Dr Abdul Latiff, held a Raya open house at his official residense at Putrajaya on Thursday 23rd Oct 2008, from 4pm to 10pm. 


The photos can be view at  http://www.flickr.com/photos/79738423@N00/?saved=1


(5)  SDARA Melaka Raya Gathering

Kepada semua SDARA khususnya kepada mereka yang hadhir, Bagi pihak AJK Sdara Melaka termasuk tuan rumah Haji Ismail Latif, kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kehadhiran tuan-tuan puan puan ke majlis Hari Raya Aidil Fitri, Sdara Melaka Chapter yang terlah diadakan di rumah Haji Ismail Latiff, di Serkam Pantai, Melaka pada Sabtu 18th Okt 2008 bersamaan 19 Syawal 1429H lalu.

Kami  terhutang budi kepada SDARA yang datang dari jauh, dari Johor Bahru, Pagoh, Muar, Kajang, Kuala Lumpur yang telah bersusah payah hadhir. Ramai yang sampai selepas acara Tahlil diadakan. Majlis tahlil telah di bimbing oleh sdr Hj. Mohd. Noh Mohamed (63/68).

Jumlah yang hadhir SDARA + isteri and anak-anak lebih kurang 53 orang. Fasal apa saya kata lebih kurang, sebab ada yang hadhir beberapa minit sahaja. Selepas tahlil, makan dan terus berangkat ke majlis yang lain pula.

Senarai penuh seperti berikut. (dalam bracket ialah termasuk isteri dan anak-anak)

1. Haji Jalil Morah + 1
2.  Rosman M. Said + 1 + 2
3.  Syed Nazim Muhammad
4.  Mohd. Fuzi bin M Hassan + 1 + 1
5.  Ghazali Hj Othman
6.  Wan Norhisham bin A Rashid
7.  Mohd. Noh bin Mohamed
8.  Badrol Hisham Idris
9.  Radzran Musa
10.  Hj Hashim Kassim
11.  Nor Hisham Khamis
12.  Hj Yahya Pakih + 1
13.  A. Wahab Rani
14.  Hj. Atzudin Hassan + anak 4
15.  Hj Ninggal Hashim
16.  M. Hisham Tambi Ahmad
17.  Ali Aman + 1 + 3
18.  Mohd. Nor Yahya
19.  Mohammad Abdullah (A)
20.  Akashah Mujizat
21.  DKN
22.  Basir Muharram
23.  Helmi Muhammad
24.  Khairi Anuar Ahmad
25.  A. Rani Ismail + 1 + 1
26.  Azhar Ismaun
27.  Hj. Yaacob Shariff
28.  Zaidi Yusoff
29.  Hj. Ahmad bin Hj. Ali + anak 1
30.  Hj. Ismail Latiff + 1 + 3
31.  Hj. Muhamad bin Hj. Abdullah (B)
Yang tidak dapat hadhir dengan maaf adalah

1.  Haji Azhar Wahab
2.  M. Hasni Ibrahim
3.  Samuel
4.  Dr. Latiff
5.  Hj. Rezo
6.  Hj. Halim Sohot
7.  Hj. Borhan Bulat
8.  Badiozaman OI
9.  Othman Baba
10.  M. Fauzi Othman
11.  Dr. M. Pauzy
12.  Ezwan Bastamin
13.  Badlishah
14.  Haji Adib
15.  Anuar Yatim
16.  Ibrahim Moideen
17.  Musa Ahmad
18.  M. Shah Bachik
19.  Ibrahim Kassim - he is really uzur
20.  Hj. Karim Wahab
21.  Zairi
22.  Malakut

Gambar-gambarnya boleh di lihat di  http://dknphoto.com

Walaubagimana pun, Sdr A Rahman Meran telah di denda tolak 10 points, sebab dia sudah berjanji dan confirm datang dengan Rosman dan saya, telah mungkir janji... katanya sebab last minute.

Seorang lagi sdr Yusof Adam

Sekian.


Wassalam
Madolah (B)


RENUNGAN

Terjemahan bacaan dalam Solat

Takbir Ratul Ihram

Allah Maha Besar

Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika tahiyat awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika tahiyat akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



      
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE 

THE ORIGINAL QUOTE
If you love someone,
Set her free...
If she comes back, she's yours,
If she doesn't, she never was.....


THE NEW VERSIONS R.....

Pessimist:
If you love someone,
Set her free ...
If she ever comes back, she's yours,
If she doesn't, as expected, she never was

Optimist:
If you love someone,
Set her free ...
Don't worry, she will come back.

Suspicious:
If you love someone,
Set her free ...
If she ever comes back, ask her why.

Impatient:
If you love someone,
Set her free ...
If she doesn't come back within some time forget her.

Patient:
If you love someone, Set her free ...
If she doesn't come back,
continue to wait until she comes back ...

Playful:
If you love someone,
Set her free ...
If she comes back, and if you love her still,
set her free again, repeat ....

C++ Programmer:
if(you-love( m_she))
m_she.free()
if(m_she == NULL)
m_she = new CShe;

Animal-Rights Activist:
If you love someone,
Set her free,
In fact, all living creatures deserve to be free!!

Lawyers:
If you love someone,
Set her free,
Clause 1a of Paragraph 13a-1 in the Second
Amendment of the Matrimonial Freedom

Biologist :
If you love someone,
Set her free,
She'll evolve.

Statisticians :
If you love someone,
Set her free,
If she loves you, the probability of her coming
back is high
If she doesn't, your relation was improbable
anyway.

Schwarzenegger' s fans:
If you love someone,
Set her free,
SHE'LL BE BACK!

Ove
r possessive person :
If you love someone
don't set her free.

MBA :
If you love someone set her free instantaneously
and look for others simultaneously

Psychologist :
If you love someone
set her free
If she comes back her super ego is dominant
If she doesn't come back her id is supreme
If she doesn't go, she must be crazy.

Somnabulist :
If you love someone
set her free
If she comes back it's a nightmare
If she doesn't, you must be dreaming.

ERP functional expert :
If you love someone
set her free
If she comes back, map her into your system
If she doesn't, carry out a gap-fit analysis

Finance expert :
If you love someone
set her free
If she comes back, its time to look for fresh loans
If she doesn't, write her off as an asset gone bad.

Marketing Specialist :
If you love someone
set her free
If she comes back she has brand loyalty
If she doesn't, reposition the brand in new market





MONKEY IN THE PLANE

 

Once in Brazil a plane crashed, only a monkey who was traveling in the plane was left alive.

Fortunately the monkey was intelligent enough to understand our language and reply in actions.

The officials went to see the monkey in the hospital and had a talk with the monkey.

Officer: 'When the plane took off what were the travelers doing?'
Monkey: 'Tying their belts'

Officer: 'What were the air hostesses doing?'
Monkey: 'Saying Hello! Good morning!'

Officer: 'What were the pilots doing?'
Monkey: 'Checking the system'

Officer: 'What were you doing?'
Monkey: 'Looking for my people'

Officer: 'After 10' minutes what were the travelers doing?'
Monkey: 'Having beverages and snacks'

Officer: 'What were the air hostesses doing?'
Monkey: 'Serving the travelers'

Officer: 'What were the Pilots doing?'
Monkey: 'Handling the steering'

Officer: 'What were you doing?'
Monkey: 'Eating & throwing'

Officer: 'After 30 minutes what were the travelers doing?'
Monkey: 'Some were sleeping and some were reading'

Officer: 'What were the air hostesses doing?'
Monkey: 'Make up'

Officer: 'What were the pilots doing?'
Monkey: 'Handling the steering'

Officer: 'What were you doing?'
Monkey: 'Nothing'

Officer: 'Just before plane crash what were the travelers doing?'
Monkey: 'All were sleeping'

Officer: 'What were the pilots doing?'
Monkey: 'Handling the air hostess'

Officer: What were you doing?
Monkey: Handling the steering!!!!!

No more Questions!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Go  To The Top 

KENANGAN SDARA
  
Terkenang Zaman Dolu2 Bila Solo dan Bersama
. . . oleh Che Alang Idin Mohamed Wyme 70 - 75 
baby alang
Alang Idin semasa baby (solo)
Form Five VG
Form Five Von Guericke
Back (L-R): Azhar Asmuni, Abd Rahman Sharif, Syed Suhaimi (passed away), Wan A Nasir (passed away), Shamsudin (passed away), Azman Md Zain (passed away)
Front (L-R): Khairy Ishank, Hamdan, Alang Idin, Mohd Khairi, Manap Hasan (passed away)
Rugby Squad
1975 - Rugby Bawah 20 Tahun Team 'A' (Alang Idin - belakang dua dari kanan)
BERITA SDARA

Senarai Sdara yang bergelar Dato' / Datuk
Bil. Gelaran Nama Batch  
Brig Jen (B) Datuk Abd Rani Ismail 64 - 70  Ketua Probos Marsyal Tentera Darat, Dianugerahi Datuk Setia Diraja Kedah (DSSK) oleh Sultan Kedah pada hari Ahad, 21 Januari 2007.
Datuk Abdul Ghani Che Man 62 - 68 Pegawai Polis
Datuk Abdul Ghani Sulaiman 57 - 62 Bekas Setiausaha Negeri Pahang
Datuk Abdul Halim Abdul Hamid   Dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) oleh Sultan Pahang pada 24 Okotber 2007
Dato' Abdul Halim b Sulaiman 72 - 77  
Datuk Dr. Abdul Latiff 71 - 78 Dianugerahi TYT Yang di Pertua Negeri Melaka
Datuk Abdul Rahim Uda 66 - 73 Hakim, Perak
Datuk Abdul Rahman Dalip 64 - 65 Melaka
Brig. Jen (B)Dato Abdul Rahman Jabir 62 - 67  
10  Dato Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah 1975-76 Form Six Consultant Traumatologist HKL. Dianugerahkan oleh Sultan Pahang, Jumaat, 24 September 2003
11  Dato Abu Ishak Hj Ahmad 57 - 62 013 935 0263
12  Dato Adi Taha 1969-70 Form Six Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti
13  Dato Ahmad Faiz Abdul Hamid 61 - 64  
14  Datuk Ahmad Maarof 66 - 73 Hakim
15  Dato' Ahmad Shabery Cheek  71 - 76 dianugerahi Dato' Paduka Mahkota Trengganu (DPMT) pada 20 Julai 2007
16  Datuk Azhar Ismail 66 - 70 Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Kota Kinabalu
17 Dato Dr Azhar Md Noh 78 - 82 Pakar Bius, Hospital Ampang Puteri
18  Datuk Baharom Kamari 64 - 65 bekas Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Dianugerahi pingat oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka
19  Datuk Paduka Dahlan Taha 65 - 70 Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) oleh Sultan Kelantan sempena hari keputeraan ke-56 pada 30 Mac 2006
20  Datuk Haji Ahmad Husni Hanazlah 71-72 Upper Six  
21  Datuk Hassan Lah 65 - 72 Hakim (Perlis)
22  Datuk Dr. Hilmi Yahya 66 - 67 bekas TKM Pulau Pinang, SU Parlimen,Kementerian Kewangan
23  Dato' Ibrahim Mohamad 70 - 75 Vice President, MayBank, dianugerahi datuk oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka, pda hari Sabtu, 11 Oktober 2008.
24 Dato Jaafar Abu Hassa 78 - 82 MD, UDA Holdings
25  Datuk Dr. Prof. Jamil Osman 62 - 68 bekas Timbalan Rektor, UIAM
26 Datuk Kaswuri Keman 1969-70 Form Six Pencen ROS
27  Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman 61 - 66 Bekas ADUN Terengganu
28  Datuk Maruan Mohd. Said 69 - 74 CEO Proton Edar. Dianugerahi Panglima Jasa Negara (PJN) oleh SPB YD Agong, 2002
29  Dato Mohamad Mansor Abdullah 63 - 64 Bekas Dekan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTM
30  Dato' Mohamad Zainal Azirun 62 - 67 VP Transmission, TNB
31  Datuk Mohamed Zaini Amran      Pengarah Urusan BumiHiway, Dianugerahi Panglima Jasa Negara (PJN) oleh SPB YD Agong, 2002
32  Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah 67 - 74 Naib Canselor, UPM
33  Datuk Ramli Ali 66 - 73 Hakim, K.T. Anugerah kedua: Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin dari Sultan Terengganu, 20 Julai 2006
34  Datuk Ramli Md. Noor 71 - 76  
35  Dato Dr. Ramli Taib 73 - 77  
36  Dato Saidi Mohamad 60 - 65 (Kuala Terengganu) 09-622 1943
37  Dato Salamon Selamat 62 - 67 ADUN Batu Tiga, Mantan Datuk Bandaraya Shah Alam
38  Dato Salleh Bajuri 64 - 69 Usahawan
39  Dato' Salman Ahmad Upper Six 74 Ambassador to Czech Republic
40  Dato' Shahrazi Shaari   Group MD and CEO of M3nergy Group of Companies (Gelaran diberikan oleh TYT YDP Negeri Melaka, 14 November 2005)
41  Dato Dr. Prof. Sham Sani 57-61  
42  Mej Jeneral Dato' Dr. Shukri Hussin 1975-76 Form Six dianugerahi Dato' oleh DYMM Sultan Kelantan, 1 April 2007. Director of Dentistry Unit of Malaysia Armed Forces
43  Datuk Supardi Md Noor    
44  Dato Suriyadi bin Halim Omar 1967-70 Form Six Hakim, Shah Alam
45  Dato Syed Alwi Nordin 57-62  
46  Dato' Syed Jamal bin Syed Jaafar   Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
47  Datuk Tamrin Abdul Ghafar   1963-66, Form Remove - Form 3
48  Dato' Wan Hisham Wan Salleh 68 - 74 ExCo Terengganu. Dianugerahi Dato' Paduka Mahkota Terengganu pada 20 Julai 2006
49  Datuk Wang Ngah Wan Ali 64 - 69 Ketua Eksekutif Syarikat Air Terengganu  (Satu). Dianugerahi Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Terengganu, pada 20.7.2005 
50  Datuk Wira Abd. Rahman Jamal 60 - 65  
51  Datuk Yasir Juli 57 - 61  
52  Dato Zainuddin Abdul Rahman 1969-70 Form Six Bekas Pengarah Jabatan Koperasi

Sumbangan Yahya Pakih
http://groups.yahoo.com/group/sdara/files/datuk.txt

Sdara Dalam Kenangan

Sdara Dr Mohd Adib b Hj Othman (77 - 81) telah kembali keRahmatulLah pada 9.15 malam Khamis
23 Okt 2008 bersamaan 24 Syawal 1429H setelah mengalami perdarahan dalam otak 2 minggu sebelumnya pada 8 Okt lalu. Beliau meninggalkan seorang isteri & 5 orang anak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh, ameen.

image/DrMohdAdib_a.jpg
Dr Mohd Adib Othman ketika menyampaikan sumbangan untuk band Orkestra SDAR kepada Pengetua SDAR di Majlis Makan Malam Jasamu DiKenang 2006



Sdara Mahadi Ariffin (68 – 73) telah kembali ke RahmatuLlah jam 5.30pg Selasa 18 Nov. Beliau seorang pengusaha Farmasi di Jitra, Kedah. 



Menurut sumber-sumber berita, semasa menuggu masa masuk solat subuh, beliau terasa sakit kepala, lalu beliau duduk di atas kerusi, berehat. Kemudian beliau terjatuh dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh, ameen.


Sdara  Abdul Rahman Haji Halim, 67 - 74, telah kembaili keRahmatulLah pada Jumaat 12 Disember 2008 kerana Barah . . . di Hospital Kota Bahru, Kelantan.

Gambar ini di ambil dari Majalah Sedar 1972, mukasurat 167

Jenazah di kebumikan sebelum solat Jumaat

AMAZING PHOTO

MOUSTACHE
image/Moustache/mustache_championship_0.jpg
image/Moustache/mustache_championship_1.jpg
image/Moustache/mustache_championship_2.jpg
image/Moustache/mustache_championship_6.jpg
image/Moustache/mustache_championship_3.jpg
image/Moustache/mustache_championship_4.jpg
image/Moustache/mustache_championship_5.jpg
image/Moustache/mustache_championship_7.jpg
image/Moustache/mustache_championship_8.jpg
image/Moustache/mustache_championship_9.jpg


SPORT NEWS
Kejuaraan Rugbi Alumni 2008

Sabtu, 13 Dis - Perlawanan akhir Ragbi Kejuaraan Alumni Final Bentara 2008
menyaksikan SLRC dan Ex-Sas Eagles bermain dalam keadaan padang lecak
berikutan hujan yang begitu lebat di sekitar Lembah Kelang pada petang
tersebut. Keadaan tersebut menyukarkan kedua-dua pasukan untuk mempamerkan
rentak permainan yang berkualiti.

Perlawanan yang agak seimbang memperlihatkan kedua-dua pasukan terikat
dengan skor 0-0 pada separuh masa pertama walaupun barisan forward yang
diketuai oleh Sutiman berjaya mendominasi permainan dengan memenangi
hampir kesemua scrum termasuk scrum dari pihak lawan.

Separuh masa kedua menyaksikan pula Ex-Sas menguasai barisan back-line,
namun berjaya dikekang oleh Muzal dan juga Apong serta winger Anas. SLRC
hampir2 mendapatkan try yang pertama menerusi larian pantas dari Anas dari
hujung padang, namun, keadaan padang yang berair memperlahankan lariannya
dan berjaya disekat di hujung garisan try.

Scrum berjaya diperolehi oleh SLRC di line 5 meter Ex-Sas, kesempatan itu
berjaya diambil oleh forward dan Sutiman meloloskan diri di celah2 forward
Ex-Sas utnuk menghadiahkan try yang pertama. Conversion berjaya
disempurnakan Anas.

Baki 10 minit perlawanan menyaksikan Ex-Sas cuba bangkit untuk merapatkan
jurang dan barisan forward SLRC berkerja keras untuk mengekang kubu dari
ditembusi, namun, akhirnya Ex-Sas berjaya mendapat try pertama di hujung
padang dan gagal dalam conversion.

Perlawanan kembali seimbang apabila kedua-dua pasukan cuba untuk mencari
mata kemenangan namun di saat-saat akhir apabila pengadil mengatakan "last
play", Itik melakukan kesilapan apabila tidak menendang keluar bola dan
berjaya ditackle oleh pemain Ex-Sas dan menyebabkan Ex-Sas dianugerahklan
penalty di hadapan post. Kesempatan tersebut diambil oleh Amar (Ex-Sas)
untuk menyempurnakan 3 mata dan mendahului permainan.

Akhirnya, keputusan rasmi, Ex-Sas menundukkan Sdar Lions dengan skor 8-7.

pemain:- Bulat(0105), Ayis, Boom, Ajoi, Boger, Pakho (9903), Sayo(8802),
Sutiman, Adigun(959), Muzal(0206), Tipah(0408), Apong, Anas, Mamu(0206),
Itik(0206), Azfa(9701), Kumon(0408), PokCik, Im(9802), Jimy(9802),
Arep(9802), Udang.

Ansara 7's 2008

 



Ahad, 14 Dis - Setelah penat mengharungi cabaran final 15's, Sdar Lions
kembali turun pada hari Ahad untuk kejohanan ragbi Ansara 7's 2008.
Beberapa org player yang tidak hadir perlawanan final semalamnya hadir
untuk cabaran kejohanan 7 sepasukan ini.

Bagaikan Singa kelaparan apabila Sdar Lions membenam cabaran pasukan dalam
peringkat kumpulan apabila menundukkan Setapak High School Old Boy (SHOBA)
dengan skor 49-00 dan High School Klang Old Boys (HSKOB) 28-00.

Namun, Sdar Lions tersekat di separuh akhir Cup apabila tumpas kepada
Kusess Barbarians apabila Kusess berjaya mendapat try pada minit-minit
terakhir permainan denga skor Kusess menang ke atas Sdar Lions dgn skor
14-07.

Pemain :
Ajoi, Kumon (0408), Tipah (0480), Azfa (9701, Ayam(948), Syami (0307),
Muzal (0206), Anas, Indra (0004), Zack (926).

Kemuncak ragbi 2008 menutup tirai dengan beberapa rentetan kejohanan dan
juga kejuaraan. Berjumpa lagi di tahun 2009 dengan kick-off Ansara 10's
pada 17 dan 18 Januari 2009.

After, it's just another game of rugby...

"Lions... pride & passions"

sdarlions.blogspot.com

rgds
Ayam948
0123669400



SDARA IN THE NEWS
Sdara Azhar Abdul Wahab dalam Berita Harian



Sdara Azhar Abdul Wahab menerima cenderamata dari Datuk Zaini Ujang
TNC UTM
(Photo ehsan Sdr Yahaya Pakih)



SDARA WEBSITES & BLOGS

Just click at the website header to get to the respective website / blog

1 Ahmad Abdul
Owner: Ahmad Abdul 64 - 71
2 Ribut
Owner: Mohd Zailani Atan aka Ribut73 - 77




DISCLAIMER:
 The views, opinions and commentaries expressed in thisSdara Newsletter do not necessarily reflect those of Editorial Board or AJK Sdara unless expressly stated.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Any comment or views or any contibution, please e-mail
knadzar@gmail.com